Selamat Datang


Thursday 31 October 2013

Hancur rasanya hati ni.. ~

Kat mana dan mcm mana nk mulakan ayat utk apa yg aku rasa sekarang ye. Nak je pergi menjerit sekarang lepaskan apa yg terbuku dalam hati ni tp kang kalu buat org pikir kita mental plak. Baru je kejap tadi layan crite hindustan Salman Khan berlakon watak gila sbb cinta tp aku sbb tiada lg cinta. Wajar ke pada saat sekarang aku yg dok menghitung hari untuk bersalin ada perasaan mcm ni. Nak luah pada laki dah masalah ni berpunca dari dia, nk ngadu pd family lak x brape bg support lg buat aku sedih ade la sbb diorg pun turut bersedih atas nasib yg menimpa diri aku ni. So jadila aku seorg blogger pasif untuk mengubat hati ni. Pada saat skang aku x perlukan telinga org lain utk mendengar, x perlukan bahu org utk aku tumpang menangis... Apa yg aku nak adalah jawapan dan jln penyelesaian mslh aku ni. Setiap org impikan ikatan perkahwinan yg bahagia hingga akhir hayat. Aku pun mcm tu. Aku mula belajar mencintai suamiku setelah berkahwin. Aku cuba terima dia seadaanya, baik buruknya bgku masih blh diterima asalkan dia mahu berubah. Malangnya bg aku, dia x fikir pun nk jd yg terbaikutk isterinya. Aku tak minta dia jd Mr. Perfect tp memadai buat yg terbaik. Dah byk peluang aku bg, siap dgn cara2 lg cmne nk tambat hati aku ni. Dia faham dan tau tp kenapa x blh buat??? 

1) Bermula dr awal kawin sampai skang dah nk stahun usia perkahwinan kami tp dia x pernah bg nafkah zahir kt aku. Tahu tak dia apa tu nafkah zahir ??? Duit belanja dapur pun bg hanya rm300 selepas 3 bln kawin. Byk lg kos belanja mkn harian yg aku keluarkan setiap bln smpai x tahu sapa tanggung sapa. Tp aku tak pernah ungkit semua tu. Sejak kandungan aku cecah 8 bln lnsung x bg duit dapur dgn alasan aku x duk dgn dia blik kg then dia x ckup duit coz nk hantar aku blik kg. So blh imagine x rm300 tu celah gigi je kan. 

2) Berkira... Aku tau la aku yg beli kereta sblm kawin tp yg pakai skang bersama. Nak harap honda 100cc tu blh ke bw aku blik kg, bw mama g kuantan or jln2 ?? Sampai dr bayar bulanan rm750, maintenance rm250 setiap 3 bln, road tax rm1800 stahun, minyak, dan all about the car aku yg tanggung. Lansung dia xnk bantu aku. Mcm2 alasan sedangkan gaji dia lbh byk dr aku, pun kne byr ptptn, bg parents sikit, bil kreta, mkn minum kt rmh n ofis. Nak menyimpan kne la ikat perut tmbh2 dah preggy ni. Tp dia x nk faham kan.Sesekali dtg ngidam aku nk mkn itu ini pun kne guna duit sendri. Klu stakat bawah rm10 br la dia nk belikan. Walaupun dia layan aku cmtu x pnh lg aku nk ungkit2. Bila tegur mcm x mkn saman je muka dia. 

3) Malu tak bila persiapan anak kami yg bakal lahir ni blh kata 100% parents aku yg sediakan. Diorg kesian sgt kt aku dan sedih bila suami aku layan ank dia mcm ni. Bila suh husband ni beli baru beli sikit dah minta claim half2 kt aku. Sampai kan pampers anak pun x mampu beli. X tau la cmne bila anak ini lahir nnt. Lg memalukan bila parents aku tanya nnt time bersalin nk hantar aku kt mana laju je dia jwb g private hospital tp aku yg dah terkena byk kali ni jd takut. Takut bila smpi waktunya dia kata x mampu nk jelaskan bil hospital. Janjinya nk prepare rm3500 utk bg aku dulu coz normal rate rm2500 n operate rm5k. Tp kelmarin ms dia balik rmh parents aku dia blh kata nk bg rm2k je. Tak terkezut ke aku bila dia buat prangai cmni. If x mampu ckp x blh jgn berlagak bagus. Parents aku dah sakit hati n aku dah kecewa sgt. Sampai skang pun dia x bg sesen. Sampi aku blh ckp kat parents aku if aku bersalin dlm waktu terdekat ni plz jgn inform dia dan klu blh lps tu aku x nk tgk muka dia n x nk dia tgk ank ini. Aku xnk ank ini knal sapa bapa dia yg takbertanggungjawab tu. 

