Lama syg tak update blog ni.. Byk syg nak bg tahu B tp
semuanya byk kearah perasaan tak best, marah, geram, tak puas hati dan ade lah
gak sayang dan suka tu sikit. Dek perasa negative yang byk tu, syg ambil
langkah berdiam diri je skang. Kiranya macam tak nak ambil hati sangat. Nampak
B pun ok, takde la kita bertikam lidah berperang ke. Tp yelah hati syg lak
sakit.
Bulan ke dua yang berlalu syg biarkan berlalu buat
pengajaran dalam bulan ke-3 perkahwinan kita. Sebelum ni syg byk keluar belanja
untuk rumah, bulan ni syg minta kat B rm300 untuk belanja dapur. Bukan byk pun
dari gaji B yg lagi tinggi dr syg ni, lagipun B patut bersyukur cuci kaki je
masuk rumah semua keperluan asas ade dah. Dapat isteri baik mcm syg lg
(Ceeeewahhh) tak pernah nak merungut or meminta pelik-pelik ni. TV besar ke,
dapur ke, peti ais ke.. Ishh.. x perlu la semua syg ada dah. Syg cuma minta
nafkah, keperluan mkn minum syg terjaga, untuk B jugak. Itupun tak cukup tau. B
tak percaya???
Baru ahad lepas kita pergi shopping barang dapur kat Mydin,
kononnya kat sana murah. Ambil sana sikit, sini sikit. Setengah troli pun x sampai barang kita. Itu tak campur lagi dengan beras dan sabun. Kita pun pergi
la que kat cashier, mampuih dek panjang. Pelik betul hari-hari penuh orang kat
sini, macam ulat taik ramainya umat. Sampai turn kita nak bayar, akak cashier
pun scan barang. Titt..titt..tit..tit…. ada rasa dekat 10 minit, apa x berenti
lagi akak ni scan. Sekali total semua barang RM260.00. Telan air liur
masing-masing. Ni la nilai barang sekarang. Tp sayang puas la semua benda ada
termasuk la bahan basah. Suka syg lps ni boleh masak pelbagai lauk. Baru la
segala ikan, sotong mosok dalam rumah kita B.
B bagi RM300 – RM260. Ada la lg rm 40. Dah kita bukan mkn
kat luar, pekena ayam uncle bob la sebelum tu, cendol la kelmarin, meat ball
Ikea la semalam. Tau2 dah sampai terpakai duit syg. Tapi syg tak sebut pun
sebab syg tak kisah. Cuma B, ni baru mggu pertama februari. Lps ni raya cina,
nak balik rumah family syg kt utara tu. Tu dah confirm perbelanjaan dari syg
mcm sebelum ni. Dah la tiap2 minggu syg isi penuh minyak, syg yg keluar belanja
untuk servis kereta. Asalkan B tak berkira dgn syg, jaga hati syg.. syg tak
kisah la buat semua ni.
No comments:
Post a Comment