Selamat Datang


Monday 26 August 2013

Peranan suami ketika isteri hamil. ~


Elok nye la kalau Hubby saya baca bahan bacaan seperti, takde lah isterinya makan hati ke, sedih ke.. Kene macam diriku sendiri ini, memang kesian. Dah la keluarga jauh, sang suami pula lansung tak ambil peduli. Terpaksa la belajar berdikari.. (Esk2 masa dah betul tiada istialah suami xde lah rasa sasau sgt sebab waktu sekarang sang suami dah praktikkan)

Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul.

Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.

Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.


1. Luangkan masa bersama isteri.- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri - Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosimahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan - Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain - Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya andakorbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Hmm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga! :)

10. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi. Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.

11. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.


Punca isteri hilang hormat pada suami ~

Masa memula syg baca artikel ni, mmg sedih syg rasa. Bukan setakat menangis je meraung pun ye. Tp syg menangis ke sedih ke, sakit ke sekarang B bukan ambil peduli pun. Sampailah saat syg sedang menaip post ni syg sedih lg tp bukan sebab perasaan ni, yang tinggal hanyalah rasa kesian kat diri syg. Air mata tak keluar dah tak tau la dah kering ke atau syg dah betul2 redha! Syg betul2 rasa tersepit sekarang. Ada suami tp tak ada fungsi. Apa guna nya B ada depan mata syg skang??? Buat sakit mata sakit hati adalah. Sudah lah B rosakkan TV syg, bila balik dr keje syg nk tgk apa. Nak tgk B yg asik menghadap laptop main game baca komik.?? Syg tak blh tdo malam sejak2 ni sebab kepala sakit tp sendri bikin la. B mmg tak peduli kat syg dah. 

Masa hari sabtu tu syg rasa dah bg tau kt B nk pergi beli barang kt selayang. Dah tak sempat hari sabtu mesti lah kita pergi ahad. Tp tghari lg B dah hilang konon kata nk keluar kejap. B dah pandai bohong syg. Rupanya B balik rumah mama sampi kul 6 lbh. Kesian kita kan baby makn maggi je. Nak masak tak larat. Sampai kul 4 syg tunggu tp tak blik n tak inform pun. Sudanhnya syg pergi sendiri ke selayang tu beli barang. Aduyaiii.. banyak lah pulak barang. Dali hati dah risau sgt cmne nk angkat naik rmh nnt. Terpaksa la kuatkan semangat naik juga sampai 2 kali turun naik lift. Teringin nk mkn manggis sampai beli 4 kg. Berat tu nk bw sekali dgn brg lain. Hurmm.. sume dok pandang apa la kesian nye mak buyung ni kan sorg2 je angkat brg. Nasib aku la kan..Ada laki tak prihatin mmg mcm ni... Last2 dah siap semua, melepet je atas katil sakit badan dan perut.

Hari ni syg terseliuh masa turun tangga, mujur syg tak jatuh terduduk. Nak menangis gak syg bukan sebab sakit tp terlalu risau kalau syg jatuh nnt apa2 jd lak kat baby. Anak ni nyawa syg!!!! Anak syg, bukan ank B!! Bapa nya hanya pada nama tp bukan lelaki yang bertanggungjawab sebagai seorang bapa atau suami seperti B. Dah sakit2 kaki tu kene pulak bawa beg laptop yg berat. Sudahlah perut sakit x hilang lg. Yg B pulak tak tau la dengki ke apa saja pulak langgar byk lubang hari ni. Kesian baby, mummy dah risau sgt ni. Bapa kamu ni kejam sgt. Takpe baby nnt baby dah lahir mummy tak nak dia sentuh baby. Hati mummy ni dah nekad. Sy dah tak suka kt kamu wahai suami. Hati sy ni dah hancur, berkecai... Masa bergaduh teruk ramadhan hari tu janji nk berubah tp sama je skang.. 

Sebaik2 ank ini lahir, jangan kamu dekat dengan anak ini. Ini anak sy!!!! Lps ni kita buat la keputusan demi kebaikan dan kebahagian sy. Sy tidak yakin dgn kamu lg. Sy pasrah jika setakat ini jodoh antara kita. Saya dan anak ini boleh hidup tanpa kamu malah lebih BAHAGIA. 

Ni la artikel yg byk guide diri ini tp tak guna dah sekarang jika hanya satu pihak je yg buat.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun begitu, tatkala ini, telah banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.


Jika isteri dahulu tunduk kepada segala kata-kata suami, kini sudah ramai isteri yang besar kepala, malah berani pula melawan kata-kata suami, ibarat lupa bahawa syurga seorang isteri itu bila suaminya redha kepadanya. Tidak dinafikan terdapat isteri yang secara terang-terangan menunjukkan sikap tidak hormat pada suami. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Mari kita lihat punca-punca yang boleh dikaitkan kepada permasalahan ini.


