Selamat Datang


Tuesday 6 May 2014

Migrain oh migraine ~

Sebebelum mummy El nak cerita pasal penyakit yg dihidapi ni, mummy El nak bg pencerahan sikit. Manatang apa yang dipanggil Migraine tu?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan mengambil masa yang panjang (berjam-jam or berhari-hari) untuk pulih sehingga seseorang itu tidak boleh melaksanakan kegiatan hariannya. Kebiasannya penghidap akan berasa sakit dari bahagian kening, atas kepala (sebelah kepala atau kesemuanya).

Mana datang penyakit tu??
Kalau ikut kajian, migraine boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migraine saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migraine boleh disebabkan faktor keturunan.

Petanda nak datang hantu migraine….
- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara hindari migraine...
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Lately ni Mummy El selalu dapat migraine, kekerapan dalam sekali sebulan tambah2 lepas bersalin ni makin kuat tahap kesakitannya. Alkisah jumaat (sehari selepas hari buruh hari jumaat tu..), rasa pening je kepala masa bangun pagi. Takde niat pun nak pontang keje tp memang lemau dah badan. Siap je pakai baju nak pergi kerje terus tebaring atas katil pasal kepala dah mantong-mantong. Apahal lak ni?? Incik hubby pun pelik tetiba je dah baring tapi dia cool je la cakap, “Syg tak sihat ke ni? Syg rehat la camtu, salin baju balik. B nak g keje dulu nanti apa2 inform B tau” Gitu la amanat si somi… Baring nye baring kul 10am terjaga terus tepuk dahi. Laaaaa.. lupa nak inform bos. So msg la Mr Boss lak tp as usual dia x pernah reply pun.  Actually hari ni hari kedua Mummy El berpuasa sunat sempena bulan rejab. So tak dapat makan ubat, pergi la bawa mandi.  Dah rasa segar sikit terus bersiap nak keluar pergi klinik.

Oleh kerana dah selesa dengan klinik sebelum ni so just repeat visit kat klinik yg sama, Qualitas Klinik Kota Damansara. Dr syamala, ok orangnya friendly then suka share benda yang bagus. Malangnya masa pergi tu Dr Syamala takde so jumpa doc lain plak. Doc tu bg ubat yang sama mcm sebelum ni just suruh mkn 2 biji terus bila sakit. Ubat ni akan buat rasa mengantuk so Doc bg MC hari tu. Muka ade senyum la dapat MC so even kepala sakit tp rasa nak merayap lg. Teringat geran kereta yang tak ambil lg so decide nak pergi Bank Islam ambik. Guna GPS kereta dari klinik ni just 13km je, tak la jauh sgt boleh la terus pergi. Alih2 tu dia kene masuk dalam KL jem bagai. Ngap teru kepala ni sampai mummy El tak boleh drive balik. Kul 9 malam stuck tak dapat balik rumah.. Tu diaaaa... penangan migrine.

Berjauhan denganmu anak ~

Huhuhuhu… huwaaaaaaaa….Menggogoi –gogoi Mummy El nangis masa nak balik KL. Mummy and daddy tak dapat jaga El buat sementara ni coz takde rasa percaya kat org area rumah ni. Parents El tinggal rumah apartment je, environment kat sini mostly foreigner. Mummy tak jumpa pun orang yang betul2 nak jaga baby macam area luar KL tu. Kat Damansara ni ramai nak jaga baby coz nak duit je sedangkan tak minat dan tak suka baby pun. So El kene la duduk dengan wan ibu and tok abah dulu tau. Mummy kerja, daddy pun kerja. Kerja IT ni tak tentu masa, lagi la mummy risau mcm mana nak uruskan El kalau stay sekali. But mummy promise every month or twice per month mesti mummy balik tgk El. Kalau dapat every week la tapi mummy tak boleh pentingkan diri je coz ada nani El kat sini juga. Kene tengok nani, El, nyang, untuk rumah skali.. Penat tapi mummy puas tengok El selamat kat sana just mummy terkilan tak dapat tengok El membesar depan mata sepenuhnya.

So setiap malam, rutin kita kene skype. El tak pandai cakap pun takpe asalkan mummy boleh tgk El. Bila El dah mula pandai senyum ketawa, sukanye la mummy.. Rindu nye kat El.... I love u, sayang....

El usia sebulan...


El 2 bulan...


El 3 bulan...

