Selamat Datang


Monday 15 September 2014

D.I.Y. Bunga Telur

Ingat lagi tak projek DIY(Do It Yourself) bunga telur yang mummy El pernah cerita dulu masa nak buat kenduri akiqah El. Ni mummy El nak display sikit apa and mana cara yang mummy El buat hari tu.

Bahan-bahan:
1) Foam Paper
2) Manik
3) Riben
4) Gunting n Pensil
5) Cawan
6) duit syiling 5 sen
7) Gam tembak
8) Lidi n pelilit
9) Kain net


Cara-cara:
1) Lakarkan rajah dalam foam paper, Mummy el nak buat imej stroller so tekapkan bulatan atas muka cawan and syiling 5 sen atas kertas foam untuk dijadikan body and tayar stroller.
2) Dah siap lakar dengan pensil, guntingkan bentuk tu.
3) Gam bentuk lakaran tersebut pada lidi dan hiaskan manik atas foam. Letak riben untuk memeriahkan lagi bunga telur tu.
4) Jgn lupa pasang kain net n lilitkan guna pelilit kat lidi tu nanti tak boleh letak telur lak.. 


Taraaa... kat bawah ni hasilnye, tapi mummy el buat comot2 sikit. Sorang2 buat banyak2, penat laaa.. Tu la pasal. Dah siap bunga telur, mummy El tambah kan gula-gula and buku surah sekali dalam paper bag doorgift tu.








Halal fest @ The Mines ~

7 September ari tu berlansungnya Halal Festival di Pusat Konvensyen The Mines Sri Kembangan. Dah lama Mummy El tak pergi festival macam ni coz Mummy El ni ada migrin so tak suka tempat yang crowded ramai orang, then panas-panas lepas tu penat sgt jalan2 takde rehat. Hajat di hati memang nak pergi tapi kene ambil risiko or kurangkan masalah-masalah yang boleh berlaku.

Nak dijadikan cerita ahad hari tu Mummy and Daddy El pergi lah ke sana seawal 10am dah sampai. Orang pun dah ramai tapi masih boleh dapat parking lagi dekat dengan pintu enterance lak tu. Rezeki lah kan.. Sabelum masuk kene daftar and isi boring dulu nanti sticker akan diberi then baru allow masuk dalam room tu. Masuk je kat dalam terus kita kene kerumun kat penjual suruh test makan barang diorg. Terkejut hakak tau.. Apalagi idea nakal pun terlintas utntuk makan and minum apa saja sample yang diberi. Paling banyak minuman kesihatan ni la. Elok gak jalan banyak dalam tempat yang luas ni mmg penat so that sambil-sambil la memanfaatkan minuman kesihatan diorang tu. Burppp.. Tu diaaa, boleh kenyang lepas separuh jalan melawat gerai2. Dalam banyak2 jualan hati ni dah terpaut kat 3 barang.. tak boleh lebih coz tu pun dah rm50 habis kat mkn sahaja. Kene sedor diri gak dah la tinggal berdua ada hati nak beli byk barang makan.  Mummy El just beli apa yang sedap kat tekak ni je, ada ubi sambal rangup rm15 untuk 2 bekas, almond cookies rm30 and mee penang yang superb rasanya rm20..
Mai nengok apa yang Mummy El sempat snap..








Isteri , orang gaji or robot? ~

6am – bangun pagi, solat, bersiap
7.15am – pergi kerja
6.30pm – sampai rumah, mandi , masak untuk dinner
7.45pm – dinner, solat maghrib n isya’
9.00pm – basuh baju, kemas pinggan and dapur.
10.00pm – sidai baju, iron baju
10.30pm – skype with EL
11.30pm – sambung iron baju, lipat baju
12.30am – tidor

And repeating for every weekday. Belum kira sapu lantai, mop, bersihakn toilet, kemaskan bilik tidur. Weekend lak balik kampung. If tak balik beli barang dapur.. Bila masa lak nk slot utk diri sendiri? Untung jadi lelaki, balik rumah mintak makan lps tu main hp/game , tgk video, baca komik. Time nk tdo tuntut nafkah batin lak.. Hurmm.. Penat sangat tp lg hyper penat bila tak ada org hargai apa yg kita buat.


Orang gaji pun untung, coz ade hari cuti then ade gaji utk buat kerja rmh.. As a wife yg bekerja hal mcm ni blh merosakkan mood kita. Bila mood dah tak Ok, I wish hubby2 kat luar sana tlg la simpati and ade perasaan prihatin so that baru aman rmh tangga. If u guys prefer suasana sunyi dlm rmh be like me lah. Bila dah penat badan nk buka mulut pun penat, kang dapat dosa lagi dok bertekak so buat kerja dgn senyap, dah siap bawa diri utk berehat coz badan nk pakai lama utk buat benda ni semua. If you stress, find someone yg blh menjadi pendengar yg baik n of coz not your hubby sbb pendengar yg baik adalah org yg prihatin and org yg prihatin takkan biarkan isterinya dlm keadaan bad mood..

