Selamat Datang


Sunday 25 December 2016

El with Mummy & Daddy ~

Announcement..  El dah stay dengan Mummy.!! Amboi macam nak bagi tau satu dunia je kan mummy El ni. Syukur Alhamdulliah.. El duduk dengan mummy bermula dari hari lahir El yang pertama. Ibu mana yang tak sedih berjauhan dengan anak tambah pula masih bayi, biarpun setiap 2 minggu Mummy balik kampung jumpa EL tapi Mummy dah miss banyak benda, tak tengok saat pertama El pandai mengereng, tak tengok pertama kali El nak menyarap , tak tengok pertama kali El merangkak. Ruginye Mummy, tapi mummy kene redha sebab banyak factor yang mummy kene hantar El kat kampung. Mummy nak El selamat dibawah pengawasan nenek dan atok, biar mummy sibuk cari rezeki dan selesaikan urusan di Kota ni sebelum jaga El sepenuhnya. Mummy upload photo comey manja El, rindu nye mummy kat El..






Ectopic Pregnancy ~

Image result for tiub fallopio pecah

Awal July 2015 Mummy & Daddy dikhabarkan berita gembira apabila hamil lagi. Maknanya EL akan dapat adik tak lama lagi. Alhamdulillah semua orang gembira dan kalau diizinkan Tuhan mummy nak anak ramai. Mummy takde apa alahan cuma pelik sebab ade bleeding. Mungkin sebab janin mula nak menempel tu yang bleeding kot. Kene pulak bulan puasa so ada masa mummy ingat period. Nak ikutkan masa ni El baru 1 tahun 7 bulan tapi bila baby dah lahir EL dah 2 tahun lebih so kira ok la timing nye kan.. Hehe 

Raya tu mummy ambil cuti seminggu, sempatla balik kg jumpa sedara mara belah mummy dengan daddy. Kandungan pun dah cecah 6 minggu tapi masih ade bleeding lg. Risau pulak hati so nanti balik Klang mummy nak pergi cek. 

Mummy prefer Colombia Hospital Bukit Rimau sebab dekat dengan rumah and ada checkup weekend so tak payah la susah-susah nak ambil cuti. Buku merah tak buat lagi plan masuk 3 bulan baru nak buat. Bila buat urine test memang positif tapi masalahnye kenapa mummy bleeding dan bila kandungan masuk 7 minggu mummy start sakit perut yang teramat. Asal pergi hospital doctor cek lepas tu suruh repeat lagi datang 3 hari kemudian. Jumpa doktor nye 5 minit bayaran pula dah macam buat treatment. Last mummy dah tak tahan sangat sakit mummy terus pergi HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) sensorang. Cara hospitan HTAR ni bila nak buat checkup even normal checkup mesti kena tukar baju pesakit yang baju pink tu. Doctor india muda yang cek mummy masa tu. Dalm hati ni Tuhan je yang tahu sakit nye mummy rasa sampai nak berjalan pun tak mampu tapi dek kerana kuat nak tahu perkembangan janin dalam perut, mummy gagahkan juga.

Daddy??? Ermm.. pergi kerja macam biasa. Padahal dah nampak mummy sakit tapi dia fikir mummy sakit biasa je. Berbalik cerita tadi, mengikut kata doktor sepatutnya bila kandungan dah masuk 7 minggu dah boleh nampak janin dalam kantung tapi dalam kes mummy tak nampak pun janin tu . Tambah pelik bila doktor kata dalam perut mummy macam banyak air. Doktor macam tak puas hati pula sebab scan yang dia guna biasa je so doktor suruh mummy pergi tingkat 2 untuk scan 3d supaya lebih jelas. Maka dengan perut yang sakit mummy jalan la perlahan-lahan dengan kendong baju lagi. Mujur ada jururawat yang perasan dan mahu bantu mummy. Mummy berdoa sangat moga kandungan mummy selamat. Lama betul doktor ambil masa nak scan mummy masa guna scan 3d sampai mummy pun stress.
"Doctor, ada apa2 yang tak kena?"  mummy susah hati nak tau juga apa yang doctor scan.
"You jangan tanya dulu, I pun tengah stress ni nak scan.." Pulakkk.. ingat mummy je ada perasaan macam tu tapi tak tau la apa punca doctor ni stress. 
"You tunggu dulu, I nak panggil pakar scan untuk you pula" Erkk.. dah kenapa sampai panggil pakar. Doktor ni tak tau scan ke. So mummy angguk je. 
Tak lama lepas tu datang 2 orang doktor melayu perempuan sorang dan india lelaki yang nampak lebih senior. Malu la mummy jadi bahan tontonan ramai masa perut kene scan. Mummy dengar je perbualan diorang tapi tak faham term2 medic tu. 

"Puan kene admit ni. Pakai baju putih ye" Doktor perempuan melayu beri arahan. Mummy masih confuse apa punca sampai kene admit ni. Dah la sensorang. So mummy cepat2 talefon daddy dan parent mummy untuk inform diorang. Terkejut daddy.  Mummy pulak dah stress tak tau punca jd marah je bila daddy tanya sebab. Datang je la hospital, banyak tanya lak daddy. Mummy pun tukar la baju dan pergi ke katil yang dah daftarkan. Baru je nak duduk datang sorang nurse suruh mummy standby untuk operate. Hahhhh.. KENAPA?? Mengamuk mummy kat wad tu tanya kenapa sampai la ada doktor lain datang tenangkan mummy.
"Sabar puan, puan tak tahu punca ye? Begini masa kami scan perut puan kami tak nampak janin dan kantung puan kosong. Sedangkan bacaan hsg puan tinggi so kami scan cari dimana janin tu dan kami jumpa pada tiub fallapio sebelah kiri puan. Malangnya tiub puan sudah pecah dan ada banyak darah dalam rahim puan. Kami khuatir jika tiub ada dijangkiti kuman dan darah merebak ke anggota badan yang lain. Tu sebab kami kene operate puan dengan segera." Sebak hati mummy bila dengar kebenaran ni. Maknanya tiub mummy akan dibuang pada sebelah kiri sebab dah pecah. El sorang je ke anak mummy lepas ni? Mampu ke mummy melahirkan zuriat lagi?

Mummy masuk bilik bedah tanpa suami di sisi. Mummy yang sain segala borang. Macam-macam yang bermain di akal fikiran mummy. Entah ini pengakhiran hayat mummy ke. Selepas 3 jam mummy sedar dari kesan bius operate baru mummy nampak daddy. Menangis mummy, alhamdulillah syukur mummy masih bernafas walau tiada rezeki mummy untuk teruskan kandungan ni. Mengikut kata doktor tiada punca tertentu mummy mengandung luar rahim. Ia berlaku disebabkan janin itu yang tidak sihat. Kiranya nasib mummy la ni. Mummy perlukan sokongan kuat dari daddy dan family. 3 minggu doktor bagi mummy cuti sakit dan semoga mummy cepat sembuh mental dan fizikal.