Selamat Datang


Friday 8 November 2013

Terpaksa berbaik ~

Jangan hukum jarak yg memisahkan kita punca kita bersengketa.. Even ada depan mata tapi tak reti nak appreciate wife pun x guna. Bila sesekali jauh cmni setidak-tidaknye boleh buat kita tenang seketika dan fikir kan apa solution tuk pulihkan hubungan ni..

Today 8 November 2013, B nak datang rmh abh jumpa syg. B kata dah 2 minggu tak jumpa, rindu kat syg n baby kita. Mmm.. rindu ke?? Dalam tawar hati syg pun masih marahkan B, tp jauh kat sudut hati ni nak gak jumpa B. Syg dah x larat nak bergaduh, pendam perasaan and what ever related with hearth. Skang kandungan syg dah 38 minggu tau, anytime anak kita akan lahir ke dunia ni, insyallah. Syg xnak la lg runsing2, tension, sedih.. Paling tak best skang syg skang batuk teruk penangan dek durian dgn air ais. Kung kang kung kang batuk sampai ssh nak tido, baby dlm perut pun x tido agaknye. Moga ini penyakit terakhir syg sebelum sakit nak bersalin nnt, moga terhapus dosa2 kecil syg..

Hari ni juga birthday si dia. “Happy Birthday my Hubby yang ke-29.

Alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur B untuk syg bersama B n insyallah bersama anak kita tak lama lg.
Semoga B sentiasa dalam lindunganNYA, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik selalu.
Semoga B beroleh hidayahNYA, dapat menjadi suami yang baik pada syg, blh bimbing syg dan menjadi bapa yang penyayang pada anak2 kita.
Semoga B berjaga di akhirat disamping berjaya dalam kerjaya B, cita2 B, impian B dan rumahtangga B.
Semoga B gembira selalu dan bahagia di dunia dan akhirat.

Pada tarikh ini, thn lps B diberi rezeki menikahi syg.. Insyallah thn ni, rezeki nak menimang anak.. ;)



Tapi kan B, syg tak sure blh cakap live ke tak apa yg syg nk sampaikan ni. Klu pun tak kesampaian harap B tahu, u still my husband. Mmmm… juz wait n see what will happen tonight.

Monday 4 November 2013

Peranan suami semasa isteri bersalin ~

Oleh kerana mata ni still berjegil lg depan komputer so mak buyung ni duk la surfing bahan bacaan yg best lagi berguna pada diriku.. Tp title ni dah membuatkan air mata ni mengada nak keluar mencurah-curah mcm air hujan lak tu. Huwaaaaa... kesian daku. Info kat bawah ni la dah menyebabkan aku mengcompare between aku dan fact. Info ni copy je dr blogger lain just utk my acknowledgement.

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat2 akan melahirkan anak, lebih2 lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat di samping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taala dalam Surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yang demikan) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda:


Maksudnya: "Aku melihat sendiri Rasulullah SAW mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."


Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan penzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekan (ditahnikkan) di langit2 bayi tersebut dengan membaca ayat 36, Surah Ali-Imran:


Maksudnya: "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap2kan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".


Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara2 yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


Doa dan harapanku semoga suamiku dapat melaksanakan peranan2 ini. Sedih betul aku rasa bila tiada org yg sepatutnya (suami) di saat2 sekarang.




Durian oh durian.. ~

Memandangkan skang kt kg abah tgh musim durian so abah berhajat nk buat kenduri kecil doa selamat sambil mkn durian. Mak buyung ni dahla hantu durian tp dek kerana preggy ni abah tak bg mkn byk. Panas katanya. Sehari blh mkn sebiji je paling byk, x puas tp jd la dpt merasa dr kempunan. Kalau tak setakat 10 biji skali hadap je. Ramai juga jemputan abah ada la dlm 15 biji kereta. Berbakul-bakul buah jamu diorg mkn, tambah plak menu pulut santan dgn roti cicah kuah durian. As usual diriku yg memboyot ni akan turut menarik perhatian meraka, maka ada je sesi temuramah tak rasmi untuk soklan berulang.. 

Misalnya ; 
"Dah brape bulan ni?" 
"Oo.. Tunggu hari. Dah scan ke? Baby apa?" 
"Moga selamat semuanya nnt. Suaminya mana?" 
Memula rajin la jawab, lelama dah ramai tanya ituuu je rasa mcm nak tape lak jawapan ni. 

