Sepanjang kita kawin ni dah 2 kali B tak
sihat. Pertama dulu masa B dapat symptom time syg preggy sebelum gugur. Igt
lagi tak, B sakit pun time tu tp syg rs x ssh pun nk ubatkan sbb jiwa dan hati
kita penuh dgn perasaan kasih syg. B demam muntah2 cirit birit..
Namun kali ini, jiwa syg sengsara sgt. Syg
diduga lg di syawal ini. Syg decide nk pergi kerja sama2 dgn B xpe la naik moto
sekali pun B boleh bawa slow2 so takde la terentak sgt. Sebab utama syg nk b
hantar biar dr dpn flat rumah sampai depan ofis sbb syg dah tak larat nk jalan
kaki. Bila naik kereta kat rumah dapat parking jauh jalan pun paling dekat 100m
nk ke kereta, paling jauh lbh 500km. Kat ofis plak kne park jauh dlm 500m plus
naik tangga ofis lg setinggi 3 tingkat. Syg kene jaga diri sendiri sbb B pun
tak peduli kan apa yg syg rasa. Kaki syg ni klu jln byk cepatnye nk bengkak lps
tu crème smpai tak blh jln lansung. Nnt
syg gak yg kne picit sendiri, buh ubat sendiri. Belum kira lg duk kt kerusi
sakit pinggang, sakit belakang. Nnt balik rmh nk kemas rmh lg siapkan mkn lg..
Kalau syg tak jaga diri sendiri bila syg sakit sure semua tu terbiar. Rmh pun
dah mcm kapal pecah. So bila dah naik moto kurang la sikit dpt sakit kaki tu.
Satu hari khamis lepas 15 ogos tu, kita
balik dari ofis lambat dekat jam 6.40pm. Sampai je kt flat tgk ramai orang
tunggu kt lift maybe dr 4 lift hanya 1 je berfungsi. Oleh kerana B pun dah
penat sgt kot sampai tak sabar, buka je pintu lift trus tarik tgn syg msuk
sampai beg syg kne tarik kt org lain. Ye lah dah ramai lg yg tggu tiba2 B nk
potong que. Lift tu jatuh sedikit ke bawah sebab overload then pintu tak blh
tutup baru la sorg2 keluar. Bila pintu dah blh tutup lift lak tak function tak
blh naik then stuck. Apa lagi cemas la org kt dalam ni. Mujur la ada 3 lelaki
termasuk B tlg cuba buka kan pintu lift then jerit2. Org kt luar dah dengar
cuba cungkil kan pintu lif dengan besi just nk bg ruang udara kt org yg dlm lift
yg ada dlm 10 org, ada baby and syg yg tgh preggy ni. At d same time diorg tlg
pggil bomba.. Ada la sampai stgh jam kami dlm lift tu sampai berjaya di
keluarkan. Sesak nafas syg. Perempuan hamil ni suhu badan tinggi lbh dr org lain
so syg risau gak. Dah xde lift yg berfungsi terpakselah naik tangga sampai ke
tingkat 15 nak balik rumah. Bayangkanlah.. Jam dah 7 lbh masa tu. Syg dah penat
sgt sampai sebelah telinga x dgr apa. Sampai tgkt 7 azan magrib pun
berkumandang. Syg dah risau ni sbb time2 senja lalu kt tangga yg suram ni.
Akibat penat sgt telinga dua2 x dgr dah. Peluh pun byk. B suruh syg berhenti tp
syg xnk duduk lama2 sbb x sedap hati. Sampai tingkat 11 B jerit kat syg suruh
syg duduk. Terkedu syg. Syg blh naik cuma slow2 la syg xnk lengah2 kt luar ni
sbb keadaan syg skang x bgus terdedah dgn keadaan cmni. Tak nk keruhkan keadaan
syg duduk je la kejap lps tu sambung lg panjat sampai ke rmh. Masuk je bilik
syg trus baring nk bg tenangkan perasaan lps tu rehat kan badan penat n mnum
air. Bila dah cool bru syg bw mandi lps tu solat magrib. Tp syg tak tau apa B
buat mandi ke tak solat ke tak tak lama lps tu B pki jaket panas kata badan B
sejuk. Syg siapkan dinner, B mkn skit then tdo. Bila tgh mlm badan B panas sgt
lps tu B meracau. Syg pun g ambil panadol then tuam kepala B nk bg kurangkan
panas. Syg ambil minyak cap kapak sapu kat kepala B dah B kata sakit kepala.
Smpai ke pagi syg tak tdo dah nk subuh br dapat lelap sbb B pun baru dapat tdo.
Bangun pagi syg nk g keje B tak bg suh tlg jaga B then syg decide nk hantar B g
klinik. Balik dr klinik buatkan air kt B bg ubat then suh B rehat. Syg pun x
sedap hati nk tgglkan then apply emergency leave kt bos. Syg masak lunch sambal sardine n kangkung grg
bg pedas sikit supaya B ada selera nk mkn tp B jamah sikit je. Lps tu b kata nk
bubur. Ok syg mask bubur tp sesudu je B mkn. Padahal bubur ada flavour syg
buat.
Takpe la at d sime time bg B byk mnum air
100 plus n buat teh panas kt B. B pun rehat je. Weekend kita di rumah. Demam B
tak baik2 lg then hari ahad tu syg bw B pergi hospital Sg Buluh. B asyik muntah
and cirit birit je plak. Syg tgglkan B kt counter tp B blh duduk je kt situ last2
syg yg tlg register kan kat B semua sampai teman B g jumpa doctor. Doctor kata
darah B ok then just bg ubat je. Syg tak tahan bila orang sakit ni asik
mendengus mengeluh, kita sebagai umat islam patutnya kene bawa byk sebut nama
tuhan bila sakit. Beristigfar salawat. B pun mula berubah tak mengeluh lg. Esok
nya isnin pg syg bw B g klinik nk ambil MC and ubat . Syg sempat buat bubur
kosong nk B alas perut tp B x mkn sgt pun. Ye la B xde selera kot. Hari selasa
tu walaupun syg keje tp syg tetap kol B sbb nak tau perkembangan kesihatan B.
Rasa tak sedap hati syg pun minta kebenaran bos nk balik sekejap hantar B g
klinik. Then Doktor pun tau nk bg ubat apa last2 keluarkan MC skali 2 hari
untuk B berehat. Keadaan B masih tak berubah lg. Hati isteri mana yg tak
tersentuh tgk keadaan suaminya mcm tu, so syg kne ikhtiarkan bnda lain plak.
Malamtu syg bawa B pergi Darul Syifa Bangi cuba rawatan tradisional islam lak.
Balik je keje syg mandi then trus gerak. Teruk nye la jam, dekat 2 jam
perjalanan baru sampai Bangi. Ustaz kat situ bagi air penawar sambil tu
tawarkan kat B. Syg pun tumpang sekaki ambil air penawar kt syg bg permudahkan
keadaan, sihat masa hamil ni. Ramai sgt org then selesai rawatan dekat pukut
12.30am. Kita sampai rumah semula dekat pukul 2am. Syg pun trus tdo sbb esk nk
keje, B xpe la ade MC lg. Mata ni ngantuk kt tempt keje tp tahan je la, dah mcm
mata apa je bila tak ckup tdo. Otak pun pnt so x blh focus sgt. Walau apa pun Alhamdulillah
B makin ok. Syukur hari khamis B dah blh pergi kerja mcm biasa dan dah ada selera
nk mkn.
No comments:
Post a Comment