Selamat Datang


Wednesday 28 November 2012

Selamat Bernikah ~


“Kenapalah berpeluh je ni mak uda. Dah buka air-cond, kipas lg..Macam kene mandi je ni.”
“Kamu ni nervous sgt. Tenang-tenang lah. Insyallah semuanya selamat. Mak uda nak make up pun ssh jd cair nanti kalau banyak berpeluh”

Skodeng abah yang nak nikahkan aku, rilex je.. Ok ok saya kene bertenang. Tak lama je lagi awak akan datang rumah saya. Haaa.. selepas asar tanggal 17 November 2012 nanti awak akan berjabat tangan dengan abah . Saya dah tak ketentuan arah ni. Ya Tuhan, permudahkan lah segalanya. Kita akan pakai baju sedondong color pink.

Saat melihat awak duduk di tilam sila, muka saya terus merah tak ketentuan arah. Awak akan jadi suami saya Zam. Saya akan jadi Isteri awak, makmum awak dan teman awak hingga akhir hayat, insyallah.Ramai nye la orang tengok kita.  Saya tgk awak cool je tp saya tahu awak pun mesti macam sy. Baguslah awak boleh control perasaan tu.


Alhamdulillah, syukur pada tuhan hanya dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri awk.


“Aku terima nikahnya…………………….. dengan maskawin gelang tangan emas tunai !”

Pertama kali dalam hayat saya tengok abah menangis. Tapi saat abah sebak sewaktu menikahkan kita semua orang turut sebak sama. Berat hati abah agaknya nak lepaskan saya. Nampak Abah nervous sgt. Sy anak sulung abah dan agak rapat dengan abah faham perasaan abh. Saya akan ingat peristiwa ni sampai mati.

Sebaik selamat lafaz nikah, awk pula solat syukur. Moga ikatan ini diberkati hingga ke akhir hayat.. Mas kawin saya tadi di pakaikan masa acara membatalkan air sembahyang. Lega saya rasa.. Sedih pun ada sampai tetrtanggal bulu mata mata palsu saya dek basah dengan air mata. Hehehe.. Mujur takde sape perasan.



Persiapan ~

Masa bila nak raja sehari kalau lg seminggu nak nikah ni asik tido kul 3 pagi, pukul 6pagi dah kene bangun.. Huarghhh.. Goodies baru nak pek, dalam seribu setengah  hanya saya, makcik dan nenek je yang kene buat. Mak ayah dan adik2 dah sibuk buat benda lain. Atas sebab ni juga saya berdoa agar biarla perkahwinan ini sekali seumur pasal banyak nye la kerja renyah ni… Hurmmm..

Zam, makin nak kawin ni makin jarang kita berhubung lak. Tapi takpelah dari bergaduh setiap kali kita bercakap baik diam macam ni je. Zam, saya tak tenang dah ni, asik la terfikir betul ke saya nak kahwin dengan awk. Sudahla kita ni macam anjing dan kucing. Boleh aman ke rumah tangga kita nanti zam?? Dalam hati saya ni dup..dap..dup..dap.. Awk macam mana lak.

Terlajak perahu blh diundur, tp ni perkahwinan.. Apa yang boleh kita buat, berdoalah supaya rumah tangga yang akan kita bina ni kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Awalnye la orang butik ni pasang pelamin. Sebenarnya dalam hati saya berbunga juga. Akhirnya awk jodoh saya walaupun banyak rintangan yang kita dah lalui. Ibu saya selalu kata, xpelah awal2 tu bertengkar sikit, biasalah orang dalam pertunangan banyak dugaan tp insyAllah dah kawin takde tu semua. Saya cuba pegang kata ibu tu kot-kot .. eh bukan. Harap-harap biarlah betul jadinya.


Mmm.. saya akan duduk kat pelamin tu nanti cium tangan awak, Zam =)

Friday 9 November 2012

Dugaan Darah Manis 3 ~


Tanggal 8 November 2012, lebih kurang seminggu lagi kita akan dinikahkan . Sepatutnya waktu begini takde apa mslh besar dah.. paling tidak pun risaukan perjalanan majlis tu nnt.

Tapi nape awk mesti tambah masalah lg zam.. tak habis satu-satu hal awk buat. Memula isu hantaran awk lambat bg. Boleh awk guna duit hantaran tu buat majlis awk. Nampak sgt awk tak pentingkan majlis kawin ni. Dulu masa bertunang bila abah sy tanya bila bolah bg hantaran laju je awk kata bila-bila pun boleh. Tp bila sampai waktunya awk rilex je kata duit tak cukup dah buat belanja kenduri belah awk. Kecewa sy dengan. Awk tak malu ke??? Saya yg malu.

Sekarang awk buat hal g tiba-tiba awk kata resit mas kahwin hilang. Sedangkan resit put together dengan gelang tu. Baik awak cakap betul2, resit yg hilang atau pun gelang tu pun dah hilang.??
Kenapa la cuai sgt. Kalau saya cerita hal ni kt family sure diorg pk negative n mmg betul pun. Diorg marah sy plak kata mas kahwin tu hilang , tp kata resit hilang. Lps tu senang bg hantaran setakat  ikut mas kahwin negeri.  Kalau ade pun gelang tu mesti bukan emas ori kot sbb xde bukti dah.