1. Tingkah laku suami


Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.


Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.


2. Standard tidak realistik


Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.


3. Tidak menghargai isteri


Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.


Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.



Petanda


Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :

  • Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
  • Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
  • Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
  • Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.


Menilai diri


Jika suami merasakan isteri sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami, maka sudah tiba masanya anda menilai akauntabiliti sebagai pemimpin rumahtangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak-hak isteri, maka sudah tentulah rasa hormat itu akan kikis sedikit demi sedikit.


Jika isteri pula sudah mula ada tanda-tanda tidak hormat pada suami dalam diri, maka sebaiknya anda patut mula mengamati apakah penyebabnya. Mungkin ia kerana suami anda memang ego, sombong mahupun tidak matang.


Namun begitu, anda sendiri sebagai isteri, seharusnya mula menilai diri. Antaranya dengan bertanyakan pada diri anda sendiri persoalan “adakah anda menghargai diri anda sendiri?” Jika anda tidak menghargai diri anda sendiri, bagaimana anda mahu menghargai orang lain? Kedua, tanyakan apakah anda bersungguh-sungguh tidak menghargai suami? Dan akhir sekali, tanyakan pada diri anda, dapatkah hati anda menerima hakikat bahawa suami anda tidak menghormati anda?


Sekiranya rasa hormat sudah semakin hilang, maka untuk membangunkannya kembali memang bukan sesuatu yang mudah. Boleh jadi sikap tidak menghargai pasangan ini sudah tertanam sejak kecil lagi kerana menuruti sikap orang tua yang suka mengkritik dan tidak menghargai pasangan. Apa yang dilihat sekian lama akan diikuti bila anak sudah berumahtangga.


Sebenarnya jika anda sukar menghargai suami, ada kemungkinan anda memang tidak mampu menghargai orang lain yang ada di persekitaran anda. Perasaan terluka atau sakit hati kerana sikap suami membutakan mata dan hati anda sehingga tidak dapat melihat perkara yang baik atau positif yang dilakukan oleh suami dan wajar dihargai.


Bila hilang rasa hormat sudah mencapai tahap ini, maka sering kali yang terlintas di fikiran anda adalah perpisahan atau cerai. Kalau ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, maka fikir dulu sedalam-dalamnya. Anda masih punya peluang untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Mulakannya dengan membincangkan masalah ini dengannya. Kalau perlu, buat satu senarai yang seharusnya anda lakukan dan perkara yang perlu anda hindarkan.



Memang diakui, membicarakan masalah sebegini dengan pasangan agak sukar, tetapi jika anda masih sayangkan suami dan rumahtangga yang anda bina, maka ungkapkanlah segalanya dengan perasaan jujur dan lembut. Jauhkan dari sindiran atau ucapan sinis kerana ia boleh membuat suasana semakin tegang.

Sunday 25 August 2013

Happy Birthday !!! ~

Pernahkah anda wish birthday pada diri sendiri. Pada 24 Ogos 2013, syg wish pada diri syg dan berdoa moga syg tabah mengharungi liku2 kehidupan ni. Orang yang berada di samping syg adalah suami sendiri tapi hingga next day pun takde sebarang ucapan hari lahir. Apa syg rasa??? OF COURSE SYG BUKAN SESIAPA PADA B..!! Itu yg syg rasa. Tak sangka syg pada waktu ni di mana syg dah bergelar isteri, tp terasa terbiar mcm ni. Issshhh.. sesnsitifnya syg.. Tak suka la mcm ni. Saat tengah menaip ni pun air mata ni nk keluar. Bila nk stop.. Huh, syg ni lembut hati tp tak selamanya sehingga blh jd keras hati sekeras batu. Nak lembutkan hancurkan je mean hancur dah la hati syg. So be aware!!

