Selamat Datang


Tips...

Tips untuk saya or maybe untuk u alls..

50 tips pikat hati si dia ~


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

Awak suka cakap besar dgn saya tp awk tak sedar kan, cakap nak melangit tp habuk pun takde. Saya tak suka awak bercerita semua kisah lama awk yang konon nya bagus tapi sekarang dah takde tu semua..Awk suka buat muka bila bercakap dengan sy, sy ni bukan badut tau..


2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

Saya tau sy tak sehebat mak dan adik awk tp sy boleh masak kan. Jangan la compare sy dengan mereka yang dah memang kerjaya sebagai chef tu..


3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

Awk nak sy pakai cantik2 tp awk pun janganlah selekeh dengan sy. Sy tak suka awk pakai selipar jepun dan baju koyak bila kita keluar dating.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

Bila awk ada masalah awk selalu tak jujur dengan saya sedangkan awk kata sy sebahagian dari hidup awak..


5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

Awk sedar kan, sy sentiasa buat sesuatu yang terbaik untuk awk tp awk selalu mengecewakan saya dan buat sy marah.. Sedihnye..


6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

Awk asik suruh saya kurus tp awak makn banyak, perot dah boroi blh pulak..


7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

Awk tak berubah lagi, awk selalu berkasar dengan sy.. =(


8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Walau sy tak minat awk, tp saya blh pupuk perasaan ni dan sy tak pernai abaikan keperluan awk. Awk sedarkan??


9. Jangan terlalu mengongkong.

Sy selalu galakkan awk bergaul buat apa awk suka, supaya awk tak dirasa terkongkong.


10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Sy akan pegang tangan awk bila kita keluar dan sy lagi suka kalau kita bertentang mata bila bercakap. Tp muka awk yg garang menakutkan sy..


11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

Kalau sy milik awk seorg tentu awk tak izinkan sy berpakaian kurang sopan depan org lain..


12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

Tapi sy lagi suka bagi hadiah kat awak kan =)


13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

Awk tahu sy ni berterus terang tp kenapa awk tak boleh buat macam tu?


14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.


15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.


16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.


17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.


18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.


19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

Sy tak pernah cakap hal lelaki lain depan awak melainkan awk yang suka ambil tahu lelaki yg pernah hadir dalam hidup saya.


20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.


21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.


22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.


23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.


25. Mengetahui bila hari lahirnya.


26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


28. Agresif.


29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.


31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.


32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.


35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.


37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.


38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!


39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.


40. Jangan bersikap terlalu kuno.


41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.


43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.


44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.


45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.


46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.


47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.


48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.


49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.


50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Ciri-ciri Lelaki Idaman saya


1) Lelaki yang menjaga kebersihan diri

Awk kalau nak dating dengan saya pakai la smart, wangi, pakai kasut. Yang paling penting, kuku tu jangan bagi panjang.


2) Lelaki yang mempunyai gaya tersendiri.

Saya suka kalau awak adalah awak, jgn nak jadi org lain tp kalau awk tau ade habit negatif barulah awk berubah jd ke positif..


3) Ada sikap lucu dalam diri

Saya tau awak suka buat lawak tp bukan lelucon bodoh.. Kadang2 menjengkelkan saya. Saya tak suka berpura2 ketawa dgn jenaka awk nanti nampak hodoh.


4) Lelaki bersikap prihatin

Awk, kenapa dulu sebelum kita ada ikatan awk lebih ambil berat tentang saya berbanding sekarang. Awak jgn wujudkan sikap 'sebelum dan selepas dapat' kalau awk nak hubungan ni kekal lama.


5) Selalu senyum

Awk suka senyum bila sy senyum kan.. tp kalau awk buat sy marah agak tidak munasabah bila awk masih tersenyum.. Mean awk sengaja...


6) Lelaki bersikap cool

Awk ni selalu gelabah, rimas saya. Bila awk gelabah sure apa yg awk buat semua kelang kabut nant akan memalukan awk jugak..


7) Lelaki yang cintakan kedamaian.

Awk tak ambil kisah pun bila awk buat sy marah dan sy merajuk.. Kesiannya saya..





8) Lelaki yang memberi sokongan padu


Awk tempat sy bergantung sbb keluarga sy jauh tp kalau awk tak blh bg sokongankat sy, tentu sy cr penyokong lain..





9) Lelaki yang tidak kisah


Awk jangan la peduli kisah lama sy. Past is past. Awak kata awk terima sy seadanya kan??





10) Lelaki yang pemurah


Awk dah berkira dgn sy sekarang, dah kawin nnt awk kene tau awk tu pelindung isteri, mmg kewajipan awk menyediakan keperluan tu.. Untung awk sy bukan meminta malah semua keperluan sy dah lengkap sebelum bernikah dgn awk..





11) Lelaki yang berhati-hati


Awk selalu cuai sebab awk tergopoh-gopoh.. Macam mana sy nak harapkan awk..





12) Lelaki yang menjadi penawar

Sy harap awk blh ssh bersama sy bukan sng je..

No comments:

Post a Comment