“Kesian nye, nasib kamu lah ibu abah tak tau nak kata apa dengan pilihan kamu ni”
Sy mmg dah puas tolak awk, ketepikan awk tp kenapa mesti awk muncul lg dlm hidup sy?? Sy selalu tertanya2 ni ke yang dikatakan JODOH..?? Sy sedih la cmni zam. Nampak awk tak bersungguh. Sy redha la apa berlaku lps ni, mungkin ini balasan Tuhan pada segala kesilapan sy selama ni. Inilah takdir sy..
Hari ni hari lahir awk, tp sy dah xde kekuatan nk buat apa2 untuk awak even untuk wish. Hilang dah mood sy.
“Malang sy harini awk, xde sapa nak celebrate besday sy n mcm2 dah jd kat sy lps tu kene marah lg”
“Memang patut awk kene marah pun kan zam, sy pun tak tahu nk buat mcm mana lg..”

Dugaan Darah Manis 2 ~


November 2012, sebaiknye kita bernikah nanti kita akan mulakan hidup baru sebagai suami isteri, di rumah baru.. rasa umpama buka buku baru. Teruja pula saya nak nantikan saat tu zam. Saya harap saya boleh menjadi isteri terbaik untuk awak, saya nak jaga awk, masakkan untuk awk, basuh baju awk, teman tidur awk.. mmm macam2 benda sy nak buat untuk awk. Dan semoga awk juga boleh menjadi suami terbaik buat saya.

Kita  akan stay kat Damansara tp sy la kene tinggal sorag2 dulu sebab kita nikah tengah bulan. Seminggu pun saya dah seriau tau. Terima kasih kat awk, kat family sy yang byk bantu pindah rumah.
Mau kering kontang sy berbelanja untuk proses sewa rumah. Upah bg saudara yang tolong pindah dah rm220, belanja mkn semua orang pun rm220. Lepas tu beli perabut kngah rm100.. huhuhu sadis nye la. Apepun saya happy sgt n amat2 berterima kasih pada kalian.

Pindahkan barang orang bujang mcm saya ni dah penuh lori 1 tan. Terkejut semua orang.. Untung la awak zam, cuci kaki masuk.. tu kata org tp kata sy awk plak lps ni bertanggungjawab pd semua tu. Tak habis penat punggah barang kene kemas plak.. Tak kemas nnt ms family sy nk menghantar kita ke kenduri sebelah awk, diorang nak tidur mana. Letihnye la.. Ingat malam boleh tidur lena tp baru malam pertama saya dah mimpi hantu.. huwaaaa..

Awak kata sbb sy tak solat lg kat rumah tu so saya siap baca yasin lg waktu mlm nk hindari benda pelik2 ni. Malam kedua pun mimpi lg.. Tp yang sy ingat dlm mimpi tu ada awk dan sy menghadap banyak ular.. Sya rasa takut sgt smpi saya terjaga. Esk nye sampi je kat pejabat sy trus surf internet apalah maksud  mimpi tu. Maksud bila jumpa ular dlm rasa takut adalah sy akan berada dalam keadaan sgt ketakutan, lps tu ular tu byk maksudnya pulak sy akan bahagia nanti.. Saya pun keliru apa yg sy takutkan nnt, ye ke sy akan bahagia?
Tapi mimpi tu mainan tidur.. mana boleh percaya sgt kan.. Mudah-mudahan xde apa2 berlaku nnt.

Dugaan Darah Manis 1 ~


Dah lama saya tak update blog ni. Saat saya tengah berduka apa pun tak terluah baik dr mulut atau dari hati saya. Macam awk cakap, waktu jiwa saya tangah kacau cuba bawa bergaduh, confirm saya menang. Saya macam tak percaya je kadang-kadang orang kata tempoh bertunang ni la paling banyak dugaan, tu yang dikatakan dugaan untuk si darah manis. Tapi bila kita dah lalui baru faham maksudnya.
Setiap masa kita bertekak.
Sebaik-baik lepas kita bertunang sy lansung rs tak happy dengan awk.

“Abah, sy tak suka la perangai zam ni. Lansung taknak terima pakai cakap kita. Kalau apa dia buat tu betul xpe, ni kita pulak disalahkannye.”
“Nape pulak ni, kan dah bertunang camne nak kahwin nnt..” Abh tenang je pujuk saya.
“ Sy tak yakin lansung dgn di, mana perangai  mak dia macam tu. Diorg satu family ni tak boleh masuk la dgn sy”
“Itu lah abh pun tak berapa suka, cakap nk menang . Abh pun tak selesa mcm tu. Nasib kamu la. Sabar je la.”
“Macam mana nak sabar kalau hari-hari bergaduh bah..”
“Kalau mcm tu putus sekarang, jgn dah kawin br nk berpisah mslh la. Abah nak tgk ank abh bahagia bukan sengsara mcm ni.”

Sy nekad Zam, kalau awk tak berubah biarlah kita tamatkan hubungan ni..Dalam tempoh 5 bulan lbh ni adalah waktu untuk lbh mengenali awk dan keluarga tp malangnya saat sy kenal siapa awk sebenarnya kita sudah ada ikatan.
Awk buatkan sy hilang rs kasih n percaya, hanya ada sekarang adalah KASIHAN… Berdoalah kalau awk sayangkan hubungan ni.