Dah makin bam bam anak mummy and daddy ni.. ;)


Monday 5 May 2014

44 hari dan akikah Eliza ~

Mummy El baru sebulan lahirkan El, dalam tempoh berpantang lagi tp ke hulur hilir berjalan siap drive sendiri lg. Semua orang bising kat mummy El, tak berhati-hati , banyak sangat gerak nanti boleh bentan. Mummy El ni pantang makan je coz nak diet lain2 sesah je. Baru 3 hari bersalin mummy El dah kene keluar pergi klinik ibu dan anak coz El ada kuning . Terkial-kial mummy and daddy El masa bawa kat klinik tu. 1st time datang tak tau nak pergi mana dulu, nak kene buat apa. Sudahlah ramai orang walhal baru pukul 8.10am. Sedapnye tengok El tido kat pangkuan mummy. Hampir sejam lepas register baru la nama El kene panggil untuk chekup. 

Sedih nye mummy nak nangis macam El juga bila sister kat klinik tu cucuk tumit El nk ambil darah. Sakit ye sayang.. Pujuk-pujuk tak jalan, yelah maybe El tak faham. Sumbat susu baru la diam sikit tinggal sedu sedan je. Kene tunggu setengah jam lagi baru result keluar kuning El bacaan 11. Tak tinggi sangat tapi esok kene datang lagi untuk cek.. Balik je rumah wan ibu suruh bagi El anggur hijau. Alhamdulillah ada keberkesanannye. Esok dah turun bacaan kepada 9. Dek kerana mummy ni malas bebenor nak tunggu lama kat klinik ibu dan anak gomen ni so decide lepas ni El checkup kat Hospital Colombia je lah. Mahal sikit takpe asalkan El dan mummy selesa, tak ambil masa yg lama, direct jumpa doctor.


Itu cerita tempoh seminggu selepas kelahiran El, lepas sebulan pulak mummy keluar sensorang pergi panjat tangga bank. Nak buat loan??? Apa pulak.. Syukur rezeki El murah, ada je yang datang tengok El and mummy mesti sedekah duit kat EL. Takut mummy pegang kat tangan nanti gatal terpakai pulak. Tu yang mummy willing pergi SSPN dan tabung haji buatkan simpanan untuk El. Tak terus balik tu lepas pergi bank, pergi pulak mall nak survey barang nak buat event aqiqah El nanti masa El 44 hari. Believe or not, lahir je EL kat dunia ni, mummy terus bersemangat nak buat apa sahaja yang terbaik untuk El. Mummy nak El pakai baju yang cantik selalu, makan benda yang berkhasiat, guna barang yang bagus. Rasanya semua mummy kat dunia ni sama je kan.  Then masa majlis aqikah tu mummy taknak membazir sangat sambil tu mummy teringin nak buat projek DIY (do it yourself).  

Mummy El ni bz je takder masa sangat nak hupdate blog skang tapi macam2 nak story mory, so mummy EL post je la gambar event akiqah tu kat sini..

Car seat yang dah dihias menjadi ala-ala buai berendoi El dengan dikelilingi anak patung dari sekecik kaki El sampai 2x ganda besar dari EL..


Taraaa... Bunga telur buatan mummy EL, printed label sendiri and dalam tu ada buku surah amalan dengan jajan.


Inilah Princess mummy and daddy.. ;)


Our daughter, Eliza ~

Selamat datang my princess.. Her name Eliza, tapi still nak panggil shortname. El, kesayangan mummy dan daddy ni, moga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah, patuh padaNYA, pada ibu bapa dan menjadi anak yang berguna. Aminnn…  We love u so much….

Gambar El 10minit lepas dilahirkan.. Comeyyy tak saya????

Hari yang dinantikan ~

“Uhuk..uhuk.. B, syg kene bersedih ke happy ye sekarang? B, nanti nak bersalin rasa apa? B, nanti sakit ke syg? B, nanti masa syg nak bersalin duduk je sebelah syg tau, jgn pergi mana-mana tau..” Pagi jumaat 15 November 2013, ikut appointment syg kene admit ward untuk force bersalin. So macam-macam wasiat la pesan kat hubby..
“ B, nanti kalau jadi apa- kat syg, B jaga anak kita elok-elok ye..”
“Ish syg ni kesitu pulak, jgn fikir bukan-bukan. B doakan syg selamat lahirkan anak kita and kedua-dua nya sihat. B akan sentiasa berada di samping syg. Kalau boleh B nak rasa kesakitan syg tu. B hargai dan bersyukur sgt syg bakal melahirkan zuriat kita.. “ Syahdu nye ayat hubbyku ni, ni yg nak teriak lg.. Huwaaa…