Sehari sebelum tarikh lahir syg , tak tau nape B buat syg mcm ni. Tp hati dan mind  syg ni punya la positif nk backup B kata “Ooo.. layan aku endah tak endah je ye, kasar je perangai ye. Nak buat surprise apa la nnt B ni” Dah jd rutin kot time keje B akan sms or kol syg tanya dah mkn ke belum keje ok ke tak. So mcm biasa syg reply balik ok ke tak then tanya B suara mcm tak happy ada apa2 ke? Jawapan B yg selalu menyakitkan hati tu “Entahlah diorg ni, bodohlah. Tak suka la kerja mcm ni, tak mcm exxon” Then syg pun dgn suara lembut reply, “ B sabarla, jgn samakan exxon dgn company sekarang. Jauh sgt nk beza dr segi keselesaan tp cuba fikir part positif B dapat gaji lebih, office hour then dekat dgn syg. If b rasa keje ntah apa2 tak tahu apa2 why not B tanya direct dgn bos utk firm kan. Jgn terus memberontak cmni. Kita la create environment tu. Later bila B dah try buat tp still same feeling tu baru kita fikir cara lain plak.” Hurmmm… tak ok ke advise syg ni??? Tak ok la tu kalau tak xde B kata lps tu “ Ok lah.. hurmmm” senyap then end call.. Kecik hati syg B. Bila syg mendengar sahaja B kata syg xnk dgr coz x reply apa tp bila syg reply back dgn advise B buat syg mcm ni. B nk syg buat mcm mana??? Balik rmh AGAIN B ralit menghadap laptop. Then syg pun pergi la basuh pinggan yg berlonggok kat sink, angkat kain kt ampaian, basuh kain, lipat kain, iron baju.. Hurmm ya Tuhan penatnya. Janji B dulu nk buat kerja rumah sesama hanya tinggal janji. Tak larat syg nk suruh dah jawapannya “Hurmm.. kejap lg B buat” Tp sampai la kain tu dah xde bau softlan kt ampaian, kain bertimbun tak berlipat kt lantai smpai paras pinggang syg, lantai rumah berpasir, sinki penuh pinggan sampai ke bawah. Kejap lg B tu tak tau la nk tunggu sampai bila lg. Ok la if syg sihat tak preggy xde la nk merungut sgt. Nii…..

B tau tak syg dah bosan dengan perangai B. Syg akui mmg lps kawin syg belajar syg n cinta kan B tp nape B punahkan perasaan syg ni. Syg betul2 redha je la apa nak jd skang, syg pun dah xde rasa apa. Tambah kecewa bila B pernah kata B akan lepaskan syg if syg x blh rasa bahagia dgn B. Terkejutnya syg. B tak membahagiakan syg skang then B keluarkan statement tu. Apa semuanya ni?? Nape B kahwin dgn syg?? B mmg nak balas dendam kat syg nak aniaya syg eh.? Takpe lah B apa pun jawapan B, syg dah tak kisah, masih bersisa lagi kasih syg dan cinta syg kat B kalau tak syg tak kan la syg rs peduli dan sedih dgn apa yg B buat kt syg. Tapi syg rs tak lama dah ni, sebaik2 anak kita lahir 100% kasih syg dan cinta yg sepatutnya untuk B akan syg alihkan pada anak ini nnt. Jd masa tu B buat la apa shj, syg betul2 dah tak kisah. Cukup dengan kehadiran anak ini dah boleh beri kebahagian kat syg. Aminn ya rabbalalamin.

Selepas 12:01am 24 ogos 2013, bertalu2 msg, post kt fb, whatsap wish birthday kat syg. Siap sampai ada nk celebrate kan sekali kat syg tp syg kata syg ada suami syg nk celebrate dgn dia la. Malam23 tu syg tdo awal sbb merajuk dgn B yg dah layan syg cmtu lps tu buat tak tahu apa kesalahan. Paling sedih bila B sakit syg cuba jaga yg termampu memandangkan syg pun x larat mana. Mungkin insan2 kat luar tu tahu limitation ibu hamil kandungan nk 7 bulan apa je blh buat. Tp atas rasa tangggungjawab syg laksanakan gak. Bila syg plak yg sakit nape xde layanan cmtu, si suami hanya la menghadap computer sepanjang masa dr menghadap isteri yg tak sihat.  Tahniah pada diriku!!!!! Pukul 12 tgh mlm syg dah berjaga dan just terkebil2 atas katil, B kat sebelah. Tunggu jelah bila B nak wish ni. Sampai la 2.30am xde pun ok syg pun keluar buat air then menghadap laptop, reply msg kt facebook. Tp boring dah la kt ofis laptop balik laptop. Then kul 4.30am masuk bilik tdo. Subuh bangun dah tak blh tdo last2 pukul 8am syg bangun trus buat air. B pun bgun awal tanya syg nak mkn apa lps tu pergi beli nasi lemak.

Siap breakfast kul 9 lbh then tak tau nak buat apa. B ajak syg g Genting, syg dah happy sbb mmg teringin dr dulu nk g sana tp asal ajak B bg alasan xde duit. Ni B lak yg ajak cuma kali ni syg yg xnk sbb B ajak naik train. Apa la B fikir ni. Syg nk jln sikit dlm ofis pun dah penat, naik tangga sikit dah mengah, blh lak B ajak lg naik train mana nk kne jln byk tu. Takpe lah B ajakan ikhlas ke tak tu smpai tak blh fikir keadaan syg yg dah membuyung ni. Sudahnya syg bersiap je la pakai baju elok2, plan nk g jln tar cari tudung syg & gift besday adik minggu dpn, lps tu g beraya rmh pakcik syg dan wan sedara kat Ampang. B pun ikut je. Byk birthday event dekat2 dari bulan 7 8 dan 11 ni. B tak ingat besday family syg xpe tp B tau kan besday mama 20 ogos ari tu tak jauh pun dr besday syg. Pg2 lg syg dah wish mama hari tu. Tp sorry sgt mama, menantu mama ni tak dapat bagi apa coz baru sgt dgn blanja raya hari tu. Dapat bg mama duit raya ckit je.Hope mama tak berkecil hati. Menantu mama ni lg tak dapat apa, sampai ke sudah suami dia tak wish apa2, takde nk hug ke apa ke mcm angin lalu je mcm hari2 biasa. Dah raya xde dapat apa takkan nk berangan lbh kt besday lak kan.


