Mummy El baru sebulan lahirkan El, dalam
tempoh berpantang lagi tp ke hulur hilir berjalan siap drive sendiri lg. Semua
orang bising kat mummy El, tak berhati-hati , banyak sangat gerak nanti boleh
bentan. Mummy El ni pantang makan je coz nak diet lain2 sesah je. Baru 3 hari
bersalin mummy El dah kene keluar pergi klinik ibu dan anak coz El ada kuning .
Terkial-kial mummy and daddy El masa bawa kat klinik tu. 1st time
datang tak tau nak pergi mana dulu, nak kene buat apa. Sudahlah ramai orang
walhal baru pukul 8.10am. Sedapnye tengok El tido kat pangkuan mummy. Hampir
sejam lepas register baru la nama El kene panggil untuk chekup.
Sedih nye mummy
nak nangis macam El juga bila sister kat klinik tu cucuk tumit El nk ambil
darah. Sakit ye sayang.. Pujuk-pujuk tak jalan, yelah maybe El tak faham.
Sumbat susu baru la diam sikit tinggal sedu sedan je. Kene tunggu setengah jam
lagi baru result keluar kuning El bacaan 11. Tak tinggi sangat tapi esok kene
datang lagi untuk cek.. Balik je rumah wan ibu suruh bagi El anggur hijau. Alhamdulillah
ada keberkesanannye. Esok dah turun bacaan kepada 9. Dek kerana mummy ni malas
bebenor nak tunggu lama kat klinik ibu dan anak gomen ni so decide lepas ni El
checkup kat Hospital Colombia je lah. Mahal sikit takpe asalkan El dan mummy
selesa, tak ambil masa yg lama, direct jumpa doctor.
Itu cerita tempoh seminggu selepas
kelahiran El, lepas sebulan pulak mummy keluar sensorang pergi panjat tangga
bank. Nak buat loan??? Apa pulak.. Syukur rezeki El murah, ada je yang datang
tengok El and mummy mesti sedekah duit kat EL. Takut mummy pegang kat tangan
nanti gatal terpakai pulak. Tu yang mummy willing pergi SSPN dan tabung haji
buatkan simpanan untuk El. Tak terus balik tu lepas pergi bank, pergi pulak
mall nak survey barang nak buat event aqiqah El nanti masa El 44 hari. Believe
or not, lahir je EL kat dunia ni, mummy terus bersemangat nak buat apa sahaja
yang terbaik untuk El. Mummy nak El pakai baju yang cantik selalu, makan benda
yang berkhasiat, guna barang yang bagus. Rasanya semua mummy kat dunia ni sama
je kan. Then masa majlis aqikah tu mummy
taknak membazir sangat sambil tu mummy teringin nak buat projek DIY (do it
yourself).
Mummy El ni bz je takder masa sangat nak hupdate blog skang tapi macam2 nak story mory, so mummy EL post je la gambar event akiqah tu kat sini..
Car seat yang dah dihias menjadi ala-ala buai berendoi El dengan dikelilingi anak patung dari sekecik kaki El sampai 2x ganda besar dari EL..
Taraaa... Bunga telur buatan mummy EL, printed label sendiri and dalam tu ada buku surah amalan dengan jajan.
Inilah Princess mummy and daddy.. ;)
comelnya El. Tahniah Nur. Nur jangan banyak berjalan sangat tau.
ReplyDelete