Selamat Datang


Monday 17 December 2012

High of Curiousity… ~


Bulan lepas period 13 nov. Tapi bulan ni 12 Dec pulak. Awal sehari lak tp kenapa sikt je. 13 Dec mula rasa sengugut, tak selesanya macam dah banjir sgt je ‘bawah’ ni.  Sudahla perut ni sengugut, mata pun buat hal. Baru perasan mata syg membengkak kesan over crying malam td. Ramai tanya apa syg buat mlm td?? Malu je.. Syg jawab je mlm td hujan & kene selsema sampai pg td tu yg mata bengkak. (Ayat selamat..Hehehe…)

Balik je rumah syg nak mandi pasal dah berlengas sgt. Tup..tup masa nak ganti pad syg jd pelik la sebab darah tak banyak. Tak banjir pun, perasaan je rasa macam dah melimpah. Masa nak buang air kt office tu syg dah perasan Cuma fikir, belum lg kot.. Dah la tu kaler pun bukan macam darah haid tapi brown. Ok takpe tgk esk macam mana pulak.

Perut ni still sakit-sakit macam nak sengugut tp sakit kat breast dah kurang. Kalau tak B perasan tak asal B nak pegang je syg tak bagi sebab sakit sangat. B pun tegur asal breast syg dah makin besar. B lah buat.. Gheee.. terlucah plak. Balik rumah petang tu syg pun nak mandi but sekali lagi terkejut coz pad tu jd lg sikit tanda. Buat membazir je pakai pad. Color pun still brown.. Eee.. nape jd cmni lak B. Dah macam ni esk syg pakai panty liner je la. Sudahnye dari 15 tu sampi la skang syg tak datang period dah. Pulak dahh..

Sudahlah period tak datang ade pulak symptom pelik-pelik. Apakah??
  • Syg mudah jd emo sgt skang, so B plz aware with your statement. Nanti buta lak mata syg klu cakap sikit syg dah nak rebeh..Huhuhu
  • Syg dapat sakit pinggang. Suh B tolong picitkan buat tak tau je. Ingat syg main-main ke.
  • Syg malas lah skang B, bukan apa syg penat je rs. Tu sebab syg cadangkan ganti seluar kerja tu sekali seminggu je. Penat syg boleh kata 3 kali seminggu basuh kain. B pulak pantang ade baju dah iron habis semua nak pakai. Kalau ade org gaji takpe lah nk buat mcm tu.. Ni???
  • Ermmm.. nape mual & loya-je ni. Tak de lak muntah tp mual ya rabbi. Syg rs perut masuk angin kot sebab skang slalu gak syg terkentut. B perasan tak? Apa la B ni, dulu kata nk sgt tgk syg kentut dpn B tp B tak perasan gak.. Hehehe
Tapi syg bukan nye tak makan sampi perut masuk angin ni.  Semalam kita gi rumah ateh. Banyaknya lauk dia masak. Semua sedap-sedap. Berselara syg makan tp biasalah portion syg 1 senduk biasa dah la. Plan balik dr rumah ateh nak tgk wayang tp hati dah berbunga riang pasal kata nk tgk kt mid valley. Bukan apa, B & mama g tgk wayang, bg syg g shopping eh.. Kita kan dah tengok cerita The Twilight Saga Part 2 jumaat ari tu. Cukup la sekali syg tgk tapi kalau B nak g tengok lg pergilah.  Dari rumah ateh tak tau lah pulak jalan ke Mid. So, GPS la.

“Laaa.. dari setiawangsa ni ke Mid tak la jauh. 14km je.” B dah excited dgn Mama syg pulak dah senyum-senyum & mula berangan nak shopping apa nnt.
“Kenapa GPS ni bawa kita masuk town. Gila lah jem time-time camni.”Aduyaii.. masak la jem teruk depan sogo ni.
“Huh.. 14km tp dah sejam perjalanan tak sampi-sampai lg” Mama pun dah merungut . 
“Kita bali je lah Zam. Hujan-hujan nil g teruk jem. Lain kali je kita tgk wayang tu.” Mama dah xde mood agaknya nk tengok wayang dah jem ni pukul brape nye nak sampai mid.

