Selamat Datang


Thursday 7 February 2013

Kesalahan-kesalahan Suami Terhadap Isteri. ~

Syg ade jumpa artikel ni. B tgk dan renung-renungkan..

Keutuhan sesebuah rumahtangga sangat dipengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih-lebih lagi adalah SIKAP & PERILAKUnya dalam bergaul dengan isterinya. Suami isteri sebagai tunjang UTAMA dalam sesebuah rumahtangga, bila mengalami kerosakan maka bangunan rumahtangga akan runtuh. Disebabkan hubungan ini seharusnya sentiasa di jaga dengan memperhatikan HAK & KEWAJIPAN masing-masing. Bagi suami isteri harus saling menunaikan kewajipanya setelah itu baru boleh mendapatkan apa yang menjadi haknya.
Jika kita melihat kenyataan dalam masyarakat, dua sikap suami yang saling bertentangan dalam menyantuni isteri mereka, sikap inilah yang perlu di ambil perhatian, tak kurang juga sama-sama menimbulkan masalah yang berhujung dengan sebuah perceraian.
Pertama, suami yang meremehkan isterinya, yang mengsia-siakan hak-haknya & melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan hak isterinya.
Kedua, suami melepaskan kendalinya terhadap isteri & membebaskannya begitu sahaja (dalam ertikata lain, LEPAS TANGAN).

Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah An Nisa : 34 yang bermaksud:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki atas sebahagian yang lain (wanita) & mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yg soleh, ialah yang taat Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita- wanita yg kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka & pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka & pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari–cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
Berikut ini adalah 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan, yang kesemuanya terbahagi kepada dua sikap keliru diatas:
 
