7 September ari tu berlansungnya Halal Festival di Pusat
Konvensyen The Mines Sri Kembangan. Dah lama Mummy El tak pergi festival macam
ni coz Mummy El ni ada migrin so tak suka tempat yang crowded ramai orang,
then panas-panas lepas tu penat sgt jalan2 takde rehat. Hajat di hati memang
nak pergi tapi kene ambil risiko or kurangkan masalah-masalah yang boleh
berlaku.
Nak dijadikan cerita ahad hari tu Mummy and Daddy El pergi
lah ke sana seawal 10am dah sampai. Orang pun dah ramai tapi masih boleh dapat
parking lagi dekat dengan pintu enterance lak tu. Rezeki lah kan.. Sabelum
masuk kene daftar and isi boring dulu nanti sticker akan diberi then baru allow
masuk dalam room tu. Masuk je kat dalam terus kita kene kerumun kat penjual
suruh test makan barang diorg. Terkejut hakak tau.. Apalagi idea nakal pun
terlintas utntuk makan and minum apa saja sample yang diberi. Paling banyak
minuman kesihatan ni la. Elok gak jalan banyak dalam tempat yang luas ni mmg
penat so that sambil-sambil la memanfaatkan minuman kesihatan diorang tu.
Burppp.. Tu diaaa, boleh kenyang lepas separuh jalan melawat gerai2. Dalam
banyak2 jualan hati ni dah terpaut kat 3 barang.. tak boleh lebih coz tu pun dah
rm50 habis kat mkn sahaja. Kene sedor diri gak dah la tinggal berdua ada hati
nak beli byk barang makan. Mummy El just
beli apa yang sedap kat tekak ni je, ada ubi sambal rangup rm15 untuk 2 bekas,
almond cookies rm30 and mee penang yang superb rasanya rm20..
Mai nengok apa yang Mummy El sempat snap..
No comments:
Post a Comment