Selamat Datang


Sunday 25 December 2016

El with Mummy & Daddy ~

Announcement..  El dah stay dengan Mummy.!! Amboi macam nak bagi tau satu dunia je kan mummy El ni. Syukur Alhamdulliah.. El duduk dengan mummy bermula dari hari lahir El yang pertama. Ibu mana yang tak sedih berjauhan dengan anak tambah pula masih bayi, biarpun setiap 2 minggu Mummy balik kampung jumpa EL tapi Mummy dah miss banyak benda, tak tengok saat pertama El pandai mengereng, tak tengok pertama kali El nak menyarap , tak tengok pertama kali El merangkak. Ruginye Mummy, tapi mummy kene redha sebab banyak factor yang mummy kene hantar El kat kampung. Mummy nak El selamat dibawah pengawasan nenek dan atok, biar mummy sibuk cari rezeki dan selesaikan urusan di Kota ni sebelum jaga El sepenuhnya. Mummy upload photo comey manja El, rindu nye mummy kat El..






Ectopic Pregnancy ~

Image result for tiub fallopio pecah

Awal July 2015 Mummy & Daddy dikhabarkan berita gembira apabila hamil lagi. Maknanya EL akan dapat adik tak lama lagi. Alhamdulillah semua orang gembira dan kalau diizinkan Tuhan mummy nak anak ramai. Mummy takde apa alahan cuma pelik sebab ade bleeding. Mungkin sebab janin mula nak menempel tu yang bleeding kot. Kene pulak bulan puasa so ada masa mummy ingat period. Nak ikutkan masa ni El baru 1 tahun 7 bulan tapi bila baby dah lahir EL dah 2 tahun lebih so kira ok la timing nye kan.. Hehe 

Raya tu mummy ambil cuti seminggu, sempatla balik kg jumpa sedara mara belah mummy dengan daddy. Kandungan pun dah cecah 6 minggu tapi masih ade bleeding lg. Risau pulak hati so nanti balik Klang mummy nak pergi cek. 

Mummy prefer Colombia Hospital Bukit Rimau sebab dekat dengan rumah and ada checkup weekend so tak payah la susah-susah nak ambil cuti. Buku merah tak buat lagi plan masuk 3 bulan baru nak buat. Bila buat urine test memang positif tapi masalahnye kenapa mummy bleeding dan bila kandungan masuk 7 minggu mummy start sakit perut yang teramat. Asal pergi hospital doctor cek lepas tu suruh repeat lagi datang 3 hari kemudian. Jumpa doktor nye 5 minit bayaran pula dah macam buat treatment. Last mummy dah tak tahan sangat sakit mummy terus pergi HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) sensorang. Cara hospitan HTAR ni bila nak buat checkup even normal checkup mesti kena tukar baju pesakit yang baju pink tu. Doctor india muda yang cek mummy masa tu. Dalm hati ni Tuhan je yang tahu sakit nye mummy rasa sampai nak berjalan pun tak mampu tapi dek kerana kuat nak tahu perkembangan janin dalam perut, mummy gagahkan juga.

Daddy??? Ermm.. pergi kerja macam biasa. Padahal dah nampak mummy sakit tapi dia fikir mummy sakit biasa je. Berbalik cerita tadi, mengikut kata doktor sepatutnya bila kandungan dah masuk 7 minggu dah boleh nampak janin dalam kantung tapi dalam kes mummy tak nampak pun janin tu . Tambah pelik bila doktor kata dalam perut mummy macam banyak air. Doktor macam tak puas hati pula sebab scan yang dia guna biasa je so doktor suruh mummy pergi tingkat 2 untuk scan 3d supaya lebih jelas. Maka dengan perut yang sakit mummy jalan la perlahan-lahan dengan kendong baju lagi. Mujur ada jururawat yang perasan dan mahu bantu mummy. Mummy berdoa sangat moga kandungan mummy selamat. Lama betul doktor ambil masa nak scan mummy masa guna scan 3d sampai mummy pun stress.
"Doctor, ada apa2 yang tak kena?"  mummy susah hati nak tau juga apa yang doctor scan.
"You jangan tanya dulu, I pun tengah stress ni nak scan.." Pulakkk.. ingat mummy je ada perasaan macam tu tapi tak tau la apa punca doctor ni stress. 
"You tunggu dulu, I nak panggil pakar scan untuk you pula" Erkk.. dah kenapa sampai panggil pakar. Doktor ni tak tau scan ke. So mummy angguk je. 
Tak lama lepas tu datang 2 orang doktor melayu perempuan sorang dan india lelaki yang nampak lebih senior. Malu la mummy jadi bahan tontonan ramai masa perut kene scan. Mummy dengar je perbualan diorang tapi tak faham term2 medic tu. 

