Selamat Datang


Thursday 31 October 2013

Hancur rasanya hati ni.. ~

Kat mana dan mcm mana nk mulakan ayat utk apa yg aku rasa sekarang ye. Nak je pergi menjerit sekarang lepaskan apa yg terbuku dalam hati ni tp kang kalu buat org pikir kita mental plak. Baru je kejap tadi layan crite hindustan Salman Khan berlakon watak gila sbb cinta tp aku sbb tiada lg cinta. Wajar ke pada saat sekarang aku yg dok menghitung hari untuk bersalin ada perasaan mcm ni. Nak luah pada laki dah masalah ni berpunca dari dia, nk ngadu pd family lak x brape bg support lg buat aku sedih ade la sbb diorg pun turut bersedih atas nasib yg menimpa diri aku ni. So jadila aku seorg blogger pasif untuk mengubat hati ni. Pada saat skang aku x perlukan telinga org lain utk mendengar, x perlukan bahu org utk aku tumpang menangis... Apa yg aku nak adalah jawapan dan jln penyelesaian mslh aku ni. Setiap org impikan ikatan perkahwinan yg bahagia hingga akhir hayat. Aku pun mcm tu. Aku mula belajar mencintai suamiku setelah berkahwin. Aku cuba terima dia seadaanya, baik buruknya bgku masih blh diterima asalkan dia mahu berubah. Malangnya bg aku, dia x fikir pun nk jd yg terbaikutk isterinya. Aku tak minta dia jd Mr. Perfect tp memadai buat yg terbaik. Dah byk peluang aku bg, siap dgn cara2 lg cmne nk tambat hati aku ni. Dia faham dan tau tp kenapa x blh buat??? 

1) Bermula dr awal kawin sampai skang dah nk stahun usia perkahwinan kami tp dia x pernah bg nafkah zahir kt aku. Tahu tak dia apa tu nafkah zahir ??? Duit belanja dapur pun bg hanya rm300 selepas 3 bln kawin. Byk lg kos belanja mkn harian yg aku keluarkan setiap bln smpai x tahu sapa tanggung sapa. Tp aku tak pernah ungkit semua tu. Sejak kandungan aku cecah 8 bln lnsung x bg duit dapur dgn alasan aku x duk dgn dia blik kg then dia x ckup duit coz nk hantar aku blik kg. So blh imagine x rm300 tu celah gigi je kan. 

2) Berkira... Aku tau la aku yg beli kereta sblm kawin tp yg pakai skang bersama. Nak harap honda 100cc tu blh ke bw aku blik kg, bw mama g kuantan or jln2 ?? Sampai dr bayar bulanan rm750, maintenance rm250 setiap 3 bln, road tax rm1800 stahun, minyak, dan all about the car aku yg tanggung. Lansung dia xnk bantu aku. Mcm2 alasan sedangkan gaji dia lbh byk dr aku, pun kne byr ptptn, bg parents sikit, bil kreta, mkn minum kt rmh n ofis. Nak menyimpan kne la ikat perut tmbh2 dah preggy ni. Tp dia x nk faham kan.Sesekali dtg ngidam aku nk mkn itu ini pun kne guna duit sendri. Klu stakat bawah rm10 br la dia nk belikan. Walaupun dia layan aku cmtu x pnh lg aku nk ungkit2. Bila tegur mcm x mkn saman je muka dia. 

3) Malu tak bila persiapan anak kami yg bakal lahir ni blh kata 100% parents aku yg sediakan. Diorg kesian sgt kt aku dan sedih bila suami aku layan ank dia mcm ni. Bila suh husband ni beli baru beli sikit dah minta claim half2 kt aku. Sampai kan pampers anak pun x mampu beli. X tau la cmne bila anak ini lahir nnt. Lg memalukan bila parents aku tanya nnt time bersalin nk hantar aku kt mana laju je dia jwb g private hospital tp aku yg dah terkena byk kali ni jd takut. Takut bila smpi waktunya dia kata x mampu nk jelaskan bil hospital. Janjinya nk prepare rm3500 utk bg aku dulu coz normal rate rm2500 n operate rm5k. Tp kelmarin ms dia balik rmh parents aku dia blh kata nk bg rm2k je. Tak terkezut ke aku bila dia buat prangai cmni. If x mampu ckp x blh jgn berlagak bagus. Parents aku dah sakit hati n aku dah kecewa sgt. Sampai skang pun dia x bg sesen. Sampi aku blh ckp kat parents aku if aku bersalin dlm waktu terdekat ni plz jgn inform dia dan klu blh lps tu aku x nk tgk muka dia n x nk dia tgk ank ini. Aku xnk ank ini knal sapa bapa dia yg takbertanggungjawab tu. 

Cukup la dgn kasih syg yg akan aku, tok abah, wan ibu, makngah n maksunya beri pada anak ini. Anak mummy kene kuat supaya dpt jd kekuatan pada mummy utk teruskan perjuangan kehidupan ini demimu syg...

2 comments:

  1. Mungkin puan da penat melihat ketidaksempurnaan dia sebagai suami.. Apa kata kita lihat kebaikan dia sebagai suami.. Yela.. Sepanjang hidup ni.. X sme buruk yg ada... Pastinya ada yang baik.. Paling kurang senyuman dia pada kita.. Pemberian yg sedikit dan ikhlas lebih diterima Allah berbanding pemberian yg banyak. Saya x maksudkan puan x ikhlas... Cuma kita tukar side... Lihat apa yg baik yg kita suka pada dia.. Jaga emosi demi anak dalam kandungan... Banyakkan baca alquran pada anak kita.. Besar nt siapa tahu anak itu yg bawa mak dan ayah nye ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Besar harapan sy nk suami berubah setidak-tidaknya utk ank ini. Tp sy hanya mampu mengharap, berdoa dan berserah lah kerana sy sudah terlalu kecewa. Terima kasih atas peringatan awk..

      Delete