Cukup la dgn kasih syg yg akan aku, tok abah, wan ibu, makngah n maksunya beri pada anak ini. Anak mummy kene kuat supaya dpt jd kekuatan pada mummy utk teruskan perjuangan kehidupan ini demimu syg...

Monday 28 October 2013

Menghitung hari.. ~

Sejak syg balik Taiping, syg takde pun masalah susah nak tido ni malah makin kuat tido adalah.. Krohh..krohh..kroh.. Sedar-sedar je bangun pagi dah pukul 11am. Lps tu g mandi, minum borak2 sikit dengan ibu, then solat zohor. Dalam kul 3pm mata ni dah kuyu balik so zzzzz… lagi sampai kul 5.30pm.. Aduyai, mengada rupanya mata dan badan syg ni .. ke baby dalam perut ni yg nak mengada dengan wan ibu  & tok abah dia. Cuma yg syg perasan kaki syg makin teruk membengkak sampai nk sarung sandal pun dapat masuk separuh je.. Dah xde rupa kaki pun macam belon panjang  je. Org tua kata tak lama dah tu nak bersalin tp syg tak tau la lama mana..

Setiap kali lepas solat tak putus-putus doa syg supaya anak kita lahir cukup bulan, cukup sifat, sihat.. Di samping tu syg ade gosok-gosokkan sikit air Darul Syifa’ kat perut sambil doa moga anak kita elok sihat semua. Alhamdulillah skang syg pun dah masuk 36 minggu… Menghitung hari je la bila anak kita nk keluar ni..


Dok lelama kt Taiping ni mmg syg rasa tak sunyi ada ibu sepanjang masa n family tp bila syg dah bergelar isteri ni mesti la ada rasa rindu kat suami syg.. Tiap-tiap mlm kita gayut kan B.. Dah mcm masa waktu cintan cintun dulu. Kalau x kol or lambat syg merajuk.. Huhu.. baby pun merajuk tau..

GH @ Colombia @ TMC ? ~

Dilema gak kita dalam nak memilih tempat syg nak bersalin nanti. Tapi yang pasti syg nak deliver kat Taiping la.. Sama ada Hospital Taiping, Colombia Asia Taiping or Taiping Medical Centre (TMC). Bukan senang nak decide, kene fikir constraint yang ada expecially tang pitih la. Memang la nk murah pegi je kat GH tp alkisahla ada cerita-cerita kurang manis yg tak sedap dengar pasar GH Taiping ni.

Su, cousin syg sebelah rumah ibu baru je selamat melahirkan baby girl, anak yg ke-3. Operate coz lg 2 anak dia yg boy tu pun operate.
“Rin, hang nak bersalin kt GH ni kene tabah la.. Beranak kt memana tetap sakit tp tang hati pun sakit gak klu kt GH ni. Tak cukup teriak dek time bersalin je, nnt sampai nk kuar hospital pun hang masih dok teriak..”

“Awatnye su? Hang buat takut kat aku ja. Pasai pa hati pun sakit sama?” Syg dah mula gugup masa su nk start crita ni..

“Aku ni besa dah operate 2 kali tp kali ni aku tgk awat muda sgt doctor nye. Lepaih tu kalau operate bagi bius mmg aku xdak rasa sakit tp awat ms depa dok potong perut aku nk tarik kasi kluaq budak punya la aku trasa sakit. Jerit la aku habaq kata aku rasa sakit sgt. Boleh plak kasi aku oksigen je lepaih kata sakit, sudahnya pengsan aku dua hari dok dalam ICU. Dah kluar icu baru dapat tgk anak tau..” Seramnyeeee…. Syg dah macam tak nak dengar crita Su tu tp tadahkan je la telinga dalam pada nk tau pengalaman dia beranak.. Huhuhu..

