Susah ke nak tolong masak nasi B??? Kita sama-sama bekerja.
Bezanya waktu kerja B dari pukul 1pm sampai 10 pm. Syg lak dari pukul 8am sampi
6pm.
Setiap hari macam ni rutin syg sejak bergelar isteri.
8 am – Pergi kerja.
6.30 pm – Sampi rumah, terus masak nasi, masak 2 jenis lauk.
8 pm – Makan, kemas rumah, basuh pinggan, basuh kain, gosok
baju kerja. Nak tengok TV pun kadang-kadang tak sempat, inikan nak layan
internet.
11 pm – B balik, layan B makan. Kemas balik dapur, kemas beg
kerja, prepare apa yg patut untuk pergi kerja esok pagi.
11.45 pm – Baru dapat naik atas katil, tu pun belum tentu
boleh tidur lagi..
Hari-hari buat benda yg sama, hari minggu rumah keluarga
pulak. Penatnya syg tp B ade dengar tak syg merungut??
Sedangkan B plak,
8 am – bangun pagi, teman syg pergi ke kereta. Naik atas tak
tau buat apa. Sebab tak da perubahan pun kat rumah bila syg balik.
12.30 pm – Pergi kerja.
10.45 pm – Sampai rumah, makan, layan laptop.
11.45 pm – teman syg tido. Tu pun kadang2 je. Selebihnya
main game kat laptop. B penat tak????
Oleh kerana kerja rumah banyak, syg penat sampai asik lesu je
kat tempat kerja, syg nak la minta tlg kat B. Bukan berat pun, setidaknya sama-sama
la buat kerja rumah ni. B kene la fikir sama syg pun kerja, kalau tak kerja,
takde duit, B pun ssh . Betul tak?? Syg cuma
minta sebelum B pergi kerja, tolong la sapu rumah sikit ke, tak pun lepas mkn
tlg cuci pinggan tu. Lepas tu masak nasi siap-siap supaya syg balik trus masak
lauk je. Dua hari je B buat. Semalam syg balik je kerja tgk rumah, sms B..
“B tak masak nasi?? Kesiannye syg……” Dah la sampi rumah
lewat smlm masak nasi dulu, lps tu masak lauk , pukul berapa syg nk mkn. Mkn
malam jd gemuk..
B blh reply “Adeh.. igtkan syg leh masak nasi sendiri arini.
Syg tak msk kan? Nk mkn lauk smlm je kan? “ Dah dekat 3 bulan kita duk bersama,
ada ke syg tak masak bila hari bekerja?
Ok la, syg tak byk karenah buat la semua, sempat basuh kain
lg, kemas pinggan, kemas rumah..
B balik mlm tu, syg tanya mcm biasa B nak mkn tak. Syg dah
siap hidang lauk atas meja. Nasi pun panas. B laju je kata tak nak sampai lansung
tak nk tgk dan xnk jamah hidangan syg mcm selalu. Td pasal nasi, ni pasal sikap
B lak. Ok lah syg pun simpan la lauk dlm friedge. Dah 11 lbh, syg pun naik
katil. Badan syg penat sgt2 tp mata tak blh lelap. Syg rs lesu sgt. B tau la
org mcm syg ni dah la x suka minum air lps tu byk buat kerja, mana tak flat. B
naik katil kiss gud nite lps tu keluar mcm tu je tak nk borak dgn syg, xnk
teman syg tdo.. Ms ni syg dah tak blh tahan, air mata ni laju je turun.
Sampaikan sekarang masa syg tgh taip cerita ni air mata syg laju je mengalir.
Kecoh kawan2 ofis nmpak syg mcm ni. Bila syg dah menangis lagi la syg ssh nak
tidur.. Sampi tgh mlm syg tggu B, tp tak gak masuk.
Sedar2 je dah pagi. Terkejut syg bila keluar dari bilik nampak
B tgh tidur kat luar. AGAIN..!!! Dengan tingkap terbuka luas, langsir selak
ketepi. Mmg la rmh kita rumah flat, tak de pencuri tp blakang flat kita ade
apartment yg boleh mencuri masuk tgk dlm rmh kita ni. Lps ni nampak gaya makin
selalu la B tinggalkan syg kat tempat tidur.
Awal plak sy bersiap ade 10 minit lg nk turun bawah. So
layan biskut dgn air kosong bagi alas perut sikit. Tiba-tiba… B
merokok?????????????? B dah berjanji tak nak merokok lepas kawin. Lg pun tak
mustahil B blh berenti sebab B bukan perokok.
Tp dah byk kali B kantoi merokok dgn syg sampai la 2 minggu lps B
sungguh-sungguh berjanji kat syg tak nak merokok dah. Dan pg tadi syg nampk puntung
rokok atas meja mkn, bersepah dgn kotak nye.. Sedih syg . B cabar kesabaran
syg. Kenapa B buat syg mcm ni? B tak sayang syg ke? B dah buat syg rs hilang
percaya kat B, dan secara tak lansung B dah kurangkan rasa gembira, sayang dan
cinta dalam melayari rumah tangga bersama B…..
No comments:
Post a Comment