Syg tak kisah tp nape syg tiba-tiba pening ni. Argh.. loya plak. Ade muffin dlm kreta syg mkn. Padahal bru lps mkn kt rumah ateh td. Bukan syg lapar tp nk bg hilang loya.

Uwekkk.. syg dah mula kuar bunyi-bunyi nak muntah tp tahan & telan je balik.. Aiyerkk.. B pun dah tgk syg mcm tu blh plak bw kreta mcm nak lumba F1 trus balik rumah. Lg la syg pening. Tak boleh tahan masuk je kat rumah mama.. Uwekkkkk… keluar segala macam dari dalam perut ni. Meleleh air mata syg skali. Mama suh syg rehat tp syg just nk rehat bukan nk tdo. So syg bersandar je kat B. B ni bukan nk layan syg. Syg skang rasa sepanjang masa nk bersama dgn B tau.

Nak B belai-belai syg, manjakan syg. Ingatkan B tak perasan apa yg syg buat. Pantang ade peluang syg mesti nak sentuh or pegang-pegang B. Gatal dengan suami takpee.. Hehehe. Malam tu nak balik damansara, kita singgah beli barang kat Hero jap. B ikut je sebelah syg. Mcm tu lah syg nak klu g shopping. Kan dulu B dah janji nak teman syg ke mana saja. Dalam kereta B gurau dgn syg sampi malu syg. “ Tau la u fall in love with me.” Tu je yg B sebut. Tp dalam hati demi Tuhan syg sayang cinta dan rindukan B selalu.

Belum ada rezeki.. ~


Setiap pasangan suami isteri tentu mengimpikan dikurnikan zuriat. Tambah yang kahwin pada usia lewat 20an tentu sekali nak zuriat dengan cepat. Sebaik kita bernikah syg terlalu mengharap nak mengandung cepat walaupun rezeki tu ketentuanNya tp tak salah kita berdoa, berusaha. Umur syg pun dah ke lewat 20an tentu sekali syg nan baby cepat tambah pulak syg betul-betul dah dah bersedia dah jd isteri dan ibu sebaik kita dah ade ikatan dulu.

Terima kasih B, sungguh baru sebulan perkahwinan ni tp syg rasa bahagia. Syg gembira pikul tanggungjawab sebagai isteri, hari-hari syg masakkan untuk B, siapkan pakaian B, kemas rumah. Macam robot je kadang-kadang syg rasa pg pukul 6.30 bangun, syg bersiap then pergi kerja. Sampai rumah pulak pukul 6.30 dah syg heboh kat dapur lak masakkan mkn mlm. Lepas tu basuh kain, lipat kain, sapu rumah, mengemas. Pukul sebelas malam B sampi rumah, syg hidangkan mkn teman B makan lepas tu kemas meja balik. Huarghhh.. dah mengantuk kul 12.00 kita msuk bilik borak-borak sampi syg terlelap. Hari-hari kita buat mcm tu tp syg tak bosan lg dan tak merungut penat sebab apa yang penting syg puas. Syg bangga dan happy sgt kalu B puji syg masak sedap, pandai gosok baju B sampai kawan-kawan ngusik.

Tapi B, syg minta maaf tak dapat temankan B mkn. Syg rasa bersalah dan berdosa pulak sampi B kene panggil syg banyak- banyak kali tp syg taknak datang kata nak sidai baju dulu. B kata nape syg bagi pinggan bocor.Terkejut syg baru pergi kat B.
“Syg, pinggan ni bocor la macam mana B nak mkn..”
“Huh, pinggan pecah ke, ok syg datang tgk..”  Syg trus pergi kat B sambil fikir, laaa kesiannya suami aku pakai pinggan rosak ke.
“Ni ha syg, nasi dah takde pinggan dah bocor” B trus hulur pinggan yg dah habis nasi kt syg.. Ketawa syg rupanya B minta nasi tambah. Terhegeh-hegeh syg ambil nasi. Tu la kan syg tak teman B mkn smpi nak nasi tambah pun syg tak tau.