Syg dah plan nk g beraya tu dgn cousin skali just xnk suasana hambar dlm journey tu yg ajak, mujur dia follow. Then last destinasi pergi rmh mama. Mama asyik bercerita plan biznes dia, syg excited dgr coz im bisnes lover tp time tu je la nk tlg sgt xde la coz syg dah mula tawar hati dgn everything yg related with u hubby.. 1st live wish yg syg terima tentu sekali dr family syg so dah terang dgn jelas lg nyata.. Keluargaku segalanya. Tak pernah asingkan syg. Love u all sooooo much!!!!

Lelah ~

Selama B sakit, sepanjang waktu syg fikir kan B, klau B sakit kepala syg picitkan lumurkan ubat kt kepala, bg ubat kt B, sediakan mkn minum B. Sampai B muntah kt lantai pun syg yg tlg lapkan. Mana nak jaga B lg nak urus kan rmh lg. Kalau la time ni dah ada anak tak dapat syg nk bayangkan cmne syg nk handle.


Bila B dah sihat sikit syg harap sgt B bantulah syg sikit, bg peluang syg berahat lps penat jaga B. Syg bukan merungut cuma nk perhatian ckit mcm B tlg la buat keje ringan2 basuh pggn ke basuh kain ke bg syg rehat, tdo ckup. Kesian kat baby kita bila syg tak tdo dia pun x tdo. Anak mummy ni kata dia nk teman mummy dalam apa je keadaan mummy sbb mummy kata baby je yg blh bg kebahagiaan dan kedamaian kt mummy.  Tp malangnya setiap detik yg ada B hanyalah menghadap laptop. Bila disuruh pun B tak buat. Apa lg yg syg nak kata, sudahnya syg buat sendiri sampai syg tak blh tahan sabar syg bersedih dan tak rasa nk cakap or senyum dengan B. Syg penat sgt. Bdn syg sakit bila mlm syg slalu terjaga kaki crème tp B tak buat apa untuk syg. So sehari sebelum birthday syg, syg menangis semahu mahunya nak melepaskan perasaan terbuku ni. Lega sikit esok nye walaupun tiada apa jln penyelesaian.

Hubby sakit ~

Sepanjang kita kawin ni dah 2 kali B tak sihat. Pertama dulu masa B dapat symptom time syg preggy sebelum gugur. Igt lagi tak, B sakit pun time tu tp syg rs x ssh pun nk ubatkan sbb jiwa dan hati kita penuh dgn perasaan kasih syg. B demam muntah2 cirit birit..

Namun kali ini, jiwa syg sengsara sgt. Syg diduga lg di syawal ini. Syg decide nk pergi kerja sama2 dgn B xpe la naik moto sekali pun B boleh bawa slow2 so takde la terentak sgt. Sebab utama syg nk b hantar biar dr dpn flat rumah sampai depan ofis sbb syg dah tak larat nk jalan kaki. Bila naik kereta kat rumah dapat parking jauh jalan pun paling dekat 100m nk ke kereta, paling jauh lbh 500km. Kat ofis plak kne park jauh dlm 500m plus naik tangga ofis lg setinggi 3 tingkat. Syg kene jaga diri sendiri sbb B pun tak peduli kan apa yg syg rasa. Kaki syg ni klu jln byk cepatnye nk bengkak lps tu crème smpai tak blh jln lansung.  Nnt syg gak yg kne picit sendiri, buh ubat sendiri. Belum kira lg duk kt kerusi sakit pinggang, sakit belakang. Nnt balik rmh nk kemas rmh lg siapkan mkn lg.. Kalau syg tak jaga diri sendiri bila syg sakit sure semua tu terbiar. Rmh pun dah mcm kapal pecah. So bila dah naik moto kurang la sikit dpt sakit kaki tu.