“ Sudahla aku operate, byk kuar darah, lemah je la badan aku. Nurse kat situ tengin betoi. Ada ka patut paksa aku jalan g bilik ayaq ,g amik anak. Bila aku nak tumbang baru la depa kecoh nak ambilkan aku krusi roda. Mmg sepangjang masa aku dok teriak kat sana” Aku yg dengaq ni pun rasa nk teriak gak su..

Maka cerita tu pun syg sampaikan kat B.. Camne ni B, gerun betul syg dengar.. B pun diam je sambil tu B kata nk survey hospital private lak.

Maklumat kat bawah ni tentang price di Hospital Colombia Asia Taiping. Rate di TMC just kurang RM300-400 je tp punyala ramai orang dan doctor semua bangsa asing. Di Colombia ada 2 org pakar O&G, Dr Khairul dan seorang lagi India.

Normal delivery (mother and baby), 2 days 1 night,  ranging from RM3,000 to RM4,500
Caesarean delivery (mother and baby), 3 days 2 nights, ranging from RM5,500 to RM6,500

Type of Room
Rates (RM)
Single-Bedded Room
180.00
2-Bedded Room
120.00
4-Bedded Room
80.00
Nursing Cot
60.00
* Rates include meals and are subject to additional 6% government tax. All rates are subject to future changes.


Untuk bersalin kat private ni sekurang-kurangnya perlukan sekali checkup. So kita pun pergi la register kat Colombia. Hati mula tertarik dengan environment hospital yang tak crowded, senang dapat parking dan hospital pun nampak baru so selesa la. Punya la terkezut kos untuk checkup & scan 2d include consultation only RM60. If 3d/4d lak RM90. Murahnye la…. Selama kita duk buat checkup biasa kat Tropicana tu pun dah Rm110. Servis dari Dr Khairul memang tiptop, ramah sangat dan layan je soalan2 dari patient dia. B pun rasa ok, syg apa la lg.. Thanks hubby nk spon syg dgn keselesaan ni..

Ragam kandungan 8 bulan ~

Semakin tinggi kandungan syg rasa bahagian perut semakin padat. Pinggang dah mula rasa sakit2.. Belakang ni toksah cakap la tu pasal syg selalu suruh B letakkan cream panas kat bahu n betis supaya kurang rasa sengal2 tu. Bila fizikal syg tak selesa so syg memang tak boleh duk setempat dalam tempoh yg lama. Lps sejam duduk kene berdiri, bw berjalan ke or baring.. Bila fikir-fikir balik mcm mana syg nk pergi ofis ni. Sudahlah meja syg kene naik tangga ke tingkat 3, lps tu kene duduk menghadap laptop 8 jam tu. Mkn pun kt meja tu gak, nk keluar tak larat turun naik tangga. Dah la x blh duk lama ni 8 jam. Kerusi lak bukan jenis yg blh rebah. Masa kandungan 7 bulan pun syg dah mengah dgn sakit2 badan nikan nk masuk 8 bulan. Camne ye B??

Dapat lak penyakit baru, syg tak dapat tido malam. Dapat 5 minit lelap pun jadi la tp masalahnye seminit pun x dapat.. Haru mcm ni. Bila syg tak cukup tido, badan jd lagi penat then sakit kepala. Bila balik rumah ibu abah syg ok sikit.. Tp mungkin that time syg penat duk dlm kreta jauh ke tu sbb dapat tido. Lepas balik semula kat rumah kita di KL, mata ni jd segar bugar atas katil tu. Sudahnya syg tak boleh pergi kerja la. Syg ingat lagi mama pernah kata maybe syg jenis tak boleh tdo dah kt rumah sendiri so kene pergi tdo rmh org lain. Nak tdo kat rumah mama syg risau kan si Oncong (kucing mama) nnt pijak perut syg sbb Oncong kan tak suka syg tido kat katil mama.. Ingat syg rampas la tu..
Sudahnya minta B hantar syg kat rmh wan kt kampung Negeri Sembilan. Kesian B penat-penat kene hantar syg lps tu esk paginya balik semula ke KL. Nnt hari minggu B jemput syg semula. Dapat la 4 hari syg kt kg tu.Wan suka sgt time syg kat kg. Tp tu la masalah syg tak settle lg, syg still x cukup tdo. Dapat tdo cuma dalam stgh jam. Lepas tu mata ni segar bugar balik. 