Udah2 ler makcik oii.. Baby dalam perut ni pun rimas agaknya sampai dia pun main aerobik agaknya tanda protes.. "Anak mummy ni main apa aktif sgt dlm perut ni. Sabar ye, ni tetamu tok abah ramai duk tanya pasal baby. Belum kuar lg dah ramai teruja nk tau itu ini nnt dah lahir, insyallah again kita hadap sesi ni ye.. Hehehe" ayat mummy memujuk... Tapi cian kat baby dari dalam perut dah dengar statement yg bakal sama bila dah lahir nnt. "Mana suami?" diorang tanya daddy baby kat mana.. Skang mummy jawab, "suami kat KL kerja, nnt nak bersalin balik la.." Lps baby lahir lak "Daddy g je ( daddy g keje)" 

Mummy nk tdo awal la skang baby, badan mummy penat kaki bengkak sgt dah ni tp mata x blh lelap. Daddy baby la ni ajar mummy dulu bergayut kt fon dr kul 12am sampai 3am.. Mmm.. Tu dulu, skang mummy alone. Ni yg lg buat mummy x sabar nk tggu baby lahir.. Huhuhu. 


Sunday 3 November 2013

Apa nak jadi pada kita ?? ~

Hari ni dah 3 Nov 2013 bersamaan kandunganku dah 37 minggu dan sudah 5 hari tiada khabar berita dari insan bergelar suami. Dalam kesunyian tengah mlm ni mulalah fikiran melayang teringatkan hubby, apa yg dia tgh buat? Sihat ke dia? Dah mkn ke belum, mkn apa? Macam mana keje? Ehhh.. Nape nk teringatkan dia sedangkan dia ntah fikir pasal aku ke tak. Mmmm... Dah 7 thn kenal, hampir setahun as husband n wife, mana tak teringatkan. 

Hati aku ni mmg masih sakit dan marah tp parents tak putus2 bg semangat n nasihat suruh aku terima je n redha dgn sikap hubby coz aku dah nk bersalin, taknak aku rasa lg stress. Sejak aku preggy cara aku lepaskan marah just diam je, tp kne pujuk la. Klu kne cara kejap je dah ok tak pujuk buat tak tau alamatnya mcm ni lah dah dekat seminggu buat x tahu. Aku tau dah jatuh hukum berdosa tak bertegur lama dgn hubby tp apa yg hubby buat kt aku tu mmg berat hati dan akal ni nak terima. Aku bukan setakat marah, merajuk, geram, sakit hati, tp lebih dr tu. Sampai satu tahap aku rs xde suami pun xpe. Aku terlalu kecewa, sedih n hancur berkecai rasa hati ni bila hubby treat aku mcm ni.Aku cuba kawal emosi, reply msg dia kelmarin tp balasannya till now xde call n msg. I'm waiting sampai la smlm aku blh terpikir dia akan balik jenguk aku lps abis keje. Tak tdo lansung aku mlm semalam kot dia sampai tengah mlm ke. Hahaha.. Bodoh la aku ni laki tu dah layan aku cmtu pun masih nk berangan dia dtg tgk aku. Dlm pd tu pikir positif lg, cuti depavali ni jln jem kot, ok la tggu je smpi ke subuh n sampai la petang td bila aku tgk facebook nampak status MIL "Makan nandos with my hubby." OMG... Terima lah hakikat yg dia tgh bergembira di sana tanpa aku di sisinya.. Terdetik dah kat hati aku yg lelaki itu ke suami kepada isteri malang yg sedang sarat mengandung ni???? 

Memandangkan selasa nanti adalah tarikh awal muharam dan aku pun dah nak bersalin, nak je ku kucup tanganmu walau tak kesampaian dan berkata "Hubby, tak kira apa yg berlaku sekarang, dimana dirimu berada, isterimu ini nak mohon ampun dan maaf sepanjang kita bergelar suami isteri. Halalkan mkn minum dan apa saja pemberian b pada syg dan doakan agar anak kita sihat dan selamat dilahirkan." Syahdu plak aku rasa saat menaip ni, mcm mimpi je apa aku nk buat ni. Takpelah Tuhan Maha Mengetahui apa ygku rasa sekarang. Kadang-kadang apa yg diluahkan tak seperit apa yg dirasa. Sabar lah wahai hati...