"Puan kene admit ni. Pakai baju putih ye" Doktor perempuan melayu beri arahan. Mummy masih confuse apa punca sampai kene admit ni. Dah la sensorang. So mummy cepat2 talefon daddy dan parent mummy untuk inform diorang. Terkejut daddy.  Mummy pulak dah stress tak tau punca jd marah je bila daddy tanya sebab. Datang je la hospital, banyak tanya lak daddy. Mummy pun tukar la baju dan pergi ke katil yang dah daftarkan. Baru je nak duduk datang sorang nurse suruh mummy standby untuk operate. Hahhhh.. KENAPA?? Mengamuk mummy kat wad tu tanya kenapa sampai la ada doktor lain datang tenangkan mummy.
"Sabar puan, puan tak tahu punca ye? Begini masa kami scan perut puan kami tak nampak janin dan kantung puan kosong. Sedangkan bacaan hsg puan tinggi so kami scan cari dimana janin tu dan kami jumpa pada tiub fallapio sebelah kiri puan. Malangnya tiub puan sudah pecah dan ada banyak darah dalam rahim puan. Kami khuatir jika tiub ada dijangkiti kuman dan darah merebak ke anggota badan yang lain. Tu sebab kami kene operate puan dengan segera." Sebak hati mummy bila dengar kebenaran ni. Maknanya tiub mummy akan dibuang pada sebelah kiri sebab dah pecah. El sorang je ke anak mummy lepas ni? Mampu ke mummy melahirkan zuriat lagi?

Mummy masuk bilik bedah tanpa suami di sisi. Mummy yang sain segala borang. Macam-macam yang bermain di akal fikiran mummy. Entah ini pengakhiran hayat mummy ke. Selepas 3 jam mummy sedar dari kesan bius operate baru mummy nampak daddy. Menangis mummy, alhamdulillah syukur mummy masih bernafas walau tiada rezeki mummy untuk teruskan kandungan ni. Mengikut kata doktor tiada punca tertentu mummy mengandung luar rahim. Ia berlaku disebabkan janin itu yang tidak sihat. Kiranya nasib mummy la ni. Mummy perlukan sokongan kuat dari daddy dan family. 3 minggu doktor bagi mummy cuti sakit dan semoga mummy cepat sembuh mental dan fizikal.

Friday 27 March 2015

From Kuala Lumpur to Klang.. ~

Lama betul Mummy El tak hupdate blog. Macam-macam hal, tapi takpe lepas ni banyak benda lagi mummy nak cerita.. Tapi sebelum mummy up cerita baru, kene la flashback apa yang berlaku beberapa bulan sebelum ni..Kiranya tahun lepas la ni.. Hehee.. dah basi cket..

Finally, syukur ke hadrat Illahi keinginan mummy El nak keluar dari kota metropolitan ini dimakbulkan tuhan. Kenapa???? Sure readers dah bosan mummy El ni suka sangat mengata mengutuk.. Sometime environment ni pun memainkan peranan yang penting. Cuba korang duduk kat tempat mummy El, stress tak?

1) Mummy daddy EL tinggal kat apartment dekat dengan IKEA.  Ofis mummy dekat dengan Pasar Besar TTDI. Tapi setiap pagi mummy El nak pergi kerja antara 30minit ke sejam perjalanan tau sedangkan jarak tak sampai 10km.. Sadisss..

2) Kat ofis mummy kerja berhadapn orang ramai, for sure dah memang stress..

3) Nak balik, lepas penat kerja dengan harung jem lagi tengok-tengok parking dah takde yang dekat dengan rumah tu. Sudahnya parking 1km jauh dari rumah lepas tu menapak.. Sob..Sob..

4) Nafas dah cungap-cungap jalan kaki, sampai kat depan apartment  sekali lif pulak rosak. Tingkat 15 tu, GILOSS nak panjat weh..

5) Sampai je rumah ketiak dah masyam.. Kene la mandi tapi air lak takde.. Huwaaaaa… Mummy El call daddy Tanya kul berapa nak balik?? Daddy balik malam nak buat OT. Perut dah lapor nak mask tengok peti ais lak kosong.. Memang la kat bawah tu banyak kedai tapi larat ke nak panjat tangga lagi.. HUHUHU…

Bayangkan kalau masa tu El tinggal sekali dengan kami.. Haruuu.. Maka bermulalah operasi mencari kerja lain, bukan rumah lain tapi kerja pun terus nak tukar. Takmo dah keje kat Key Ell… Buat pecah kepala je. Solute la orang-orang yang masih bertabah tu.. Tak lama lepas tu ada satu company kat Klang panggil Mummy kerja kat situ. Rezeki tu, apa lagi terus survey rumah sewa atas tanah. Tak larat dah nak duk atas langit ni.. Mengah Mummy El menaip ni coz dok teringat ingat lagi environment masa duk KL… HUHUHU..

Tuesday 28 October 2014

Sifat suami ~

Today Mummy El ada info tebaru untuk diri sendiri or mungkin reader yang lain. Mummy El just copy dari internet je terjumpa info ni. Credit to D'raudhah Sakinah & sorry ye saya copy info yang berguna ni. Ok check it out, moga para-para isteri boleh lebih memahami suami anda. 


Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)

Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan

1. Tidak kisah dan pendiam
  • Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah.
  • Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan.


