Selamat Datang


Tuesday 23 July 2013

Shopping sakan ~

Dah lama syg tunggu saat ni. Last syg shopping sakan ermmm.. mmg xde lah B. Paling banyak pun sehelai baju setiap kali raya, lps tu time beli barang hantaran kita dulu. B tau kan syg teruja sgt dengan kandungan syg ni. Syg semangat nak jaga elok2 dan nak yg terbaik untuk anak kita nnt. Jd syg pun kne la buat persiapan untuk diri syg. Tak tau la B rasa ke taka pa yg syg rasa. B nk manja2 pegang perut syg pun jarang. Tu sbb baby dlm perut ni tak bg respon klu B pegang. B jarang buat & baby tak kenal dgn suara n usapan tangan daddy dia. Sedangkan kandungan syg skang dah 5 bulan keatas cukup sifat & dah blh dgr dan respon pada persekitaran.

Masa kak ngah bagi naju preggy dia kat syg hari tu, syg suka sbb x perlu berbelanja byk untuk beli sendiri but at the same time syg tak berapa seronok sebab pakai lebihan org lain. Syg nk rs beli sendiri, menikmati perasaan pregnant shopping beli kelengkapan syg tambah klu syg dpt share kan dgn org tersayang, dgn hubby la. So setiap bulan syg simpan duit sbb masa survey dulu syg tgk mahal juga pakaian preggy ni. Sehelai baju cecah Rm60. Tambah skang syg kne pki pakaian yg sesuai, perut ni dah boyot. Ada la dekat Rm1k syg simpan, plan untuk raya skali. Siap niat utk beli baju B lg.. Haaa.. bagus tak syg (saje nk puji diri sendri…)


1 weekend puasa hari tu, kita balik kg Taiping. Syg mmg dah plan nk shopping kat The Store je sbb syg rasa sana lg byk pilihan dari Eon Jucso. Indah nye rasa, pilih2 baju n seluar then swipe debit kad syg. Sedar2 je tggl balance Rm250 dari Rm1k tu. Tu diaa… dapat la B sehelai Jeans and kemeja. Syg plak satu seluar 4 t-shirt. Macam mahal tapi kita puas kan, yg penting HAPPY ;)

1st day celebrate Ramadhan as husband & wife ~

Masa bujang dulu (sempat la 2 tahun bersendirian jauh dari keluarga), time berbuka syg asal mana boleh je. Takdenye rajin nak maska kea pa even air panas pun takde. Tapau je kat bazar, paling rajin pun berbuka dgn roti crème. Lps solat maghrib baru syg keluar cari mkn.

Tapi Ramadhan kali ni penuh makna, syg dah pun bergelar isteri tangungjawab syg menyediakan persiapan untuk kita. Esok nak puasa so hari sebelum nye bertungkus lumus la syg masak set jam sume takut terbabas bangun then prepared apa yg patut. Sampai kul 2am baru syg boleh tdo. Thensahur kita yg pertama bangun kul 5 pagi. Tak ngantuk pun time sahur tu excited punya pasal. Tp sampai tempat kerja.. HUarghhhhhh.. tersengguk2 syg.


Berbuka nnt syg igt berbuka sorg je la dah B pun blik kerja mlm. Tp petang tu B kol nak berbuka dgn syg.. Sukanya syg.. Hurmm.. menu berbuka hari ni, ikan stim.  Alaaa B, syg teringin la nk mkn murtabak dgn roti john. Lg suka syg B dapat beli kat bazar. I love this moment B… ;)

Kebosanan bila bersama dalam rumah~

Pelik ke dengan title ni B? Hmmm… ni la yg syg rasa tp syg tak tau apa B rasa sebab syg Nampak B yg pilih cara macam tu.

Hari Bekerja
7.15am - syg dah bangun bersiap nak pergi kerja. B masih tido atas katil.
8.00am – syg turun bawah nak pergi kerja. Kadang2 B teman syg turun kadang2 tak.
6.15pm – syg dah ada kat rumah, siapkan mkn malam, kemas rumah basuh baju ke, iron baju.
10.45pm – syg dah siap solat, makan dan mengemas sikit. B pun balik kerja, kdg lewat ada sampai kul 11pm. If B nak mkn syg siapkan, if tak temankan B berbual jap.
11.30pm – syg nak landing atas katil sbb kne ambil mood nk tdo, dah la sejak preggy syg ssh nk tdo mlm. Tp B taknak teman pun terus menghadap laptop. Kadang2 kul 2am baru syg boleh lelap mata.

Hari Minggu
Sabtu – Kalau ada checkup baby, 9.00am kita dah keluar rumah then continue pergi jalan2 sampai malam. Kalau tak ada pun kita pasti keluar pergi memana.
Ahad – Bangon tido tengahari, mkn, borak kemas rumah sama2 then mlm tdo ikut waktu hari bekerja.


So, dalam seminggu B kira brapa lama je masa kita luangkan bersama???