Syg mula rasa something wrong.. Syg dah tak selesa nk buat apa saja kerja baik masak ke mengemas ke. Nak jalan pun x terdaya. Last2 kita decide balik taiping semula biar syg terus ambil cuti sampai bersalin. So kol HR, buat last cekup kat KKIA TTDI, then tghari tu trus balik taiping.  Time ni terasa la syg pengorbanan B kat syg.. Hope B blh trus kekal prihatin kt syg..

Tuesday 1 October 2013

Tanda melihat jantina, Benar @ Kebetulan @ Palsu ?? ~

Dari awal kehamilan lg syg suka buat research baik dari simptom atau apa sahaja yang berkaitan dengan ibu hamil. Part yg paling kerap syg surfing @ google adalah tanda hamil anak lelaki @ perempuan. Syg memang tak kisah dapat anak apa pun asalkan baby ni selamat dilahirkan, sihat, cukup sifat, alhamdulillah. Tapi saje la nak compare kan symptom2 yang syg alami sama tak dengan blogger yg lain. Ternyata rata2 ibu mengandung akan dapat simptom ni baik untuk baby boy or gurl. Syg pun ada tp.... B or readers (klu ada la...) nilaikan la sendiri..

1) Syg xde alahan muntah-muntah atau loya sgt. Kalau ada pun pagi time nak gosok gigi or bila syg pening dan tak cukup mkn baru muntah.

2) Sejak trimester kedua sampai sekarang dok menghitung hari ni baby mmg banyak gerak ke kanan. Kalau pergi checkup pun nurse akan kata baby kt belah kanan, nk cek jantung pun ada kt sebelah kanan. Syg pun kerap la tdo ngiring ke kanan juz dah msuk 8 bulan je x tentu tdo sampai kadang2 tak blh tdo malam pun.

3) Syg tak suka mkn ayam, even semalam konon mcm nk mkn ayam KFC tp seketul je blh masuk padahal sebelum preggy ni setakat peha yg comel tu xde hal lah 2 3 ketul. 

4) Syg rs tak bermaya je, lesu.. sampaikan kalau penat sgt mesti sebelah telinga tak dengar. Bila cek xde pe mungkin pembawakan la ni. Lagipun ofis syg tingkat 3 kene naik tangga. Selal sakit kepala, sampai nk iron baju tgk je jalur2 baju B dah pening. 

5) Syg rs selekeh sgt sejak preggy ni, pakai baju mana yg boleh je tak kisah la koyak ke kotor ke. Lepas tu malas je sampai tak kisah kalau rumah bersepah pun. Padahal sebelum preggy kepantangan syg tgk rumah mcm tongkang pecah..

6) Syg memang tak berapa pandai masak n tak la rajin sgt masak tp sebelum preggy mmg semangat je nak masak sebab ada tukang mkn kt rumah. Time preggy ni jd tak suka masak, klu masak pun tak jadi. Kari jadi sambal.. Gulai jadi apa ntah.. Masak nasi pn mentah. Kronik kan..

7) Perut syg nampak lonjong ke depan kalau berdiri tp kalau duduk nmpak bulat la sbb syg tak blh duk tegak. Kalau tgk kalendar cina, umur 27 persenyawaan bulan feb, sama je result dgn simptom.

Akibat dari pembacaan hati mula la kata ni mesti jantina... Tapi bila scan sampai buat 4d nak tau jantina nye,
...
...
...
...
...
...
...
...
..
..
..
..
..
.
.
.
.
.

Our baby is Gurl... ;)

Nama baby dua-dua jantina dah ada n now tungg masa je our baby lahir ke dunia.