Syg minta maaf kt B. Syg tiba-tiba rasa sedih B. Hari ni 12 hari bulan. Setiap 13 hari bulan syg dtg bulan. Masa kita nikah syg mmg tgh dtg bulan tp lps tu akan tiba waktu subur dan besar harapan syg supaya tidak dtg bulan bulan hadapan (moga ada berita gembira). Tapi masa syg tgh siap-siap sediakan mkn mlm untuk B, syg pergi toilet dan syg dah ada tanda kt seluar syg. Mmm.. trus syg jd sedih, belum ade rezeki kita lg B. Sedih syg menjadi-jadi sbb mungkin syg terlalu mengharap. Tu sbb ms B mkn syg tak blh nak duk sebelah B, tak tau la kenapa syg sedih sgt sampi rasa nak mengangis. Siap je mkn B terus main game kat laptop sementara syg basuh pinggan. Dari perasaan sedih jadi takut pulak B. Siap je membasuh, syg terus masuk bilik, baring dan peluk bantal. Masa ni air mata syg terus tertumpah dan tak henti-henti keluar. Jgn la B sedar syg menangis tp B masuk bilik plak teru peluk syg dr belakang.

Syg pura-pura buat tidur tak pusing kat B tp B macam faham je perangai syg rs mcm ade yg tak kene B usik mata syg. Basah..!!
“Syg, nape menangis ni. Pusing kat B nib g tau apa dah jd. B ada buat slh ke?”
“Takde apa lah B, jom kita tidur, syg penat la.” Tp B tak puas hati terus peluk syg, pujuk dan Tanya syg lg..
“Cakap la syg, kenapa ni? Syg marah kat B ke? Dah sebulan kahwin kita tak bergaduh pun tp kenapa syg tiba-tiba nangis. “ Syg  hanya menggeleng je.Huwaaa… lg teruk syg menangis sampi tersedu-sedu.
“B, syg takut la B. Tiba-tiba syg rs takut kalau syg x blh mengandung. Syg dah dtg bulan” Menggogoi syg menangis sambil bg tau nape syg mcm tu.
“Syg jgn mcm ni, kita bersabar ye. Lps ni syg subur balik B akan berkerja keras betul” Buat lawak plak B ni..Macam-macam B cakap nak pujuk syg kan. Sampi la syg boleh lega dan berhenti menangis.
Betul B syg tak tau nak gambarkan perasaan ni sedih dan takut. Baru syg faham perasaan seorang wanita dan isteri yg mahu bergelar ibu.

Ye B, belum rezki kita lg dan kita kene terus berusaha dan berdoa kan.. Bangun tido harini, B plak yg kejut syg, B siapkan breakfast untuk syg dan paling syg terkejut, B subuh pg ni.. Moga ada hikmah dgn apa yg berlaku mlm td B.

Indahnya perkahwinan ini..~


Syukur ke hadrat illahi majlis persandingan sebelah saya berjalan lancar. Terharu pada ibu abah, saudara-mara dan rakan-rakan yang banyak membantu untuk meraikan kita. Saudara pun sporting boleh tinggal lama kat rumah ni sampai 3 4 malam. Penat tu memanglah ramai lagi orang kat rumah tak boleh nak berkemas tp keriuhan yg macam ni saya suka. Baru terasa feel kenduri tu, dengan budak-budak ramai berlari-lari buat bising. Namanye duk taman tapi riuh kalah macam duk kampung kata jiran-jiran saya.

Zam, untung kita ibu pakai khidmat catering waktu majlis ni kalau tak pengantin kene basuh periuk tau lepas majlis. Kene periuk besar yang buntut hitam tu. Jenuh nanti nak menyental sampi habis muka kita hitam dan baju pun basah. Takde apa pun aktiviti lps majlis dan kemuncak lepas majlis ni semua saudara mara nak kita buka hadiah. Rezeki kita la zam berpuluh hadiah kita dapat.

“Zam..zam.. cuba panggil abg ke, romantic la sikit.” Boleh ibu sy sound tepek mcm tu. Abis sume bising lepas kantoi sy masih panggil incik suami dgn nama. Sabo la baru lg, pelan-pelan la sy tukar la panggilan tu. Awk dah panggil sy sayang, sy nk panggil awk apa ye.. Sy taknak panggil abg nmpak mcm abg n adik lak. Zam, awk suami sy as hubby, izinkan sy panggil awk B ye. Shortform pada hubby and baby kot sbb awk selalu mengada. Gheeeee….