Kandungan 19 minggu ~

Ms ni excited nak tgk apa lg pergerakan anak mummy dlm perut ni. Last time tangan je aktif gerak. Kali ni scan mmg aktif betul sampai Dr tak blh nak print gambar baby. Mamy dah blh tgk kaki , kepala baby.. Cuma biasa la gambar hitam putih xde lah clear mana tp mmg nmpk cuma tang tuttt… ank mummy ni nak sorok plak eh.. Malu ye..

Monday 22 July 2013

Inikah ketentuanNYA ~

Balik dr rumah seremban syg mmg tak cakap apa dah dgn B. Syg masih marah dgn B. B pun nampak berkeras jugak kan konon salah syg. Syg dah maafkan segala salah silap B pada syg , syg tak berhak nk hukum B hanya pada Tuhan syg berserah. Tapi syg tak akan lupa perbuatan B tu dan sudah tentu bg kesan kt syg. Syg cuma berdoa dgn dugaan yg syg terima ni dalam saat syg mcm ni tak akan menjejaskan kesihatan syg dan baby dlm kandungan. Dr malam tu air mata syg tak henti2 mengalir sampai la saat syg tgh menaip ni. Luluh hati syg B.

Terbuku kat hati syg ni perasaan benci kt B. Syg redha B apa nk jd pd hubungan kita lps ni apa yg pasti syg tak blh terima apa yg B cakap tu dan syg dah tak blh layan B sewajarnya sebagai seorang suami sbb pedih hati syg bila ibu bapa syg baik buat B tp tak sangka B doakan keburukan pd mereka. Itu ibu bapa syg, org yg paling penting dr diri syg dan yg paling syg sayang. . Dah la syg tggl jauh dr diorg senangnye B layan syg mcm ni.


Syg dah tak lalu nk mkn minum tambah2 bersama B. Sampaikan tak lalu gak nk tgk muka B. Rasa marah je kt B. Sampaikan time sahur hari isnin syg x mkn nasi pun, hanya minum susu n air kosong tapi, lps je minum  syg tak tau la nape trus syg sakit perut muntah2 & cirit birit. Syg berdoa agar Tuhan ampunkan dosa syg berkasar dgn B, tak layan B dgn baik maka biarlah segala kesakitan yg syg terima dijadikan sbgai balasan atas dosa2 syg tu.

Pahit nak kutelan ~

20 Julai 2013 lebih kurang sudah 8 bulan kita melayari alam rumah tangga. Tapi, tarikh ni syg takkan lupa dan mungkin terbawa-bawa hingga menjadi peristiwa besar dan membuatkan syg takkan lupa sampai akhir hayat. Dan pada tarikh ni anak kita dlm perut ni, Insyallah sudah pun 22 minggu turut rasa tempias dari apa yg berlaku. B blh lupa ke apa yg berlaku waktu ni?

B dan syg bukan la manusia yang sempurna, masing2 ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan dan ats faktor ni lah hubungan kita berterusan hingga ke jinjang pelamin dan sekarang bakal menjadi ibu bapa. Tapi apa yg berlaku pad tarikh tu mmg melampau dan syg pun sampi hilang pertimbangan sampai sanggup tengking dan marah b sangat2. B sendri maklum sejak syg berbadan dua ni syg jd semakin sensitive. Dan hanya akan menjadi lebih sensitive bila B buat sesuatu kat syg baik benda baik syg akn happy sgt dan tidak baik syg akan sedih sgt2. Sampai la tarikh ni syg bukan setakat sedih dah sebab dah beberapa hari syg mkn hati dgn B , tp terus jd marah teramat, geram dan hilang sabar dan hormat syg kat B.

Bila syg kata B kurang prihatin B bantah apa yg syg cakap. Bila syg tegur sikap B yg tak betul B marah syg sedangkan B pun buat benda yg sama kat syg kalau syg buat benda tak betul. B pun tak jujur dgn syg sejak kita kawin. Nak syg uraikan satu2 persatu lg ke kat sini. Nanti berpage2 pun x sanggup nak baca. Syg bukan nak salahkan B je tp salah ke kita saling menegur salah silap masing2 demi keharmonian rumah tangga kita?

