Selamat Datang


Sunday 3 November 2013

Apa nak jadi pada kita ?? ~

Hari ni dah 3 Nov 2013 bersamaan kandunganku dah 37 minggu dan sudah 5 hari tiada khabar berita dari insan bergelar suami. Dalam kesunyian tengah mlm ni mulalah fikiran melayang teringatkan hubby, apa yg dia tgh buat? Sihat ke dia? Dah mkn ke belum, mkn apa? Macam mana keje? Ehhh.. Nape nk teringatkan dia sedangkan dia ntah fikir pasal aku ke tak. Mmmm... Dah 7 thn kenal, hampir setahun as husband n wife, mana tak teringatkan. 

Hati aku ni mmg masih sakit dan marah tp parents tak putus2 bg semangat n nasihat suruh aku terima je n redha dgn sikap hubby coz aku dah nk bersalin, taknak aku rasa lg stress. Sejak aku preggy cara aku lepaskan marah just diam je, tp kne pujuk la. Klu kne cara kejap je dah ok tak pujuk buat tak tau alamatnya mcm ni lah dah dekat seminggu buat x tahu. Aku tau dah jatuh hukum berdosa tak bertegur lama dgn hubby tp apa yg hubby buat kt aku tu mmg berat hati dan akal ni nak terima. Aku bukan setakat marah, merajuk, geram, sakit hati, tp lebih dr tu. Sampai satu tahap aku rs xde suami pun xpe. Aku terlalu kecewa, sedih n hancur berkecai rasa hati ni bila hubby treat aku mcm ni.Aku cuba kawal emosi, reply msg dia kelmarin tp balasannya till now xde call n msg. I'm waiting sampai la smlm aku blh terpikir dia akan balik jenguk aku lps abis keje. Tak tdo lansung aku mlm semalam kot dia sampai tengah mlm ke. Hahaha.. Bodoh la aku ni laki tu dah layan aku cmtu pun masih nk berangan dia dtg tgk aku. Dlm pd tu pikir positif lg, cuti depavali ni jln jem kot, ok la tggu je smpi ke subuh n sampai la petang td bila aku tgk facebook nampak status MIL "Makan nandos with my hubby." OMG... Terima lah hakikat yg dia tgh bergembira di sana tanpa aku di sisinya.. Terdetik dah kat hati aku yg lelaki itu ke suami kepada isteri malang yg sedang sarat mengandung ni???? 

Memandangkan selasa nanti adalah tarikh awal muharam dan aku pun dah nak bersalin, nak je ku kucup tanganmu walau tak kesampaian dan berkata "Hubby, tak kira apa yg berlaku sekarang, dimana dirimu berada, isterimu ini nak mohon ampun dan maaf sepanjang kita bergelar suami isteri. Halalkan mkn minum dan apa saja pemberian b pada syg dan doakan agar anak kita sihat dan selamat dilahirkan." Syahdu plak aku rasa saat menaip ni, mcm mimpi je apa aku nk buat ni. Takpelah Tuhan Maha Mengetahui apa ygku rasa sekarang. Kadang-kadang apa yg diluahkan tak seperit apa yg dirasa. Sabar lah wahai hati...

No comments:

Post a Comment