Shopping baju baby ~

Lama dah syg teruja nak beli baju baby tp dek pesan orang tua2 selagi belum cukup 7 bulan jgn beli. So bila dah sampai waktu mmg gila la syg rs nak shopping. Selama ni dok tengok2 je.. Dalam pada gila nak shopping tu kene survey gak kat KL ni jgn hentam kromo je beli nnt membazir plak. Kene plak kala ada baby fair lagi bagus, jimat sikit. Lepas puas men survey akhirnya kita decide beli barang asas baby kat kedai Anakku di Ampang Point. Cash xde ni tp daddy baby kata takpe la swipe je kad dulu. Apalagi, ambil la bakul nk isi barang. Sekali tu dia 2 bakul barang.

Dapat la baju 4 pasang, botol susu avent 2 botol, towel, selimut and beberapa barang lain. Sekali tgk nampak tak la byk sgt tp tuuu diaaaa..
"cik, semnya Rm500++" tak tertelan air liur ye B.. Hehehe.. Normal la tu memula nk beli barang baby ni mana ada puluh2 kene plak mcm kita nk buat sederap. Itupun banyak yg tak complete. Tak habis kat sini je, balik je rmah dok la selak barang yg beli td sambil tu sanp gambar bg kat ibu. Esoknya blh plak wan ibu baby tambah shopping lg.. Total mmg makan riban.. Hai anak..anak.. Kehadiranmu dinantikan semua orang.. 





Doa Selamat kandungan 7 bulan ~

31 Ogos hari tu genap usia kandungan ni 7 bulan. So seperti yang dirancang, memandangkan masih lg dlm mood syawal so buat majlis doa selamat & rumah terbuka. Kalau dolu-dolu orang panggil majlis melenggang perut tapi zaman sekarang mana nak cari bidan. Lagi pun amalan dulu setakat adat je tak diharuskan pun. Memadai la buat doa selamat je, semoga syg dipermudahkan masa bersalin nnt.

Acara bermula tepat jam 10am bacaaan yasin oleh kaum wanita. Masyallah unaspected tetamu yang hadir baca yassin pagi tu lebih 30 orang. Memang penuh dalam rumah sampai kene duduk kat porch luar. Selepas tu diikuti dengan bacaan doa selamat oleh kaum lelaki. Pun penuh dalam rumah. Dah siap semua baru la sesi menjamu selera. Macam-macam menu ada untuk 200 orang. Sekali la dengan jamuan raya so kiranya makan2 ni bermula dari 12 tghari sampai 2ptg. Main menu nasi minyak & nasi putih lauk kari ikan, dalca daging, sambal udang, sayur campur dan buah. Tambahan menu ada laksa, satey, lemang, rendang dan nasi himpit. Plus sempena birthday Balqis ada sambutan sekali dengan mkn kek. Budak2 dapat kek sepotong, goodies bag ada segala macam jajan & coklat dan duit raya dari syg.

Namun jam dah 5pm tp tetamu masih tak putus-putus datang expecially sedara-mara. Apa lg, mmg licin la segala makanan yang ada dalam rumah. Dianggarkan lebih 300 org yg datang.. Alhamdlilah.. Cuma risau and ada rasa bersalah sikit pada yg lewat datang coz makanan byk dah habis. Sampi tuan rumah pun xde makanan untk dinner, sudahnya kami semua makan kat Kuala Gula. Asya la ni dok menyebut soft crab sedap kat sana so jomm je.

Ni pic menu our dinner ;





Hubby berubah ~

Alhamdulillah... Syukur padaMu kerana makbulkan doa syg. B nak tau tak hari-hari syg berdoa semoga dibukakan pintu hati B untuk menjadi seorang suami yang lebih prihatin pada isterinya. Pada malam sebelum B berubah syg menangis-nangis luahkan segala apa yang terbuku dalam hati syg ni. B pun mulanya taknak terima tuduhan syg kata B tak ambil berat kat syg, selalu leka dengan laptop.

Agaknya mlm tu B pun tak boleh tidur dok fikir apa yang syg cakap sampaila esoknya B bangun awal tak kejut syg pun lepas tu terus kemas rumah, basuh pinggan, angkat kain. Keletung keletang bunyi sampai syg pun terjaga, apa la yg B tengah buat tu. Syg bangun je terus B hug n kiss lepas tu tanya syg nk breakfast apa. Lama syg terdiam duk pikir ni reality ke mimpi je. Apa pn syg berdoa moga perubahan B ni berkekalan dan berterusan.. Aminn..