Satu hari khamis lepas 15 ogos tu, kita balik dari ofis lambat dekat jam 6.40pm. Sampai je kt flat tgk ramai orang tunggu kt lift maybe dr 4 lift hanya 1 je berfungsi. Oleh kerana B pun dah penat sgt kot sampai tak sabar, buka je pintu lift trus tarik tgn syg msuk sampai beg syg kne tarik kt org lain. Ye lah dah ramai lg yg tggu tiba2 B nk potong que. Lift tu jatuh sedikit ke bawah sebab overload then pintu tak blh tutup baru la sorg2 keluar. Bila pintu dah blh tutup lift lak tak function tak blh naik then stuck. Apa lagi cemas la org kt dalam ni. Mujur la ada 3 lelaki termasuk B tlg cuba buka kan pintu lift then jerit2. Org kt luar dah dengar cuba cungkil kan pintu lif dengan besi just nk bg ruang udara kt org yg dlm lift yg ada dlm 10 org, ada baby and syg yg tgh preggy ni. At d same time diorg tlg pggil bomba.. Ada la sampai stgh jam kami dlm lift tu sampai berjaya di keluarkan. Sesak nafas syg. Perempuan hamil ni suhu badan tinggi lbh dr org lain so syg risau gak. Dah xde lift yg berfungsi terpakselah naik tangga sampai ke tingkat 15 nak balik rumah. Bayangkanlah.. Jam dah 7 lbh masa tu. Syg dah penat sgt sampai sebelah telinga x dgr apa. Sampai tgkt 7 azan magrib pun berkumandang. Syg dah risau ni sbb time2 senja lalu kt tangga yg suram ni. Akibat penat sgt telinga dua2 x dgr dah. Peluh pun byk. B suruh syg berhenti tp syg xnk duduk lama2 sbb x sedap hati. Sampai tingkat 11 B jerit kat syg suruh syg duduk. Terkedu syg. Syg blh naik cuma slow2 la syg xnk lengah2 kt luar ni sbb keadaan syg skang x bgus terdedah dgn keadaan cmni. Tak nk keruhkan keadaan syg duduk je la kejap lps tu sambung lg panjat sampai ke rmh. Masuk je bilik syg trus baring nk bg tenangkan perasaan lps tu rehat kan badan penat n mnum air. Bila dah cool bru syg bw mandi lps tu solat magrib. Tp syg tak tau apa B buat mandi ke tak solat ke tak tak lama lps tu B pki jaket panas kata badan B sejuk. Syg siapkan dinner, B mkn skit then tdo. Bila tgh mlm badan B panas sgt lps tu B meracau. Syg pun g ambil panadol then tuam kepala B nk bg kurangkan panas. Syg ambil minyak cap kapak sapu kat kepala B dah B kata sakit kepala. Smpai ke pagi syg tak tdo dah nk subuh br dapat lelap sbb B pun baru dapat tdo. Bangun pagi syg nk g keje B tak bg suh tlg jaga B then syg decide nk hantar B g klinik. Balik dr klinik buatkan air kt B bg ubat then suh B rehat. Syg pun x sedap hati nk tgglkan then apply emergency leave kt bos.  Syg masak lunch sambal sardine n kangkung grg bg pedas sikit supaya B ada selera nk mkn tp B jamah sikit je. Lps tu b kata nk bubur. Ok syg mask bubur tp sesudu je B mkn. Padahal bubur ada flavour syg buat.


Takpe la at d sime time bg B byk mnum air 100 plus n buat teh panas kt B. B pun rehat je. Weekend kita di rumah. Demam B tak baik2 lg then hari ahad tu syg bw B pergi hospital Sg Buluh. B asyik muntah and cirit birit je plak. Syg tgglkan B kt counter tp B blh duduk je kt situ last2 syg yg tlg register kan kat B semua sampai teman B g jumpa doctor. Doctor kata darah B ok then just bg ubat je. Syg tak tahan bila orang sakit ni asik mendengus mengeluh, kita sebagai umat islam patutnya kene bawa byk sebut nama tuhan bila sakit. Beristigfar salawat. B pun mula berubah tak mengeluh lg. Esok nya isnin pg syg bw B g klinik nk ambil MC and ubat . Syg sempat buat bubur kosong nk B alas perut tp B x mkn sgt pun. Ye la B xde selera kot. Hari selasa tu walaupun syg keje tp syg tetap kol B sbb nak tau perkembangan kesihatan B. Rasa tak sedap hati syg pun minta kebenaran bos nk balik sekejap hantar B g klinik. Then Doktor pun tau nk bg ubat apa last2 keluarkan MC skali 2 hari untuk B berehat. Keadaan B masih tak berubah lg. Hati isteri mana yg tak tersentuh tgk keadaan suaminya mcm tu, so syg kne ikhtiarkan bnda lain plak. Malamtu syg bawa B pergi Darul Syifa Bangi cuba rawatan tradisional islam lak. Balik je keje syg mandi then trus gerak. Teruk nye la jam, dekat 2 jam perjalanan baru sampai Bangi. Ustaz kat situ bagi air penawar sambil tu tawarkan kat B. Syg pun tumpang sekaki ambil air penawar kt syg bg permudahkan keadaan, sihat masa hamil ni. Ramai sgt org then selesai rawatan dekat pukut 12.30am. Kita sampai rumah semula dekat pukul 2am. Syg pun trus tdo sbb esk nk keje, B xpe la ade MC lg. Mata ni ngantuk kt tempt keje tp tahan je la, dah mcm mata apa je bila tak ckup tdo. Otak pun pnt so x blh focus sgt. Walau apa pun Alhamdulillah B makin ok. Syukur hari khamis B dah blh pergi kerja mcm biasa dan dah ada selera nk mkn.