1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
 
2. Suka mencari kekurangan & kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
 
6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
 
8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
 
10. Lemahnya kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Hilang sabar ~

Susah ke nak tolong masak nasi B??? Kita sama-sama bekerja. Bezanya waktu kerja B dari pukul 1pm sampai 10 pm. Syg lak dari pukul 8am sampi 6pm.
Setiap hari macam ni rutin syg sejak bergelar isteri.
8 am – Pergi kerja.
6.30 pm – Sampi rumah, terus masak nasi, masak 2 jenis lauk.
8 pm – Makan, kemas rumah, basuh pinggan, basuh kain, gosok baju kerja. Nak tengok TV pun kadang-kadang tak sempat, inikan nak layan internet.
11 pm – B balik, layan B makan. Kemas balik dapur, kemas beg kerja, prepare apa yg patut untuk pergi kerja esok pagi.
11.45 pm – Baru dapat naik atas katil, tu pun belum tentu boleh tidur lagi..
Hari-hari buat benda yg sama, hari minggu rumah keluarga pulak. Penatnya syg tp B ade dengar tak syg merungut??
Sedangkan B plak,
8 am – bangun pagi, teman syg pergi ke kereta. Naik atas tak tau buat apa. Sebab tak da perubahan pun kat rumah bila syg balik.
12.30 pm – Pergi kerja.
10.45 pm – Sampai rumah, makan, layan laptop.
11.45 pm – teman syg tido. Tu pun kadang2 je. Selebihnya main game kat laptop. B penat tak????
Oleh kerana kerja rumah banyak, syg penat sampai asik lesu je kat tempat kerja, syg nak la minta tlg kat B. Bukan berat pun, setidaknya sama-sama la buat kerja rumah ni. B kene la fikir sama syg pun kerja, kalau tak kerja, takde duit,  B pun ssh . Betul tak?? Syg cuma minta sebelum B pergi kerja, tolong la sapu rumah sikit ke, tak pun lepas mkn tlg cuci pinggan tu. Lepas tu masak nasi siap-siap supaya syg balik trus masak lauk je. Dua hari je B buat. Semalam syg balik je kerja tgk rumah, sms B..
“B tak masak nasi?? Kesiannye syg……” Dah la sampi rumah lewat smlm masak nasi dulu, lps tu masak lauk , pukul berapa syg nk mkn. Mkn malam jd gemuk..
B blh reply “Adeh.. igtkan syg leh masak nasi sendiri arini. Syg tak msk kan? Nk mkn lauk smlm je kan? “ Dah dekat 3 bulan kita duk bersama, ada ke syg tak masak bila hari bekerja?
Ok la, syg tak byk karenah buat la semua, sempat basuh kain lg, kemas pinggan, kemas rumah..
B balik mlm tu, syg tanya mcm biasa B nak mkn tak. Syg dah siap hidang lauk atas meja. Nasi pun panas. B laju je kata tak nak sampai lansung tak nk tgk dan xnk jamah hidangan syg mcm selalu. Td pasal nasi, ni pasal sikap B lak. Ok lah syg pun simpan la lauk dlm friedge. Dah 11 lbh, syg pun naik katil. Badan syg penat sgt2 tp mata tak blh lelap. Syg rs lesu sgt. B tau la org mcm syg ni dah la x suka minum air lps tu byk buat kerja, mana tak flat. B naik katil kiss gud nite lps tu keluar mcm tu je tak nk borak dgn syg, xnk teman syg tdo.. Ms ni syg dah tak blh tahan, air mata ni laju je turun. Sampaikan sekarang masa syg tgh taip cerita ni air mata syg laju je mengalir. Kecoh kawan2 ofis nmpak syg mcm ni. Bila syg dah menangis lagi la syg ssh nak tidur.. Sampi tgh mlm syg tggu B, tp tak gak masuk.
Sedar2 je dah pagi. Terkejut syg bila keluar dari bilik nampak B tgh tidur kat luar. AGAIN..!!! Dengan tingkap terbuka luas, langsir selak ketepi. Mmg la rmh kita rumah flat, tak de pencuri tp blakang flat kita ade apartment yg boleh mencuri masuk tgk dlm rmh kita ni. Lps ni nampak gaya makin selalu la B tinggalkan syg kat tempat tidur.
Awal plak sy bersiap ade 10 minit lg nk turun bawah. So layan biskut dgn air kosong bagi alas perut sikit. Tiba-tiba… B merokok?????????????? B dah berjanji tak nak merokok lepas kawin. Lg pun tak mustahil B blh berenti sebab B bukan perokok.  Tp dah byk kali B kantoi merokok dgn syg sampai la 2 minggu lps B sungguh-sungguh berjanji kat syg tak nak merokok dah. Dan pg tadi syg nampk puntung rokok atas meja mkn, bersepah dgn kotak nye.. Sedih syg . B cabar kesabaran syg. Kenapa B buat syg mcm ni? B tak sayang syg ke? B dah buat syg rs hilang percaya kat B, dan secara tak lansung B dah kurangkan rasa gembira, sayang dan cinta dalam melayari rumah tangga bersama B…..

Tak Berkira ~

Lama syg tak update blog ni.. Byk syg nak bg tahu B tp semuanya byk kearah perasaan tak best, marah, geram, tak puas hati dan ade lah gak sayang dan suka tu sikit. Dek perasa negative yang byk tu, syg ambil langkah berdiam diri je skang. Kiranya macam tak nak ambil hati sangat. Nampak B pun ok, takde la kita bertikam lidah berperang ke. Tp yelah hati syg lak sakit.
Bulan ke dua yang berlalu syg biarkan berlalu buat pengajaran dalam bulan ke-3 perkahwinan kita. Sebelum ni syg byk keluar belanja untuk rumah, bulan ni syg minta kat B rm300 untuk belanja dapur. Bukan byk pun dari gaji B yg lagi tinggi dr syg ni, lagipun B patut bersyukur cuci kaki je masuk rumah semua keperluan asas ade dah. Dapat isteri baik mcm syg lg (Ceeeewahhh) tak pernah nak merungut or meminta pelik-pelik ni. TV besar ke, dapur ke, peti ais ke.. Ishh.. x perlu la semua syg ada dah. Syg cuma minta nafkah, keperluan mkn minum syg terjaga, untuk B jugak. Itupun tak cukup tau. B tak percaya???
Baru ahad lepas kita pergi shopping barang dapur kat Mydin, kononnya kat sana murah. Ambil sana sikit, sini sikit. Setengah troli pun x sampai barang kita. Itu tak campur lagi dengan beras dan sabun. Kita pun pergi la que kat cashier, mampuih dek panjang. Pelik betul hari-hari penuh orang kat sini, macam ulat taik ramainya umat. Sampai turn kita nak bayar, akak cashier pun scan barang. Titt..titt..tit..tit…. ada rasa dekat 10 minit, apa x berenti lagi akak ni scan. Sekali total semua barang RM260.00. Telan air liur masing-masing. Ni la nilai barang sekarang. Tp sayang puas la semua benda ada termasuk la bahan basah. Suka syg lps ni boleh masak pelbagai lauk. Baru la segala ikan, sotong mosok dalam rumah kita B.
B bagi RM300 – RM260. Ada la lg rm 40. Dah kita bukan mkn kat luar, pekena ayam uncle bob la sebelum tu, cendol la kelmarin, meat ball Ikea la semalam. Tau2 dah sampai terpakai duit syg. Tapi syg tak sebut pun sebab syg tak kisah. Cuma B, ni baru mggu pertama februari. Lps ni raya cina, nak balik rumah family syg kt utara tu. Tu dah confirm perbelanjaan dari syg mcm sebelum ni. Dah la tiap2 minggu syg isi penuh minyak, syg yg keluar belanja untuk servis kereta. Asalkan B tak berkira dgn syg, jaga hati syg.. syg tak kisah la buat semua ni.

