Selamat Datang


Sunday 25 August 2013

Teka teki jantina baby ~

Asal jumpa je sedara mara ke rakan taulan ke ni lah soklan yang dah kne ada registered answer copyright untuk syg soalan ni je.
“Kandungan dah berapa bulan?” “Ada pergi scan tak? “ Apa jantina bayi? “ And the best answer that I will give to u allzz.. “Dah dua kali pergi scan, baby tak nak tunjuk, dia kata supris (surprise)” Lepas tu sume senyap, kan settle dah..

Kat bawah ni ada la sikit cara untuk mengetahui jantina bayi secara semulajadi yg biasanya dialami kebanyakan ibu. Tanya syg pun sama je la, syg ada state kan sekali apa yg syg rasa.

  1. Pergerakan bayi yang pertama
Sudah menjadi menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

### Syg mula rasa pergerakan bayi kita masa 3 bulan lebih. Dia bukan mcm bergerak tapi seperti gelombang air udara blup..blup..blup.. Kalau nak rasa gerak kne time nk tido, dah baring atas katil then tekan sikit kat perut. Baru la ada rasa gerakan sikit. Menitik air mata syg time ni, sebab terlalu takjub dgn kuasaNYA.

  1. Bahagian pergerakan bayi yang kerap.
Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

### Masa trimester pertama janin ni bergerak tak tentu ada masa kiri, kanan, tengah, atas dan bawah. Tak boleh nak tau kekerapan tu kat belah mana. Masa trimester kedua pun sama tapi kekerapan mmg dah blh tau sbb baby byk bergerak sebelah kanan. Sampai skang syg baru nak masuk trimester ke3 pun mmg baby ni sepenuhnya terasa bergerak sebelah kanan. Paling tidak pun tengah2. Kalau bab tido lak, tak boleh kira pakai kot coz tilam rumah kita ni tak betul dah. Meluncur ke tengah je. So tdo ikut keselesaan.

  1. Bentuk perut
Cara ini adalah cara yang paling diketahui umum terutamanya jika si ibu mempunyai saiz kandungan yang agak besar dan mudah dilihat. Perhatikan perut anda pada cermin, Jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat dan pinggang anda terasa penuh.  Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam dari sisi depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

### Masa dah 6 bula baru ramai terbuka mata kata syg ni preggy kalau tak just assume syg dah chubby sikit coz perut tak berapa nampak. Syg kan nak jd isteri yg baik so takkan la nak tayang badan kat orang, kat hubby sendri dah la. So pergi memana pakai baju yg longgar2, tu yg ramai kata x nmpk perut. Cer pakai baju fit of course dgn jelas nmpk baby bergerak lg. Sdare syg ada yg tgk perut syg kata baby girl ni.. Ada sdara B siap pegang perut syg kata ni baby boy ni. Wallahualam.. Jawapannya selepas baby ni lahir ye..

  1. Orang memuji anda
Cara ini adalah cara untuk anda mengetahui jantina bayi anda perempuan sahaja. Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

### Baik family, frenz or hubby sendri tak pernah lak puji syg makin berseri ke apa. Just nampak normal seperti biasa. SO????

  1. Mengidam
Sesetengah wanita hamil mengidam makanan tertentu. Contohnya, mengidam sayur-sayuran setiap kali hamil bayi perempuan dan mengidam daging setiap kali hamil bayi lelaki. Jika anda mengidam sayur-sayuran pada kehamilan sebelumnya dan bayi anda perempuan, maka perhatikan kehamilan anda yang seterusnya, jika anda lebih cenderung memakan sayu-sayuran juga. maka kemungkinan besar bayi anda adalah perempuan.