2. Tidak boleh dipercayai
  • Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami.
  • Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami.
  • Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami


3. Lelaki ego
  • Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki.
  • Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas.
  • Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki


4. Lelaki miang
  • Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki


5. Lelaki lemah
  • Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza.
  • Pada hakikatnya manusia memang lemah





Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
  • Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
  • Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
  • Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
  • Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
  • Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
  • Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
  • Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

Wednesday 15 October 2014

Ah Cheng Laksa @ e-Curve ~

Tetiba tekak Mummy El ni teringin nak makan Laksa masa dok tengah jenjalan kat e-curve. So jalan-jalan la kat lower ground floor nak cari apa kedai best. Sekali... nampak la restaurant Ah Cheng Laksa kot menu special dia laksa yang sesedap laksa utara tu. Pemandangan dalam restaurant not bad, santai je. Ada bahagian dalam air cond & luar. Cer korang tengok gambar kat bawah ni, camtu la view dia. Then of coz la Mummy El order Laksa, tapi mata ni tgk gambar mee kari dia kat menu tu macam best je so layan kan skali. Masa ni Mummy El datang dengan kawan so member ni plak ambil nasi coz dah pukul 3pm lapo perut dah weh.. Lauk plak ayam herba. Komen Mummy El makanan yang kitorang ambil tu ok la boleh makan melainkan laksa dia yang tak berapa nak masuk kat tekak. Manis weh.. Tau la depa guna resepi negeri mana. 

3 bintang untuk Ah Cheng Laksa. Selamat menjamu mata....


Pemandangan restaurant.

Pemandangan restaurant.

Laksa yang tak brape umphhh..


Mee Kari

Ayam Herba

Air Longan

Fish & Co ~

Dah berbulan berlalu, makanan dlm perut ni pun dah proses keluar balik baru lah Mummy El berkesempatan nak hupdate story pasal makan-makan best. Kisahnye sebaik je Mummy & Daddy El lepas pergi Halalfest hari tu. Tp dah bz je memanjang nak story mory camne kan.  Teringat nak tulis ni pun sbb Mummy El tgh dok mencari fine dining best tuk redah, tetiba ternampak restorant ni so memandangkan Mummy El dah pernah pergi so nk la up to date crite ni.


Ni 1st time Mummy El makan Fish & Co and kami makan kat The Mines.. So ni pandangan 1st timer la di mana Mummy El boleh letak 4 bintang.. Awesome u alzzz.. Belum masuk lagi dah rasa teruja coz design kedai yang ala-ala makan dalam kapal kene dengan tema diorang then makanan diorang dihidangkan dalam pan.. Biar Gambar berbicara then korang nilaikan la. Staf kat situ pun ok, mesra alam. Ikut je cakap customer yang cerewet mcm Mummy El ni, nak duduk dekat dgn cermin tepi la, boleh nampak bahagian orang buat air, keluar masuk dapur.. Apa nak pelik saje Mummy El nak tengok cara diorang ni bekerja, bersih ke tak supaya xde teragu apa kan then sambil tu blh tgk ragam orang kat luar restaurant. Menu yang pelbagai boleh kata semua jenis seafood diorang ada baik baked or grilled. Nak list banyak sgt tambah pulak ada pasta, pizza & baked rice. Memang tebal gak la buku menu diorang. So korang layan la gambar-gambar kat bawah ni..

Dari pandangan luar restaurant.

Dari pandangan luar restaurant.

View dari dalam restaurant.

View dari dalam restaurant.

View dari dalam restaurant.

Buku Menu.

Buku Menu.

Buku Menu.

Buku Menu.

View atas meja


View atas meja

View atas meja

Soup yang mmg superb best..

View atas meja

Platter yang mengenyangkan.. 

Monday 15 September 2014

D.I.Y. Bunga Telur

Ingat lagi tak projek DIY(Do It Yourself) bunga telur yang mummy El pernah cerita dulu masa nak buat kenduri akiqah El. Ni mummy El nak display sikit apa and mana cara yang mummy El buat hari tu.

Bahan-bahan:
1) Foam Paper
2) Manik
3) Riben
4) Gunting n Pensil
5) Cawan
6) duit syiling 5 sen
7) Gam tembak
8) Lidi n pelilit
9) Kain net


Cara-cara:
1) Lakarkan rajah dalam foam paper, Mummy el nak buat imej stroller so tekapkan bulatan atas muka cawan and syiling 5 sen atas kertas foam untuk dijadikan body and tayar stroller.
2) Dah siap lakar dengan pensil, guntingkan bentuk tu.
3) Gam bentuk lakaran tersebut pada lidi dan hiaskan manik atas foam. Letak riben untuk memeriahkan lagi bunga telur tu.
4) Jgn lupa pasang kain net n lilitkan guna pelilit kat lidi tu nanti tak boleh letak telur lak.. 


Taraaa... kat bawah ni hasilnye, tapi mummy el buat comot2 sikit. Sorang2 buat banyak2, penat laaa.. Tu la pasal. Dah siap bunga telur, mummy El tambah kan gula-gula and buku surah sekali dalam paper bag doorgift tu.