Selamat Datang


Monday 28 October 2013

GH @ Colombia @ TMC ? ~

Dilema gak kita dalam nak memilih tempat syg nak bersalin nanti. Tapi yang pasti syg nak deliver kat Taiping la.. Sama ada Hospital Taiping, Colombia Asia Taiping or Taiping Medical Centre (TMC). Bukan senang nak decide, kene fikir constraint yang ada expecially tang pitih la. Memang la nk murah pegi je kat GH tp alkisahla ada cerita-cerita kurang manis yg tak sedap dengar pasar GH Taiping ni.

Su, cousin syg sebelah rumah ibu baru je selamat melahirkan baby girl, anak yg ke-3. Operate coz lg 2 anak dia yg boy tu pun operate.
“Rin, hang nak bersalin kt GH ni kene tabah la.. Beranak kt memana tetap sakit tp tang hati pun sakit gak klu kt GH ni. Tak cukup teriak dek time bersalin je, nnt sampai nk kuar hospital pun hang masih dok teriak..”

“Awatnye su? Hang buat takut kat aku ja. Pasai pa hati pun sakit sama?” Syg dah mula gugup masa su nk start crita ni..

“Aku ni besa dah operate 2 kali tp kali ni aku tgk awat muda sgt doctor nye. Lepaih tu kalau operate bagi bius mmg aku xdak rasa sakit tp awat ms depa dok potong perut aku nk tarik kasi kluaq budak punya la aku trasa sakit. Jerit la aku habaq kata aku rasa sakit sgt. Boleh plak kasi aku oksigen je lepaih kata sakit, sudahnya pengsan aku dua hari dok dalam ICU. Dah kluar icu baru dapat tgk anak tau..” Seramnyeeee…. Syg dah macam tak nak dengar crita Su tu tp tadahkan je la telinga dalam pada nk tau pengalaman dia beranak.. Huhuhu..

“ Sudahla aku operate, byk kuar darah, lemah je la badan aku. Nurse kat situ tengin betoi. Ada ka patut paksa aku jalan g bilik ayaq ,g amik anak. Bila aku nak tumbang baru la depa kecoh nak ambilkan aku krusi roda. Mmg sepangjang masa aku dok teriak kat sana” Aku yg dengaq ni pun rasa nk teriak gak su..

Maka cerita tu pun syg sampaikan kat B.. Camne ni B, gerun betul syg dengar.. B pun diam je sambil tu B kata nk survey hospital private lak.

Maklumat kat bawah ni tentang price di Hospital Colombia Asia Taiping. Rate di TMC just kurang RM300-400 je tp punyala ramai orang dan doctor semua bangsa asing. Di Colombia ada 2 org pakar O&G, Dr Khairul dan seorang lagi India.

Normal delivery (mother and baby), 2 days 1 night,  ranging from RM3,000 to RM4,500
Caesarean delivery (mother and baby), 3 days 2 nights, ranging from RM5,500 to RM6,500

Type of Room
Rates (RM)
Single-Bedded Room
180.00
2-Bedded Room
120.00
4-Bedded Room
80.00
Nursing Cot
60.00
* Rates include meals and are subject to additional 6% government tax. All rates are subject to future changes.


Untuk bersalin kat private ni sekurang-kurangnya perlukan sekali checkup. So kita pun pergi la register kat Colombia. Hati mula tertarik dengan environment hospital yang tak crowded, senang dapat parking dan hospital pun nampak baru so selesa la. Punya la terkezut kos untuk checkup & scan 2d include consultation only RM60. If 3d/4d lak RM90. Murahnye la…. Selama kita duk buat checkup biasa kat Tropicana tu pun dah Rm110. Servis dari Dr Khairul memang tiptop, ramah sangat dan layan je soalan2 dari patient dia. B pun rasa ok, syg apa la lg.. Thanks hubby nk spon syg dgn keselesaan ni..

No comments:

Post a Comment