Selamat Datang


Tuesday 28 October 2014

Sifat suami ~

Today Mummy El ada info tebaru untuk diri sendiri or mungkin reader yang lain. Mummy El just copy dari internet je terjumpa info ni. Credit to D'raudhah Sakinah & sorry ye saya copy info yang berguna ni. Ok check it out, moga para-para isteri boleh lebih memahami suami anda. 


Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)

Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan

1. Tidak kisah dan pendiam
  • Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah.
  • Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan.


2. Tidak boleh dipercayai
  • Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami.
  • Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami.
  • Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami


3. Lelaki ego
  • Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki.
  • Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas.
  • Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki


4. Lelaki miang
  • Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki


5. Lelaki lemah
  • Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza.
  • Pada hakikatnya manusia memang lemah





Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
  • Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
  • Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
  • Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
  • Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
  • Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
  • Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
  • Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

Wednesday 15 October 2014

Ah Cheng Laksa @ e-Curve ~

Tetiba tekak Mummy El ni teringin nak makan Laksa masa dok tengah jenjalan kat e-curve. So jalan-jalan la kat lower ground floor nak cari apa kedai best. Sekali... nampak la restaurant Ah Cheng Laksa kot menu special dia laksa yang sesedap laksa utara tu. Pemandangan dalam restaurant not bad, santai je. Ada bahagian dalam air cond & luar. Cer korang tengok gambar kat bawah ni, camtu la view dia. Then of coz la Mummy El order Laksa, tapi mata ni tgk gambar mee kari dia kat menu tu macam best je so layan kan skali. Masa ni Mummy El datang dengan kawan so member ni plak ambil nasi coz dah pukul 3pm lapo perut dah weh.. Lauk plak ayam herba. Komen Mummy El makanan yang kitorang ambil tu ok la boleh makan melainkan laksa dia yang tak berapa nak masuk kat tekak. Manis weh.. Tau la depa guna resepi negeri mana. 

3 bintang untuk Ah Cheng Laksa. Selamat menjamu mata....


Pemandangan restaurant.

Pemandangan restaurant.

Laksa yang tak brape umphhh..


Mee Kari

Ayam Herba

Air Longan

Fish & Co ~

Dah berbulan berlalu, makanan dlm perut ni pun dah proses keluar balik baru lah Mummy El berkesempatan nak hupdate story pasal makan-makan best. Kisahnye sebaik je Mummy & Daddy El lepas pergi Halalfest hari tu. Tp dah bz je memanjang nak story mory camne kan.  Teringat nak tulis ni pun sbb Mummy El tgh dok mencari fine dining best tuk redah, tetiba ternampak restorant ni so memandangkan Mummy El dah pernah pergi so nk la up to date crite ni.


Ni 1st time Mummy El makan Fish & Co and kami makan kat The Mines.. So ni pandangan 1st timer la di mana Mummy El boleh letak 4 bintang.. Awesome u alzzz.. Belum masuk lagi dah rasa teruja coz design kedai yang ala-ala makan dalam kapal kene dengan tema diorang then makanan diorang dihidangkan dalam pan.. Biar Gambar berbicara then korang nilaikan la. Staf kat situ pun ok, mesra alam. Ikut je cakap customer yang cerewet mcm Mummy El ni, nak duduk dekat dgn cermin tepi la, boleh nampak bahagian orang buat air, keluar masuk dapur.. Apa nak pelik saje Mummy El nak tengok cara diorang ni bekerja, bersih ke tak supaya xde teragu apa kan then sambil tu blh tgk ragam orang kat luar restaurant. Menu yang pelbagai boleh kata semua jenis seafood diorang ada baik baked or grilled. Nak list banyak sgt tambah pulak ada pasta, pizza & baked rice. Memang tebal gak la buku menu diorang. So korang layan la gambar-gambar kat bawah ni..

Dari pandangan luar restaurant.

Dari pandangan luar restaurant.

View dari dalam restaurant.

View dari dalam restaurant.

View dari dalam restaurant.

Buku Menu.

Buku Menu.

Buku Menu.

Buku Menu.

View atas meja


View atas meja

View atas meja

Soup yang mmg superb best..

View atas meja

Platter yang mengenyangkan..