### Syg takde pulak mengidam apa sgt tp sebelum hamil tak suka makan sayur dan ayam makan cuma kurang. Sekarang ni syg dah boleh makan apa saja sayur tp takde la kambing @ jd hantu sayur lak. Ayam plak kalau boleh elakkan mmg syg tak berapa mkn even blh je makan tp takde la sampai tahap muntah bila makan. Semua jenis makanan syg sebat asal nampak je. Paling syg suka mkn time preggy ni, ais krim, teh ais, kek dan sushi.. Tak dapek nak teke jantina kan.. Hehehe

  1. Kelakuan
Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

### Takde plak selama preggy ni pergi ke tempat mainan budak2. Baju adalah asal cute semua tengok. Benci pun xde. Syg suka baby sbb dulu pernah jaga baby sedara Aliff Adam yg sangat comel tu. Anak sedara yg kecik semua lelaki so xde la tgk yg girl sgt.

  1. Cincin
Sesetengan wanita mengamalkannya untuk mengetahui kehamilan dan sesetengah melakukannya untuk tujuan suka-suka. Bagaimana mengunakannya ? Buka cincin anda dan ikatkan pada seutas benang. Angkat hujung benang itu dan biarkan cincin berada atas perut tergantung, Perhatikan cincin anda. Jika cincin anda bergoyang lurus ke hadapan, bayi anda berkemungkinan lelaki. Dan, jika pergerakan cincin ke arah melintang, bayi anda berkemungkinan besar adalah perempuan.

### Yang ni syg tak pernah try.

  1. Ultrasound
Merupakan cara untuk mengetahui bayi anda 99% tepat jika si pemerhati mampu melihatnya dengan baik.

### Hurmmm.. takde maknanya, tak tau pun lg.. Malas dah nak buat.

  1. Carta ramalan cina
Dipercayai 90% tepat kerana telah dibuktikan oleh ribuan ibu.

  1. Si ibu merasakan sendiri
Jangan terkejut ! Kebanyakan ibu mampu mengetahui jantina anaknya sendiri sebelum kelahiran. Ianya mungkin disebabkan oleh hubungan batin yang kuat antara ibu dan anak ataupun faktor-faktor yang lain.

### Betul tu syg dapat rasa something yg ni baby apa tp xnak yakin sgt sbb takut syg ni hanya mengikut perasaan je.


Tapi kita ni jgn percaya sgt sebab Tuhan yang maha berkuasa..

8 comments:

  1. wah, banyak juga ya ramalan2 nak tentukan jantina bayi ni, tapi yang last sekali no.10 tu, instinct ramalan ibu tu ada juga ya.. memang rasa lega kan kalo jantina kita ramal tepat bila baju tema kita prepared tu sesuai amat dgn jantina bb :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nak selamat beli baju yang lelaki and perempuan boleh pakai kan.. ;)

      Delete
  2. Nice sharing. Tengah dok teka teki jugak nii. Hihi.

    ReplyDelete
  3. So, as the result dpt baby ape?

    ReplyDelete
  4. Gerak hati mmg anak lelaki..
    Ramai ckp baby boy sb perut xnampak..
    Tp ske.mkn bnde mnis2 org ckp bby girl..
    Tanda2 bby girl yg mcm akak aku ckp byk sgt..
    Tp bla scan tcacak boboy die..
    Doktor xberani nak.cakap die baby girl..
    Sebab dah nampak lelaki..
    N baby da 5bln lbh br rs dtendang kalo x.. Xrse apa2.. Huhu

    ReplyDelete
  5. Sya skrg mgndung 6buln.bby sya suka dok belah kanan.x pnah dok belah kiri..hrap2 bby sihat dan dapat lha bby boy taun nie..

    ReplyDelete
  6. Pergerakan bby boy mmg lebih aktif dr girl. Tp skrg bru 2buln belom rase gerak lg ank nom 4 ni. Hrp boy pula stelah 2 girl2. Xlalu alahan ke semua ank tmsuk sulung lelaki. Nnti i update lg teka teki tu btul ataw x. Klendar cina tu bakal lhir Januari umur 30 kite tgok btul ke x sb 3 ank tu smua btul pula

    ReplyDelete