Perubahan Hormon ~

Macam biasa setiap kali hari bekerja lepas bersiap syg breakfast dulu dengan diet cornflakes. Konon nak diet tapi makin bambam ade la.. Dari 43kg masa nikah hari ni dah 48kg.. Huarghhh.. nak salahkan siapa la ni. Tu yang syg nak try amalkan makan benda alah ni. Mahalnye bukan main, mujur sedap tapi berbaloi ke kalau dah mengunyah benda ni sepanjang masa sampai setiap 2 minggu kene beli sekotak. Takpe nanti B tgk keberkesanan nye sebulan dua. Tapi jangan goda syg mkn time malam ye. Lepas siap breakfast semalam rajin pulak B nak teman syg turun bawah hantar sampi kat kereta. Nak pujung syg sebab balik rumah lambat kelmarin la tu.. Malangnye.. Lift Rosak.. !!! Apa gile nak turun ke bawah dr tingkat 15 ni.. Sayupnye la ke bawah tgk dr atas ni. Hikmah la ni B nak teman syg pergi kerja teman syg turun tangga sekali. Turun je pun, tapi tetap hongeh bak kata orang negori. Semput dibuatnya. Dah sampai bawah kene lak jalan 100 meter pergi kat kereta. Mcm ni la nasib bila tinggal kat rumah flat.
Berbalik pada tajuk utama, B nak tau tak semalam lepas je sampai ofis, syg asik batuk-batuk. Malam sebelum tu memang ade rasa seram sejuk tp mujur tak demam nak datang ofis cuma batuk je. Ada satu waktu masa batuk tu, tetiba rasa ade bnda keluar dr tutttt… syg. Ingat mesti period keluar lagi ni. Lepas tu sakit pinggang pulak. Dah tak selesa tu syg pun pergilah cek kat toilet. Erkkk.. apa benda kat panty syg ni, hitam je. Period syg merah tak pun coklat je.. Takut lak syg rasa. Lama-lama nak sedapkan hati syg kata la mungkin period terkejut turun tangga tinggi sgt td pasal for d 1st time jd camtu.
Kat ofis syg tak boleh nak fokur buat kerja lak. Syg betul2 sakit pinggang dgn kat ari-ari ni. Apa tak habis lagi ke symptom period ni. Mula la high of curiousity, maka syg pun pergi lah buka entry cari apakah penyakit symptom seumpama ini. Nampak dalam ratuhati.com ada la similar, tapi tak mungkin.  Balik je keje syg g kat Guardian beli la UPT. Tak nyempat-nyempat balik terus test. Hurmmmmm.. –ve. Takde la frust cume makin tggi la curious syg ni.
“Ya Tuhan, jika ini rezekiku mendapat zuriat, tunjukkan lah tandanya pada ku…
Jika masih belum rezekiku mendapat zuriat , tunjukkanlah tandanya padaku, berilah kesihatan yang baik pada ku..”