Bermula dari kes checkup syg 29 Jun 2013 hari tu B dah sebut pasal duit ringgit kat syg. Time tu lah amount paling rendah sejak kita buat checkup kat TMC only RM110 untuk consultation & scan. Syg berterima kasih sgt kat B sebab biaya kos checkup syg semenjak awal kandungan lg. Bila B kata nk syg bersalin kt swasta dulu syg pun happy sgt sbb syg nak B ada bersama syg & tgk syg time bersalin nnt. Tp tiba2 skang B kata tak mampu so syg nak kata apa lg, kita redha je la mana syg akan bersalin pun asal kan anak kita selamat dan sihat bila keluar nnt. Lepas beberapa hari kita pergi survey cabinet dapur, B pun dah plan dr dulu nak beli memandangkan bilik kt rumah kita bukan dah mcm stor tp tong sampah je. B pun ade menyimpan sikit so nnt just kne tambah sikit je. Lepas tu 1st week puasa kita balik taiping. Syg nampak B keluar duit Rm100 je mcm biasa setiap kali blik taiping. B akan buh kad TnG rm50 syg isi minyak. Balik Taiping pergi kne isi penuh RM60, balik RM60 dgn syg kne tambah lg reload TnG. Sampai kt kg syg nk mkn apa semua syg sendri, dan kadang2 keluar mkn sama baru B bayarkan. Mmg lumrah setiap kali syg balik kg kne prepare RM400 camtu. Kali ni balik syg dah niat nak shopping, lama dah syg simpan duit teringin nk rasa bershopping. B pun tau syg ade saving Rm1000 hanya tuk shopping. Alang2 nak beli baju preggy syg n nak beli skali baju raya B. Balik dari Taiping syg dah bg tau B vitamin Obimin syg dah nk habis. Tu je la vitamin yg syg mkn. Tp sampai saat ni dah berminggu B tak beli pun. Syg ni mana ada peluang nk g beli, B pun maklum situasi syg. Dah tu syg bw berbincang dgn B nnt 31 Ogos 2013, abh nk buat open house & celebrate besday Balqis so syg rs baik buat skali majlis doa selamat syg dah cukup 7 bulan memandangkan time tu ramai org dtg. Tp sedih syg bila B takde respon.

Ok lah tu, skang syg selalu sakit tapak kaki bukan sikit2 tp rasa mcm tak blh nk jln dah klu sakit kadang2 time mlm betis syg selalu crème, syg meraung cmne pun B buat tak tau je. Sampai kan skang syg prepare je la awal2 ubat sapu ke minyak ke setiap kali syg rs sakit kaki. Belakang syg sakit lg la B tgk kan pun x. Time mcm ni syg rs ahli keluarg syg adalah org yg terbaik bersama syg bukan B. Tu sbb klu B ingat syg penah kata kalau syg sakit berhari-hari & xde ubat yg boleh bg, jln penyelesaian utk sembuhkan syg bw syg jumpa keluarga syg. Paling syg kesian kt diri syg ni syg kadang2 teringin nk mkn itu ini. Mlm tu syg teringin nk mkn ais krim, bkn ssh pun nk cr g kedai kt bwh tu je blh tp B buat tak tau je. Harap perasaan teringin syg tu tak bawa kesan kt baby.  Pada tarikh yg syg mention td kita akan berbuka puasa kat rumah kakngah chot. Sini ke seremban paling cepat pun sejam setengah.  Tgh hari tu kita pergi selayang saje jln2. Blik rmh kul 3pm dah. Igt kan rehat jap lps tu blh gerak g seremban tp B tdo plak. Syg dah plan dah nk spent time lama dgn wan n maklong. Apa yg syg nk buat time B tdo suh g kdai bwh B kata kejap2, dah mls la syg nk suruh. Sudahnye kul 5 lbh baru nak gerak dr rumah. B pulak nk singgah rumah mama jap sbb nk tgk TV mama yg rosak. Mmg dr rumah lg syg dah muncung sbb B lengah2 je nk g sana. Sampai rumah mama dah 6.30pm. Syg rasa mcm tak sempat je nk berbuka sama dgn diorg kt sremban. Nk start perjalanan balik dr rmh mama kul 6.40pm. Syg dah xde mood nk ckp dgn B sbb makin sakit hati dgn sikap sambil lewa B tu. B pulak dah elok2 drive lps tu brenti tepi jln juz bcoz syg tak bersuara apa. Suruh syg sabar la apa la. Mmg dah lama syg sabar dgn sikap B tu so syg ckp jln je lah. Tiba2 B kata syg marah dgn B sbb singgah rumah mama.

“Syg  cuba beristigfar byk2 bw bersabar. Nape senyap ni? Syg mrh ke B singgah rumah Mama? Syg igt ibu tu bagus sgt, tgk la nnt ibu tu…” B tak semena2 tuduh syg mrh sbb singgah rmh mama lps tu cakap plak B doakan tak baik kat Ibu. Syg tak blh terima apa lg B nk ckp trus syg berteriak
“B keluar dr kereta skang. Keluarrrrrr.. Syg tk nk dgr dan tak nak tgk muka B lg. Keluar..” B pun teriak kt syg siapa syg nk tengking B, apa hak syg cakap dgn B camtu?? B tak kan maafkan syg..


Berjurai2 air mata syg. Sedih sgt. Kenapa suami syg doakan benda tak baik pada ibu syg. Sedetik pun syg tak pernah nk kata apa2 yg buruk kt mama dpn B. Malah setiap kali solat syg doakan kebaikan pd B, keluarga syg n keluarga B tp sampai hati B buat syg mcm ni..