Teka teki jantina baby ~

Asal jumpa je sedara mara ke rakan taulan ke ni lah soklan yang dah kne ada registered answer copyright untuk syg soalan ni je.
“Kandungan dah berapa bulan?” “Ada pergi scan tak? “ Apa jantina bayi? “ And the best answer that I will give to u allzz.. “Dah dua kali pergi scan, baby tak nak tunjuk, dia kata supris (surprise)” Lepas tu sume senyap, kan settle dah..

Kat bawah ni ada la sikit cara untuk mengetahui jantina bayi secara semulajadi yg biasanya dialami kebanyakan ibu. Tanya syg pun sama je la, syg ada state kan sekali apa yg syg rasa.

  1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

### Syg mula rasa pergerakan bayi kita masa 3 bulan lebih. Dia bukan mcm bergerak tapi seperti gelombang air udara blup..blup..blup.. Kalau nak rasa gerak kne time nk tido, dah baring atas katil then tekan sikit kat perut. Baru la ada rasa gerakan sikit. Menitik air mata syg time ni, sebab terlalu takjub dgn kuasaNYA.

  1. Bahagian pergerakan bayi yang kerap.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

### Masa trimester pertama janin ni bergerak tak tentu ada masa kiri, kanan, tengah, atas dan bawah. Tak boleh nak tau kekerapan tu kat belah mana. Masa trimester kedua pun sama tapi kekerapan mmg dah blh tau sbb baby byk bergerak sebelah kanan. Sampai skang syg baru nak masuk trimester ke3 pun mmg baby ni sepenuhnya terasa bergerak sebelah kanan. Paling tidak pun tengah2. Kalau bab tido lak, tak boleh kira pakai kot coz tilam rumah kita ni tak betul dah. Meluncur ke tengah je. So tdo ikut keselesaan.

  1. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh.  Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

### Masa dah 6 bula baru ramai terbuka mata kata syg ni preggy kalau tak just assume syg dah chubby sikit coz perut tak berapa nampak. Syg kan nak jd isteri yg baik so takkan la nak tayang badan kat orang, kat hubby sendri dah la. So pergi memana pakai baju yg longgar2, tu yg ramai kata x nmpk perut. Cer pakai baju fit of course dgn jelas nmpk baby bergerak lg. Sdare syg ada yg tgk perut syg kata baby girl ni.. Ada sdara B siap pegang perut syg kata ni baby boy ni. Wallahualam.. Jawapannya selepas baby ni lahir ye..

  1. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

### Baik family, frenz or hubby sendri tak pernah lak puji syg makin berseri ke apa. Just nampak normal seperti biasa. SO????

  1. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.

### Syg takde pulak mengidam apa sgt tp sebelum hamil tak suka makan sayur dan ayam makan cuma kurang. Sekarang ni syg dah boleh makan apa saja sayur tp takde la kambing @ jd hantu sayur lak. Ayam plak kalau boleh elakkan mmg syg tak berapa mkn even blh je makan tp takde la sampai tahap muntah bila makan. Semua jenis makanan syg sebat asal nampak je. Paling syg suka mkn time preggy ni, ais krim, teh ais, kek dan sushi.. Tak dapek nak teke jantina kan.. Hehehe

  1. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

### Takde plak selama preggy ni pergi ke tempat mainan budak2. Baju adalah asal cute semua tengok. Benci pun xde. Syg suka baby sbb dulu pernah jaga baby sedara Aliff Adam yg sangat comel tu. Anak sedara yg kecik semua lelaki so xde la tgk yg girl sgt.

  1. Cincin
Sesetengan wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana mengunakannya ? Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung, Perhatikan cincin anda. Jika cincin anda bergoyang lurus ke hadapan, bayi anda berkemungkinan lelaki. Dan, jika pergerakan cincin ke arah melintang, bayi anda berkemungkinan besar adalah perempuan.

### Yang ni syg tak pernah try.

  1. Ultrasound
Merupakan cara untuk mengetahui bayi anda 99% tepat jika si pemerhati mampu melihatnya dengan baik.

### Hurmmm.. takde maknanya, tak tau pun lg.. Malas dah nak buat.

  1. Carta ramalan cina
Dipercayai 90% tepat kerana telah dibuktikan oleh ribuan ibu.

  1. Si ibu merasakan sendiri
Jangan terkejut ! Kebanyakan ibu mampu mengetahui jantina anaknya sendiri sebelum kelahiran. Ianya mungkin disebabkan oleh hubungan batin yang kuat antara ibu dan anak ataupun faktor-faktor yang lain.

