Masa memula syg baca artikel ni, mmg sedih syg rasa. Bukan setakat menangis je meraung pun ye. Tp syg menangis ke sedih ke, sakit ke sekarang B bukan ambil peduli pun. Sampailah saat syg sedang menaip post ni syg sedih lg tp bukan sebab perasaan ni, yang tinggal hanyalah rasa kesian kat diri syg. Air mata tak keluar dah tak tau la dah kering ke atau syg dah betul2 redha! Syg betul2 rasa tersepit sekarang. Ada suami tp tak ada fungsi. Apa guna nya B ada depan mata syg skang??? Buat sakit mata sakit hati adalah. Sudah lah B rosakkan TV syg, bila balik dr keje syg nk tgk apa. Nak tgk B yg asik menghadap laptop main game baca komik.?? Syg tak blh tdo malam sejak2 ni sebab kepala sakit tp sendri bikin la. B mmg tak peduli kat syg dah.
Masa hari sabtu tu syg rasa dah bg tau kt B nk pergi beli barang kt selayang. Dah tak sempat hari sabtu mesti lah kita pergi ahad. Tp tghari lg B dah hilang konon kata nk keluar kejap. B dah pandai bohong syg. Rupanya B balik rumah mama sampi kul 6 lbh. Kesian kita kan baby makn maggi je. Nak masak tak larat. Sampai kul 4 syg tunggu tp tak blik n tak inform pun. Sudanhnya syg pergi sendiri ke selayang tu beli barang. Aduyaiii.. banyak lah pulak barang. Dali hati dah risau sgt cmne nk angkat naik rmh nnt. Terpaksa la kuatkan semangat naik juga sampai 2 kali turun naik lift. Teringin nk mkn manggis sampai beli 4 kg. Berat tu nk bw sekali dgn brg lain. Hurmm.. sume dok pandang apa la kesian nye mak buyung ni kan sorg2 je angkat brg. Nasib aku la kan..Ada laki tak prihatin mmg mcm ni... Last2 dah siap semua, melepet je atas katil sakit badan dan perut.
Hari ni syg terseliuh masa turun tangga, mujur syg tak jatuh terduduk. Nak menangis gak syg bukan sebab sakit tp terlalu risau kalau syg jatuh nnt apa2 jd lak kat baby. Anak ni nyawa syg!!!! Anak syg, bukan ank B!! Bapa nya hanya pada nama tp bukan lelaki yang bertanggungjawab sebagai seorang bapa atau suami seperti B. Dah sakit2 kaki tu kene pulak bawa beg laptop yg berat. Sudahlah perut sakit x hilang lg. Yg B pulak tak tau la dengki ke apa saja pulak langgar byk lubang hari ni. Kesian baby, mummy dah risau sgt ni. Bapa kamu ni kejam sgt. Takpe baby nnt baby dah lahir mummy tak nak dia sentuh baby. Hati mummy ni dah nekad. Sy dah tak suka kt kamu wahai suami. Hati sy ni dah hancur, berkecai... Masa bergaduh teruk ramadhan hari tu janji nk berubah tp sama je skang..
Sebaik2 ank ini lahir, jangan kamu dekat dengan anak ini. Ini anak sy!!!! Lps ni kita buat la keputusan demi kebaikan dan kebahagian sy. Sy tidak yakin dgn kamu lg. Sy pasrah jika setakat ini jodoh antara kita. Saya dan anak ini boleh hidup tanpa kamu malah lebih BAHAGIA.
Ni la artikel yg byk guide diri ini tp tak guna dah sekarang jika hanya satu pihak je yg buat.
Suami adalah ketua dan
pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri
mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal,
selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah
banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat
pada suami.
Jika isteri dahulu
tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar
kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga
seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat
isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami.
Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh
dikaitkan kepada permasalahan ini.
1.
Tingkah laku suami
Antaranya rasa hormat
terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak
sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah
melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi
hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar
prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.
Sebagai contoh, suami
sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang
sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran
dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan
godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk
memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan
syaitan.
2.
Standard tidak realistik
Penyebab lain lunturnya
sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami
pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan
suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami
berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya
adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah
yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana
suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.
3.
Tidak menghargai isteri
Selain itu, sikap suami
yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa
hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja
mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang
kerja yang dilakukan oleh isterinya.
Keadaan sebegini lama
kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang
dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana
yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami
akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah
mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.
Petanda
Ada beberapa petanda
yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula
pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :
- Seorang isteri mula
memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana
itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
- Sering berjenaka atau
mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
- Mula bersikap kasar terhadap
suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk
bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
- Cara isteri mendengar cerita
dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu
mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu
dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita
suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu
tinggi.
Menilai diri
Jika suami merasakan
isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba
masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak
dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah
rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.
Jika isteri pula sudah
mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut
mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego,
sombong mahupun tidak matang.
Namun begitu, anda
sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan
bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda
sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu
menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak
menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda
menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?
Sekiranya rasa hormat
sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu
yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak
kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak
menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah
berumahtangga.
Sebenarnya jika anda
sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang
lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana
sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara
yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.
Bila hilang rasa hormat
sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda
adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda,
maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki
hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya.
Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang
perlu anda hindarkan.
Memang diakui, membicarakan masalah sebegini
dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan
rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur
dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat
suasana semakin tegang.
No comments:
Post a Comment