Macam pelik je bila 31/12/2012 company bg halfday pada semua
staff sempena new year. Best la sampai isnin yg beberapa jam tu syg tak buat
keje pun. Dok la berangan balik nanti nak buat apa dengan B. Nak makan apa
dengan apa. Apa je syg nak buat mesti fikir kan B. B ade fikir syg tak..?
Tapi syg nak settle kan PTPTN la, syg kene fill up form,
dapat kan pengesahan pegawai kerajaan, matikan setem, then submit form tu kat
PTPTN. Sempat ke? So sebelum sampai rumah, syg cepat-cepat complete kan isi
form tu. Tepat 12.45 tengah hari syg dah keluar ofis nak pergi balai polis TTDI
pulak.
“Tumpang tanya En, bolehkah saya dapatkan tanda tangan
pengesahan pegawai di balai ni” Garang nye muka pakcik polis ni.
“Untuk apa..?” Erkk.. jawab jerkah macam ni lak.
“Erk..erk.. sy nak ..”
“Naka pa?? Untuk apa? Untuk kahwin, Sekolah ?” Huwaa.. nape
garang sangat pakcik polis ni.
“Untuk pinjaman PTPTN Encik” Nak mengangis syg jawab.. Kalau
B pergi mesti dia tak buat mcm ni.
“Nanti kul 2 lbh dtg balik waktu rehat ni” Dah dikendurkan
plak suara tu. “Terima kasih En.” Menyumpah-nyumpah syg dalam hati kutuk pakcik
polis tu. Syg tanya elok2 je kan B.
“Syg kat mana ni, lama lg ke nak sampai?” B dah kol tanya
syg. “ Sorry ye B syg g balai td. Ni dah otw nak balik. B tlg masak nasi. Kita
mkn dulu.” Cian hubby syg ni, mesti bosan duk rumah tak buat apa. Yelah org
ambil cuti ni utk berhat, elok la B rehat je.
Sampi rumah syg panaskan lauk yg bagi ari tu, lepas tu
goring ikan masin. Berseleranya syg mkn. Bukan sebab lapar sgt tp happy lebih
dapat lunch dgn B sekali. B suka tak? Kul 3 ptg baru kita keluar balik. Naik
motor je senang time-time ni sure jem. Mesti orang tengah berpusu nak masuk
town KL celebrate New Year mlm ni.
“Syg, mlm ni kita tgk bunga api kat KLCC ye..” Waaa… bestnye
B. Syg belum ade peluang lg nak buat mcm tu. Malangnye hujan pulak lepas pergi
matikan setem kat HASIL Pj Trade Center. Tak sempat nak buat pengesahan &
submit form ni. Cmni kene balik rumah la tggu hujan berenti.
Macam main-main je hujan, kul 5.30 dah reda. Kita siap-siap
nak keluar balik.
“B jom pergi Giant depan Paradigm mall tu, kita tak pernah
sampai lg kan.” Naik motor dalam jem ni mmg layan.. Jalan jeles ye wahai
drivers kereta. Memang besar la mall ni
macam-macam ada kat sini. Puas hati syg rasa. Syg fikir nak beli macam-macam tp
bila kenang bawa moto ni tebantut jap.
“Syg jom jumpa Edi kat Mid nak” Eh pulak.. Sempat ke? Kan
jauh tu mana jem lg. Tak penat ke.
“Esk la B, ada masa lg kan?” Tiba-tiba B tarik muka lak, dah
tu jalan tinggal kan syg. Apa masalhnye B ni? Penat syg tawaf dlm giant nit p B
buat mcm tak peduli je kat syg. Ok takpe cmtu syg nak beli barang la.
Haa… Terserempak B. “B, ambil bakul boleh, syg nak cari lauk
n makanan.” Syg tengok ok je harga kat sini. Dah tu banyak promosi lak. Baik
syg beli lauk sikit kat sini. Beli ikan bawal yg kecil tu. Buat goreng sambal
sedap ni. Beli udang halus ½ kg. Syg
teringin nak mkn spegheti la.. Aiyark.. dah penuh sebakul. “Berat dah ni syg,
ambil troli pulak lah” Eh B peril syg lak.. “ Ambil la troli nanti syg lupa
daratan lak memborong.” Mmg penuh dah bakul tu trus je bawa kat cashier. Syg ni
kan hantu sikit shopping skang itupun sejak syg jd kuat mkn ni. Gheeee…
“RM63 semuanya cik” akak casher dah g tau harga tp apsal B
buat tak tau duk main Hp je ni. Ok syg
bayar yela byk syg yg pilih makanan ni kan. Tp B gak yg mkn nnt. Haaa.. mkn dr
duit syg lg. B kata nk bagi syg duit barang dapur tp 1 sen pun xde lg. Dah
banyak mkn duit syg ni. Syg bukan berkira tp kan dah termaktub tanggung jawab B
sediakan makan minum ni sekali. Mm.. takkan B takde duit lg. Dah nk masuk bulan
ke 2 kita kahwin. Dah siap byr bayar baru nak tanya syg berapa total barang td
tapi buat tak tau je lepas syg bg tau. Syg tak faham la.
“B, ari tu kata nak beli brg, nnt kita beli ye bila ade
peluang bw kreta senang”
“Nak beli apa lg, kan dah ade ni” Nape suara B lantang sgt
cakap dgn syg…
“Minyak nak habis dah, lps tu nak beli bwang ckit. Mana blh
beli byk2 sekali beli nnt bwg tu busuk”
“Alah tak payah la pakai mana ada dulu. Buat apa membazir.”
B… apa yg membazir kalau minyak tggl suku dlm bekas, bwng tggl seulas. Hurmm..
Kecik hati syg B cakap cmni. Dah la cakap kasar, lepas tu tarik muka dengan
syg. Lps je beli brg kita balik rumah.
Sepatah pun B tak bersuara dgn syg, senyum pun tak. Ok lah
syg nak kemas barang. Malam tak yah mkn sbb syg dah xde mood. So kul 10pm syg
dah naik katil, takde mood jugak lps apa yg B buat kat syg.
“Syg jom pergi KLCC tgk bunga api” Tiba-tiba B dtg kat syg
cakap elok-elok. Kalau dr td B ckp lembut kt saying takde syg nak touching..
“Takpe lah B pergi lah sendiri, syg nak rehat” Padahal dlm
hati nak tunjuk ego dank eras kepala supaya B tau yg syg tgh memberontak tak
puas hati dgn B.. Ingtkan B pergi tp tgh mlm perasan B ade tdo sebelah syg .
Mm.. B tak kiss syg pun. Ok tp tdo B hug syg.