### Betul tu syg dapat rasa something yg ni baby apa tp xnak yakin sgt sbb takut syg ni hanya mengikut perasaan je.


Tapi kita ni jgn percaya sgt sebab Tuhan yang maha berkuasa..

Selamat Hari Raya ~

Sepatutnya tahun ni raya syg perlu rasa happy beraya dengan status baru Mrs. Izamri tp entah kenapa jd sebaliknye lak. Awal2 masa ramadhan lg syg dah mula feel sedih, unhappy, frust, malah pelik dengan apa yg syg alami skang.

Mula2 yg buat syg rasa spoil bila ada melibatkan isu kewangan. Dah la mmg sejak kawin perbelanjaan syg makin meningkat padahal klu nk diikutkan x mungkin sebab sang suami yg patut berbelanja lebih tp ni dah terbalik. Datang plak syawal so mula la asing2 kan duit belanja raya, duit raya untuk saudara mara, bukan untuk family syg je family B pun syg fikir sekali. Dah kene masuk list duit raya untuk mama, untuk min, untuk cousin B. Tp B ada fikir untuk syg.?. Baju raya untuk syg pun syg tak merasa ni kan duit raya.. Ishhh mimpi je la aku skang ni. (Tulah antara perbezaan sebelum dan selepas kawin, x semuanya indah…)

Tak habis dgn tu je, ada je isu lg. Tahun ni turn parent syg beraya kt kg N9 and semua sanak saudara pun akan berkumpul kat N9. Syg tak kisah kalau nk beraya kt rumah mama dulu tp lps tu B kene la bawa syg beraya dgn family syg lak. Tapi masalahnya dah 9 bln kita kawin tak pernah sekalipun B cakap “Syg, jom balik rumah ibu abah ke balik kg wan ke”.. Tak pernah kan B? Tu sbb bila syg nk balik rumah family sendiri syg kene spent lbh. Untungla B ada mama duk 20minit je jarak ke rumah kita, blh jumpa selalu. Family syg jauh 3 bln sekali bru blh balik sedangkan masa bujang tiap2 bln tak pernah miss balik. Fair ke mcm tu B??? So syg decide dah alang2 semua family syg termasuk sanak sanak saudara yg ada dekat 60 org tu ada kt kg better kita beraya kt kg syg dulu.

Kisahnya masa bg tahu kat mama memula dulu mama ok je n nampak memahami tp lg 2 hari nak raya ms nak blik kg tu singgahlah kejap kat rumah mama nk hantar kuih dan bermaafan dulu tetiba mama moody. Dari hari tu lg syg dah dgr conversation B dgn mama dlm phone kata mama tak puas hati sepatutnya 1st time raya menantu kne ikut suami balik raya rmh family suami. Ye ke mcm tu?? Syg ni zalim ke B? Dalam hati syg ni sekelumit pun xde rasa dengki ke apa ke, yg syg fikir mama ada dua anak all boy, ibu abah ada 3 anak all girl. Tak ramai kan so y not dalam suasana raya ni dpt meet both family . Istilah beraya kt family syg yg penting nye mlm raya tengah hiruk pikuk nk masak tu, raya pertama bersalaman dan menziarahi then raya ke-2 pergi kubur. Lps tu petang raya ke 2 dah balik KL sampai raya ke-5 ada dengan family B lak. Tak ok ke idea syg ni?? Tak cukup adil ke pada B?? Syg pentingkan diri sendiri ke ?? Tp kenapa bila bg tau plan mcm ni kat mama b4 balik kg wan mama kata “ Eh takpelah nape cepat sgt balik pergi la duk sana sampai raya ke berapa pun”. Syg faham mama sedih tp B sebagai anak sebagai suami patut mainkan peranan utk jaga 2 hati ni bukan bunuh perasaan syg lg. Hati syg terus mati tuk beraya cuma terubat sikit bila berada di samping keluarga syg.


“Selamat hari raya B, syg minta ampun atas kesalahan syg selama ni..” Tu je yg terucap ms bersalaman dgn B tupun tanpa rasa syahdu. Ya Tuhan tabahkan hati hambaMu ini.. 

Shopping baju raya ~

Lagi seminggu nak raya, syg belum ade baju raya mean baju kurung ke. B takpe lah boleh pakai baju melayu yang masa nikah tu balik. Nak g beli sendiri x cukup sen dah sebenarnya, tak beli x merasa baju raya. Besar dugaan syg bulan ramadhan ni, dengan keadaan syg skang berbadan dua tambah plak ekonomi B yg lambat dapat gaji.. Lepas raya baru dapat gaji??? Cmne ni byk bil tertunggak nak raya lg ni. Hurmm.. betul2 rezeki kita syg dapat lbh sikit gaji bln ni sbb bulan sblm ni byk g outstation so dpt lah duit claim tu tp x merasa apa coz mcm2 nk kene settle sblm naik bln baru.


