Sejak awk beli motor, dah jarang guna motor saya kan. Awk
pun prefer hantar je motor saya balik kg dari rosak tak guna. Tapi macammana
nak hantar motor ni? Nak kurier, masing2 tengah kering. Tiba2 awk bg idea nk
pandu je motor ni hantar kg. Tak dapat sy bayangkan berapa jam la jadi
perjalanan kita dengan bawa skuter 110cc Yamaha Ego sy tu. Ibu abah sy ok je
asalkan hati2 masa menunggang tu. Kita ikut jalan lama dari Batang Berjuntai
sampai Taiping.. Setiap jam kita berhenti kan sebab sakit punggung, lepas tu kita gilir2 bawa. Saya rs seronok
sangat, kita enjoy masa tu sambil tengok keindahan alam..
Sampi je kat rumah sy kita terus melepek kan.. Kesian awk.
Lps je mkn abah suruh awk berehat, mana taknya dekat 5 jam perjalanan kita. Dua
malam awk kat rumah saya, masa tu sy harap sgt awak boleh bergaul mesra dengan
keluarga saya. Tapi…
Baru semalam awk kat rumah sy dah spoil. Awk buat rumah sy
mcm rumah awk. Awk xde adab kat rumah sy. Takkan setiap perkara sy nak bg tau
apa boleh apa tak boleh buat kat rumah sy. Awk tahu kan adik beradik sy semua
perempuan, awk tak sepatutnya masuk sesuka hati kat bilik sy, awk tak
sepatutnya sentiasa di samping sy selalu ms di rumah sy. Keluarga sy jd pelik
dgn silap awk sampai diorg semua fikir yang kita ni berkepit 24 jam di balakang
diorang. Saya tak sanggup dipandang hina oleh keluarga. Walaupun kita bukan
begitu , menafikan kata-kata mereka tp mereka orang tua. Pada pandangan pertama
mereka awk sudah men spoil kan
keadaan, mana mungkin ade pandangan kedua untuk awk. Sejak kejadian tu, mereka
minta kita putuskan hubungan..
Awak sanggup ke? Awk blh ke lupakan saya? Kita ade 2 tahun
lg untuk belajar. Boleh ke kita berpisah sedangkan kita sekelas, rumah
bersebelahan.. Buntu nya saya awk.. Semua berpunca dari awk Zam..!!