Selamat Datang


Sunday 25 August 2013

Selamat Hari Raya ~

Sepatutnya tahun ni raya syg perlu rasa happy beraya dengan status baru Mrs. Izamri tp entah kenapa jd sebaliknye lak. Awal2 masa ramadhan lg syg dah mula feel sedih, unhappy, frust, malah pelik dengan apa yg syg alami skang.

Mula2 yg buat syg rasa spoil bila ada melibatkan isu kewangan. Dah la mmg sejak kawin perbelanjaan syg makin meningkat padahal klu nk diikutkan x mungkin sebab sang suami yg patut berbelanja lebih tp ni dah terbalik. Datang plak syawal so mula la asing2 kan duit belanja raya, duit raya untuk saudara mara, bukan untuk family syg je family B pun syg fikir sekali. Dah kene masuk list duit raya untuk mama, untuk min, untuk cousin B. Tp B ada fikir untuk syg.?. Baju raya untuk syg pun syg tak merasa ni kan duit raya.. Ishhh mimpi je la aku skang ni. (Tulah antara perbezaan sebelum dan selepas kawin, x semuanya indah…)

Tak habis dgn tu je, ada je isu lg. Tahun ni turn parent syg beraya kt kg N9 and semua sanak saudara pun akan berkumpul kat N9. Syg tak kisah kalau nk beraya kt rumah mama dulu tp lps tu B kene la bawa syg beraya dgn family syg lak. Tapi masalahnya dah 9 bln kita kawin tak pernah sekalipun B cakap “Syg, jom balik rumah ibu abah ke balik kg wan ke”.. Tak pernah kan B? Tu sbb bila syg nk balik rumah family sendiri syg kene spent lbh. Untungla B ada mama duk 20minit je jarak ke rumah kita, blh jumpa selalu. Family syg jauh 3 bln sekali bru blh balik sedangkan masa bujang tiap2 bln tak pernah miss balik. Fair ke mcm tu B??? So syg decide dah alang2 semua family syg termasuk sanak sanak saudara yg ada dekat 60 org tu ada kt kg better kita beraya kt kg syg dulu.

Kisahnya masa bg tahu kat mama memula dulu mama ok je n nampak memahami tp lg 2 hari nak raya ms nak blik kg tu singgahlah kejap kat rumah mama nk hantar kuih dan bermaafan dulu tetiba mama moody. Dari hari tu lg syg dah dgr conversation B dgn mama dlm phone kata mama tak puas hati sepatutnya 1st time raya menantu kne ikut suami balik raya rmh family suami. Ye ke mcm tu?? Syg ni zalim ke B? Dalam hati syg ni sekelumit pun xde rasa dengki ke apa ke, yg syg fikir mama ada dua anak all boy, ibu abah ada 3 anak all girl. Tak ramai kan so y not dalam suasana raya ni dpt meet both family . Istilah beraya kt family syg yg penting nye mlm raya tengah hiruk pikuk nk masak tu, raya pertama bersalaman dan menziarahi then raya ke-2 pergi kubur. Lps tu petang raya ke 2 dah balik KL sampai raya ke-5 ada dengan family B lak. Tak ok ke idea syg ni?? Tak cukup adil ke pada B?? Syg pentingkan diri sendiri ke ?? Tp kenapa bila bg tau plan mcm ni kat mama b4 balik kg wan mama kata “ Eh takpelah nape cepat sgt balik pergi la duk sana sampai raya ke berapa pun”. Syg faham mama sedih tp B sebagai anak sebagai suami patut mainkan peranan utk jaga 2 hati ni bukan bunuh perasaan syg lg. Hati syg terus mati tuk beraya cuma terubat sikit bila berada di samping keluarga syg.


“Selamat hari raya B, syg minta ampun atas kesalahan syg selama ni..” Tu je yg terucap ms bersalaman dgn B tupun tanpa rasa syahdu. Ya Tuhan tabahkan hati hambaMu ini.. 

No comments:

Post a Comment