Selamat Datang


Monday 26 August 2013

Peranan suami ketika isteri hamil. ~


Elok nye la kalau Hubby saya baca bahan bacaan seperti, takde lah isterinya makan hati ke, sedih ke.. Kene macam diriku sendiri ini, memang kesian. Dah la keluarga jauh, sang suami pula lansung tak ambil peduli. Terpaksa la belajar berdikari.. (Esk2 masa dah betul tiada istialah suami xde lah rasa sasau sgt sebab waktu sekarang sang suami dah praktikkan)

Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul.

Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau 'mood' wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.

Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.


1. Luangkan masa bersama isteri.- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri - Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosimahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan - Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain - Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya andakorbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Hmm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga! :)

10. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi. Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.

11. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.


6 comments:

  1. As salamualaiku, Kriteria yg di kemukakan telah saya amalan semenjak tahun 80an hingga kini Bila isteri sakit lumpuh sebelah tubuh dan kini telah memakan masa 15 tahun, cinta kamil tetap utuh dan masih semarak seperti org yg baru kahwin dalam edah berbuan madu. Semunya kerana Hidayah Allah dan sikap kami yang sentiasa sabar, menerima ketentuan Allah seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semoga saya juga mendapat kasih sayang dan hidayahNYA dalam menjaga keharmoniaan rumah tangga.

      Delete
  2. Beruntung..... Sy skrang tgh ngandung anak ke4. Setiap anak, sy berharap dia akan berubah.sy bodoh pegang janji dia nak berubah. Dia boleh tlg member wat keje kat opis,Tp kat umah dia bos. Lgsg x tlg sy. Dia kutuk bentuk badan sy. Dia mrh klu sy lmbat.dia mrh masak lmbat. Rumah bersepah. Semua sy buat. Sy pun bekerja + BG dia duit lg tuk tlg dia n tu wajib BG. Klu x dia mrh. Belum lg mkn hr2 pas blk keje tu sy yg tanggung. Sy cukup bersabar. Dia x mampu Tp syg nak jual moto besar..sy x mkn kat opis sy x ckp pun.dia ckp klu dia x mkn....seksanya sy.

    ReplyDelete
  3. Salam...beruntunglah dpt suami yg mithali yg sygkn kita,jaga diri kita,layan kerenah kita semasa kita berbadan dua..sy tentu2 dh jd wanita yg paling bahagia.tp tak semua yg kita nak,kita akn dpt.alhamdulillah,ini adalh kali ke tiga sy hamil.anak pertama n kedua dri hasil prkahwinan sy dgn suami prtma sy yg cuma brthan slama 5 thun.slps 3 thun sy brsttus jnda,akhirnya ada seorg insan yg mnjnjikan segalanya hnya untuk sy.pada awalnya,semua indah belaka.selepas setahun lebih kmi brkhwin.semuanya dh x seindah dulu.lebih2 lg slepas sy hamil,air mata asyik bergenang pujuk hati sndiri.suami sering marah sy,ckp sy slow la,umh ktor sy x reti nk kemas umh.,mrhkn sy apabila sy cpt trasa..padahal,sebelum sy hamil xpernah sekali pn sy abaikan kekemasan diri n umah.plg sy rasa sedihh sekali..spanjang sy hamil dri ank sulung smpai yg skrg,sy betul2 inginkan perhatian dan ksh syg seorg suami,lebih2 lg slm keadaan bgini.mgkin suami sy lebih sygkan EGO dya dri istri dya yg sdg mengandungkan zuriatnya sndri.,yg brtarung brsabung nyawa waktu hndak melahirkan zuriat keturunannya sndri.sy xkn brptus asa doakan agar dya sedar yg sy sentiasa ada dgnnya.sekian,lapang sikit dada lps luahkan apa yg dh trpendam di dlm hati kecil wanita yg brgelar wanita hamil..

    ReplyDelete
  4. Memang entry yang best. Harap suami-suami amik pengajaran :)

    ReplyDelete