Selamat Datang


Monday 5 May 2014

38 minggu 5 hari ~

Ke hulu ke hilir..ke hulu ke hilir.. Kejap2 pegang perut, usap-usap panggil baby. Mmmm.. baby response. “Baby, bila nak keluar ni, baby nak keluar time due ke? Mummy tak kisah tapi mummy risau la coz hari tu dah ada bukaan 2cm masa jumpa doctor and now dah ada keluar darah sikit-sikit. Memang mummy tak rasa sakit but is it fine if this happen to me??

So 13 November tu, pergi lah syg with ibu and abah bertemu Dr. Khairul. Ohh..nebes nebes..
"Assalammualaikum, awak apa khabar?" Masuk je bilik doktor Khairul ni dah tegur syg dengan senyum manis. "Since hari tu saya tunggu je mana patient saya ni tak datang. Dah bersalin ke?" Mana nak datangnye doktor, sakit pun idakk.. Terkezut doktor bila bagi tau dia yang syg tak rasa sakit lagi.
"Awak baring, saya nak cek bukaan ni. Agak pelik juga saya sebab dah ada bukaan dan tanda tapi awak still tak rasa sakit. Saya risau kat awak pun ye kat baby apatah lagi. Sebab ada kemungkinan baby dah berak kalau dah ada bukaan lepas tu lama dah ni." Apa maksud doktor tu? Kurang kefahaman di situ...
Maknanya bila baby dah berak dalam perut ibunya, nanti baby tersedut najis tu masuk dalam peparunya then boleh menyebabkan baby tu tak bernafas maka tak dapat menangis..Lepas tu bla..bla..bla..

Syg dah tak boleh dengar lagi risau bukan main dah. Kalau macam tu apa perlu buat sekarang doktor.
"Bukaan masih 2cm tapi dah nipis, saya boleh rasa kepala baby. Tak lama dah ni mungkin dalam sehari dua ni awak bersalin lah tapi awak sakit ke tak hari jumaat nanti masuk wad ye. Saya pun tak nak ada sebarang komplikasi antara ibu dan anak. Macam-macam boleh jadi kalau masih nak tunggu." Doktor lebih arif situasi syg so ikut je la mana yang baik. Dalam pada tu tak putus2 mulut ni berselawat mohon dipermudahkan semuanya...

No comments:

Post a Comment