Selamat Datang


Tuesday 1 October 2013

Doa Selamat kandungan 7 bulan ~

31 Ogos hari tu genap usia kandungan ni 7 bulan. So seperti yang dirancang, memandangkan masih lg dlm mood syawal so buat majlis doa selamat & rumah terbuka. Kalau dolu-dolu orang panggil majlis melenggang perut tapi zaman sekarang mana nak cari bidan. Lagi pun amalan dulu setakat adat je tak diharuskan pun. Memadai la buat doa selamat je, semoga syg dipermudahkan masa bersalin nnt.

Acara bermula tepat jam 10am bacaaan yasin oleh kaum wanita. Masyallah unaspected tetamu yang hadir baca yassin pagi tu lebih 30 orang. Memang penuh dalam rumah sampai kene duduk kat porch luar. Selepas tu diikuti dengan bacaan doa selamat oleh kaum lelaki. Pun penuh dalam rumah. Dah siap semua baru la sesi menjamu selera. Macam-macam menu ada untuk 200 orang. Sekali la dengan jamuan raya so kiranya makan2 ni bermula dari 12 tghari sampai 2ptg. Main menu nasi minyak & nasi putih lauk kari ikan, dalca daging, sambal udang, sayur campur dan buah. Tambahan menu ada laksa, satey, lemang, rendang dan nasi himpit. Plus sempena birthday Balqis ada sambutan sekali dengan mkn kek. Budak2 dapat kek sepotong, goodies bag ada segala macam jajan & coklat dan duit raya dari syg.

Namun jam dah 5pm tp tetamu masih tak putus-putus datang expecially sedara-mara. Apa lg, mmg licin la segala makanan yang ada dalam rumah. Dianggarkan lebih 300 org yg datang.. Alhamdlilah.. Cuma risau and ada rasa bersalah sikit pada yg lewat datang coz makanan byk dah habis. Sampi tuan rumah pun xde makanan untk dinner, sudahnya kami semua makan kat Kuala Gula. Asya la ni dok menyebut soft crab sedap kat sana so jomm je.

Ni pic menu our dinner ;





No comments:

Post a Comment