“ B, ampunkan salah silap syg selama kita bersama dan halalkan makan minum syg ye” Laki bini nangis mcm tak jumpa dah je lps ni. Tak dapat syg gambarkan perasaan , bercampur baur ada sedih, happy, takut.. Sebelum pergi hospital syg salam pula tangan ibu abah and adik-adik minta ampun semua dan mohon dipermudahkan segalanya.. Doktor suruh datang pukul 9am, pukul 11.30am baru sampai. Saje je lengah-lengahkan masa lagi pun syg takde rasa sakit.  Sampai je hospital, hubby tolong register admission syg masuk wad. Kalau ikut pakej nak ambil kelas 1 (sorang 1 bilik ) tapi penuh lak so ambil je kelas dua (2 org sebilik). Sebelum masuk wad kene jumpa Dr. Khairul dulu.
“Macam mana perasaan skang?” erk.. terkedu takde jawapan nak bg kat doc just senyum simpul je.
“Awak jgn fikir negative, fikir sekarang nak lahirkan anak, tgk anak, dan doakan semuanya berjalan lancar nanti, insyallah. Awak baring sy nak tgk bukaan, ada progress tak.” Haaa.. again kene seluk, tak sakit tapi malu giler seh, doctor ni mesti perasan coz everytime dia nak tgk syg nye confirm kaki syg ketorrr..
“Dah 3cm ni, awak masuk wad dulu lg sejam sy datang cek lagi. Ada rasa sakit tak sekarang?” Geleng kepala je syg ke syg tak kenal rs sakit tu tak tau lah. Yg pasti boleh berjalan dgn aktif lg smpai nurse nak offer wheelchair pun syg taknak coz larat lg nak jalan.  Dalam wad, syg pilih nak yang dekat dgn toilet coz nnt senang nak bagun xde kacau jiran sebelah. Ni lah dia hospital swasta, selesa je rasa sampai boleh mempengaruhi minda dan hati syg jadi tenang.  Staff pun mesra, daripada nurse , midwife dan doctor semuanya friendly.. Dah macam cek in hotel, siap bagi 1 beg ada kain, tuala kecik, berus gigi, ubat gigi, sikat.  Lepas sejam Dr. Khairul datang balik cek syg.

“Eh, bukaan dah 4cm. Agak cepat ni, jd awak boleh bersiap kita msuk labour room sekarang ye.” Erk, seriau dah.. Tenang lah hati, mummy nak berjuang ni baby demi mu anak, moga selamat semuanya dan permudahkan segalanya. Jam-jam tu la rasa nak terberak dan mmg betul berak , perut pun mula ada rasa lain macam sikit. Tak tau ni contraction ke syg ni yg dah takut sgt.
Dalam labour room, syg hanya nampak katil, alat pernafasan, meja nurse dan mesin electronic fetal monitor (alat yang pakai kat perut nak tgk heart beat baby n contraction). Takde la benda pelik-pelik, ingatkan macam bilik bedah. Midwife dia tak ingat nama tapi serius mmg baik and lemah lembut je orangnye. B keluar masuk labour room sesuka hati pun dia tak kisah. Siap offer lagi syg kot nak mkn ke minum ke tp syg tak lalu lah plak. Jam dah pukul 12.45pm. Hubby kata nak teman syg so tak pergi la solat jumaat harini, just solat zohor je nanti. Syg masih takde rasa sakit. Kalau ikut mesin tu if lebih 20 maknanya ada contraction if below 20 kira xde lah. Tapi mesin tu tunjuk 60 kejap2 sampai 80, syg xde rasa sakit mana just memulas macam nk berak tu sesekali. Doc tgk syg relax je sempat lagi cakap nak hold syg and berlawak dgn syg.
“Awk nampak tenang je lg ye.. bagus tu. Sempat ni sy ni pergi solat jumaat . Baby nak keluar lepas solat jumaat tu.” Syg senyum  tak kata apa lepas nampak doctor mcm pegang something tp tak sure apa dia. Dia pecahkan air ketuban syg.. Waaa, panasnye rasa air ni. Tak tahu nak kata la byk mana tp banyak helai gak la nampak diorg tukar alas bawah punggung syg ni. Then doctor pun keluar tinggal kan syg dgn B, ada nurse sorg and midwife sorg. Alamak, pecah air ketuban ni syg dah mula rasa sakit memulas la kat perut. Bila mesin tunjuk 60 muka syg dah berkerut-kerut.. Oh tuhannn.. Ni ke rasa sakit bersalin. Setiap selang 5 minit syg rasa memulas.

