Setiap pasangan suami isteri tentu mengimpikan dikurnikan
zuriat. Tambah yang kahwin pada usia lewat 20an tentu sekali nak zuriat dengan
cepat. Sebaik kita bernikah syg terlalu mengharap nak mengandung cepat walaupun
rezeki tu ketentuanNya tp tak salah kita berdoa, berusaha. Umur syg pun dah ke
lewat 20an tentu sekali syg nan baby cepat tambah pulak syg betul-betul dah dah
bersedia dah jd isteri dan ibu sebaik kita dah ade ikatan dulu.
Terima kasih B, sungguh baru sebulan perkahwinan ni tp syg
rasa bahagia. Syg gembira pikul tanggungjawab sebagai isteri, hari-hari syg
masakkan untuk B, siapkan pakaian B, kemas rumah. Macam robot je kadang-kadang
syg rasa pg pukul 6.30 bangun, syg bersiap then pergi kerja. Sampai rumah pulak
pukul 6.30 dah syg heboh kat dapur lak masakkan mkn mlm. Lepas tu basuh kain,
lipat kain, sapu rumah, mengemas. Pukul sebelas malam B sampi rumah, syg
hidangkan mkn teman B makan lepas tu kemas meja balik. Huarghhh.. dah mengantuk
kul 12.00 kita msuk bilik borak-borak sampi syg terlelap. Hari-hari kita buat
mcm tu tp syg tak bosan lg dan tak merungut penat sebab apa yang penting syg
puas. Syg bangga dan happy sgt kalu B puji syg masak sedap, pandai gosok baju B
sampai kawan-kawan ngusik.
Tapi B, syg minta maaf tak dapat temankan B mkn. Syg rasa
bersalah dan berdosa pulak sampi B kene panggil syg banyak- banyak kali tp syg
taknak datang kata nak sidai baju dulu. B kata nape syg bagi pinggan
bocor.Terkejut syg baru pergi kat B.
“Syg, pinggan ni bocor la macam mana B nak mkn..”
“Huh, pinggan pecah ke, ok syg datang tgk..” Syg trus pergi kat B sambil fikir, laaa
kesiannya suami aku pakai pinggan rosak ke.
“Ni ha syg, nasi dah takde pinggan dah bocor” B trus hulur
pinggan yg dah habis nasi kt syg.. Ketawa syg rupanya B minta nasi tambah.
Terhegeh-hegeh syg ambil nasi. Tu la kan syg tak teman B mkn smpi nak nasi
tambah pun syg tak tau.
Syg minta maaf kt B. Syg tiba-tiba rasa sedih B. Hari ni 12
hari bulan. Setiap 13 hari bulan syg dtg bulan. Masa kita nikah syg mmg tgh dtg
bulan tp lps tu akan tiba waktu subur dan besar harapan syg supaya tidak dtg
bulan bulan hadapan (moga ada berita gembira). Tapi masa syg tgh siap-siap
sediakan mkn mlm untuk B, syg pergi toilet dan syg dah ada tanda kt seluar syg.
Mmm.. trus syg jd sedih, belum ade rezeki kita lg B. Sedih syg menjadi-jadi sbb
mungkin syg terlalu mengharap. Tu sbb ms B mkn syg tak blh nak duk sebelah B,
tak tau la kenapa syg sedih sgt sampi rasa nak mengangis. Siap je mkn B terus
main game kat laptop sementara syg basuh pinggan. Dari perasaan sedih jadi
takut pulak B. Siap je membasuh, syg terus masuk bilik, baring dan peluk bantal.
Masa ni air mata syg terus tertumpah dan tak henti-henti keluar. Jgn la B sedar
syg menangis tp B masuk bilik plak teru peluk syg dr belakang.
Syg pura-pura buat tidur tak pusing kat B tp B macam faham
je perangai syg rs mcm ade yg tak kene B usik mata syg. Basah..!!
“Syg, nape menangis ni. Pusing kat B nib g tau apa dah jd. B
ada buat slh ke?”
“Takde apa lah B, jom kita tidur, syg penat la.” Tp B tak
puas hati terus peluk syg, pujuk dan Tanya syg lg..
“Cakap la syg, kenapa ni? Syg marah kat B ke? Dah sebulan
kahwin kita tak bergaduh pun tp kenapa syg tiba-tiba nangis. “ Syg hanya menggeleng je.Huwaaa… lg teruk syg
menangis sampi tersedu-sedu.
“B, syg takut la B. Tiba-tiba syg rs takut kalau syg x blh
mengandung. Syg dah dtg bulan” Menggogoi syg menangis sambil bg tau nape syg
mcm tu.
“Syg jgn mcm ni, kita bersabar ye. Lps ni syg subur balik B
akan berkerja keras betul” Buat lawak plak B ni..Macam-macam B cakap nak pujuk
syg kan. Sampi la syg boleh lega dan berhenti menangis.
Betul B syg tak tau nak gambarkan perasaan ni sedih dan
takut. Baru syg faham perasaan seorang wanita dan isteri yg mahu bergelar ibu.
Ye B, belum rezki kita lg dan kita kene terus berusaha dan
berdoa kan.. Bangun tido harini, B plak yg kejut syg, B siapkan breakfast untuk
syg dan paling syg terkejut, B subuh pg ni.. Moga ada hikmah dgn apa yg berlaku
mlm td B.
No comments:
Post a Comment