Sejak kita couple dulu B belikan syg baju raya tp tak tahula thn ni B dapat beli kan ke tak dgn tak bergaji tu. Sedangkan perbelanjaan rumah, checkup syg bulan ni syg yg kene spend duit. Nak melepaskan hajat gak so malam minggu terakhir ramadhan kita ke Jalan Tar. Dah mcm ulat apa tengok punya la ramai umat kat sana. Dengan kereta jam bising pon..pon .. sana sini. Even kita naik moto pun terasa kelembapan bergerak kat jalan tu. Semangat juga la syg nk survey baju masuk lorong sana, naik sini, himpit sinun last flat dah tak larat nak jalan dengan kaki pun dah crème. Baby pun dok tendang2 marah kat mummy jln byk, so apa je nmpk kat mata time tu sauk je try. Haaa.. blh pun so tawar2 la harga then calowww.. Nak balik tu pekena teh ais sebungkus baru ada energy sikit nk duk atas moto balik rmh kot kang syg cicir dah lembik je rs. And for the first time after being your wife, syg kne beli baju raya sendiri. Sedihnye tp apakan daya.. Dalam tak larat jalan tu ada dekat 2 jam gak kita kat sana ye..

  
Baju B & baju syg..

Duit Raya baby ~

Waa.. anak mummy tak lahir lagi dah ada duit raya ke ?? Bukan dari sesiapa tapi dari mummy and daddy gak. Alhamdulillah walaupun usia kandungan mummy ni dah 5 bulan lebih tapi masih terdaya nak buat kuih raya untuk dijual. Macam biasa popia simpulan kasih yang dah 6 tahun mummy jual takkan tahun ni takde kan, rugi la dah ada regular customer  cuma tambah lagi sejenis popia nestum. Niat mummy setiap duit jualan ni mummy nak simpan nak buat belanja beli barang babby.  Dapat la mummy tahun ni 35 balang dengan keuntungan Rm500.  Kalau boleh mummy nak buat yang terbaik untuk babby, beli barang babby yang bagus2..


Tapi bukan sekarang nak shopping pun, nnt cuti time Hari Malaysia masa tu mummy dah 7 bln lbh then kita balik Taiping, shopping barang babby sekali dengan wan ibu dan tok abah. Selama ni asik usik dan pandang je, kali ni mummy boleh beli simpan dan nnt pakaikan kat ank mummy ni.. Ohhh anakku..

Kandungan 24 minggu ~

Checkup kali ni buat syg rasa sangat teruja sebab masa ni perut syg cepat btul membesar dari kata tak nampak terus membuyung-buyung. Baby pun makin aktif bergerak , paling syg suka bila syg bawa berbual dengan baby then baby kick mean bagi respon kt mummy dia la tu..
Tengah rancak gerak2 kul 2am, mummy tegur “Anak mummy jgn main lg, dah lewat ni jom kita tidur esk sambung lg ye” sambil gosok2 kat perut then terus baby diam.. Bagus faham ye.. ;) Time syg tgh free, gosok2 perut cakap kat baby “Baby belum keluar lg tapi mummy rasa syg sgt kat baby tak sabar je rasa nk tgk baby lahir ke dunia ni, baby syg mummy kan..” Laju je lps tu baby gerak sampai ketawa besar mummy dia.

Macam biasa checkup kat Klinik Ibu dan Anak TTDI kene ambil berat badan. 52kg dah syg. Cek glucose urine, ok. Lepas tu cek HB pun ok, 11.3. Dalam bulan puasa ni HB ok gak, syg rasa betul la sbb vitamin yg syg makan skang Iberet Folic boleh bg increase HB kita. Part best bila dengar heart beat baby = 148. Alhamdulillah sihat ank mummy ni. Extra satu lg syg kene injection 1st time kancing gigi kali ni, 2nd nnt checkup akan dtg sekali dgn minum air gula.

Checkup kat Tropicana Medical Centre pun kene buat juga, nak scan baby tgk detail ckit ok ke tak and of course this tima kita harap blh tgk jantina baby kita kan B. Syukur masa scan semuanya nampak ok, kandungan gula dlm darah syg ok and rahim dgn air ketuban pun ok. Cuma agak kecewa kali ni sbb scan baby tak berapa jelas padahal baby dah tau nk scan agaknya sampai kurang gerak punya nak bagi mummy and daddy tengok dia tp tak tau la camne Doc buat sampai tak brape nampak pun mana badan dia, jari, tangan kaki.. hanya nmpk jantung, kepala, tulang.. Bila ask Doc show jantina pun tak nampak apa then Doc kata emm tak nampak ye, perempuan ni kot.. Apa la cenggitu.


Mummy and Daddy tak kisah baby boy or girl yg first ni, rezeki tuhan kami bersyukur asalkan baby sihat dan selamat masa dilahirkan nnt.