Happy Birthday Mummy El.. ~

“Happy Birthday Syg..” 1 kiss kat pipi ni..
“Emm.. B lambat. Dah pukul 8pg baru nak wish.. Smlm tido awal plak tu..Ok still surprise, better than last year..” Dalam hati ni mula la nk sambung touching dr mlm tadi.Yelah dah kite saje je tido lewat lagipun hari minggu nak la tunggu si Hubby buat surprise ke tak pun 1st wisher birthday ke. Habuk pun tarak… Family always 1st then kawan2 wish thru phone and FB berduyun masuk selepas 12tgh mlm.

“Syg, pagi ni B ade training kat KL. Nanti B balik awal ye.” So surprising la B, sudah la birthday kita lambat wish then dia takde kat rumah lak. So selama 9 jam siang di hari minggu ni syg nk buat apa je kat rumah? Nak balik kg tengok anak dia tak bagi.. Disuruhnye kita cari hiburan n berkawan kat luar sementara dia takde kt rumah.. Erkk??? Takpelah, syg yg dulu bukanlah syg yg sekarang nk huha sana sini, dah jadi mak budak pun. Baik duk rmh je, save budget, kulit pun tak sun burn keluar time panas-panas ni.


Pukul 9 pagi sambung tido, tghari bangun mandi. Perut lapar la pulak so panaskan Laksa yang dimasak semalam. Hurmm..harum bau bunga kantan ni. Dah pekena 2 mangkuk mata kuyu. Baru nak tgk rancangan Nona, zzzzz.. tertido sampaila terjaga bunyi HP kul 3ptg..
“Assalammualaikum, Selamat Hari Jadi mummy El.. Tengah buat apa tu?” Nenek El call la..
“Waalaikumussalam.. Terima kasih Bu, buat taik mata je ni. Hari minggu ni pergi mana je?” Atok n nenek El ni kaki jalan, asal ade masa terluang je confirm tak duk rumah.
“Tak sure la mummy El nak pergi mana, now ade kat kebun nak petik buah dokong banyak ni.” Best nye, kalau bawa sikit kat sini mmg best tp cakap dlm hati je la..
“Klu tak de idea sgt, kitorg datang KL je la..” Hehehehe..Gelak je la funny OK.. Hari ni hari ahad dah kul 3ptg. Taiping ke KL tu mcm dari rumah ku nak ke kedai depan tu agaknya.. Mcm dekat je plannye tu. Dah la esk Atok El nak keje, maksu El kene skolah.. Serius boring duk rumah sensorang tak buat apa. Hujan pulak petang2 ni, so masak air buat teh panas bg fresh sikit badan n mind yang dah lemau ni..

“Hi syg, B dah balik..” 6 pm.. Bunyi mcm surprise sgt je balik waktu ni dgn basah kuyup. Moto tu high speed 70km/ je dah hujan2 ni ntah berapa lama la B ni do katas moto. “Syg siapla kita dinner sama”. Eh.. nak bw aku keluar dinner la, nk celebrate besday Mummy El la ni..  
“Kita g KL ye, B nk mandi kang demam lak dah basah kuyup kne hujan”
.. Trutt..trutt.. 
“Hello mummy El tgh buat apa?” Rajin nye nenek EL call lg, sure tgh boring tu. “Tak buat apa pun, kt sini hujan la bu.” 
“Tunggu kt rumah ye, nenek n atok El otw nak ke sana, dah sampai Highway Guthrie ni..” Huhhh.. Benarkah??? Ini lg surprise so excited bila mummy El tau semua nak dtg.. Lepas la rindu kt El nnt.. Tapi daddy El ni marah kt mummy lak kata invite org without his acknowledge.

Elok diorg sampai je kt rumah hujan trus berenti. Rahmat la tu kan sempena hari kelahiranku ni.. Alhamdulillah. Dah kul 7 lbh so semua solat maghrib dulu then lunch together kt luar. Nangis terharu mummy El coz atok n nenek El willing dtg dari jauh just because to celebrate my birthday. Even 2 jam lbh je dapat bersama tp moment tu bahagia sgt. That is a reason why I love them so much rather than my hubby.


Tiktok..tiktok.. dah seminggu berlalu and how daddy El celebrate and hargai Mummy El, simply as that. 2 times in a sad..