Dah 2.30pm syg betul-betul rasa sakit sangat, memulas ni  non stop memang rasa macam nak berak.  B pegang je tangan syg kan sebab syg dah tak boleh duduk diam macam gelisah padahal masa ni rasa mcm nak menonggeng je . Midfiwe yg tgk tu terus seluk nak cek bukaan syg. Masa tu bacaan kat mesin sampai 99 hingga lebih seratus. Bukaan dah 8cm terus call doctor, berlari datang igt syg nak bersalin dah. Sampai je kat syg cek bukaan lepas tu doctor cuba nak tenangkan syg. Boleh nak bawa berbual, cmne nak jawab sakit sgt ni. Tak putus-putus syg berdoa b.. Akhirnya , jam 3.50pm syg selamat melahirkan anak kita. Tak perlu paksa, anak ni mmg nak lahir hari jumaat ye.. Alhamdulillah…



Macam ni la alat tu dipasan kat perut. (ni sumber dari google)

Doa amalan selama hamil ~

Ini ada beberapa surah yg syg selalu baca dan amalkan. Takdelah dalam satu hari syg habiskan semua surah ni. Kadang-kadang sehari 1 surah, tak pon sehari 2-3 pages je baca.

·  Surah al-Fatihahuntuk terangkan hati dan kuat ingatan
·  Surah at-Taubahuntuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
·  Surah Yusufuntuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
·  Surah Nahluntuk memperolehi anak yg berdisiplin
·  Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
·  Surah Luqmanuntuk memperolehi anak yg cerdik
·  Surah Yaasinnuntuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
·  Surah Hujratuntuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati

Tambah lagi dengan doa ni , jadikan amalan. Syg memang amalkan start dari tahu diri ni pregnant sampai la dah nak bersalin. Insyallah..

" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)


"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair"
Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulit

Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan

38 minggu 5 hari ~

Ke hulu ke hilir..ke hulu ke hilir.. Kejap2 pegang perut, usap-usap panggil baby. Mmmm.. baby response. “Baby, bila nak keluar ni, baby nak keluar time due ke? Mummy tak kisah tapi mummy risau la coz hari tu dah ada bukaan 2cm masa jumpa doctor and now dah ada keluar darah sikit-sikit. Memang mummy tak rasa sakit but is it fine if this happen to me??

So 13 November tu, pergi lah syg with ibu and abah bertemu Dr. Khairul. Ohh..nebes nebes..
"Assalammualaikum, awak apa khabar?" Masuk je bilik doktor Khairul ni dah tegur syg dengan senyum manis. "Since hari tu saya tunggu je mana patient saya ni tak datang. Dah bersalin ke?" Mana nak datangnye doktor, sakit pun idakk.. Terkezut doktor bila bagi tau dia yang syg tak rasa sakit lagi.
"Awak baring, saya nak cek bukaan ni. Agak pelik juga saya sebab dah ada bukaan dan tanda tapi awak still tak rasa sakit. Saya risau kat awak pun ye kat baby apatah lagi. Sebab ada kemungkinan baby dah berak kalau dah ada bukaan lepas tu lama dah ni." Apa maksud doktor tu? Kurang kefahaman di situ...
Maknanya bila baby dah berak dalam perut ibunya, nanti baby tersedut najis tu masuk dalam peparunya then boleh menyebabkan baby tu tak bernafas maka tak dapat menangis..Lepas tu bla..bla..bla..

Syg dah tak boleh dengar lagi risau bukan main dah. Kalau macam tu apa perlu buat sekarang doktor.
"Bukaan masih 2cm tapi dah nipis, saya boleh rasa kepala baby. Tak lama dah ni mungkin dalam sehari dua ni awak bersalin lah tapi awak sakit ke tak hari jumaat nanti masuk wad ye. Saya pun tak nak ada sebarang komplikasi antara ibu dan anak. Macam-macam boleh jadi kalau masih nak tunggu." Doktor lebih arif situasi syg so ikut je la mana yang baik. Dalam pada tu tak putus2 mulut ni berselawat mohon dipermudahkan semuanya...