Selamat Datang


Monday 5 May 2014

Hari yang dinantikan ~

“Uhuk..uhuk.. B, syg kene bersedih ke happy ye sekarang? B, nanti nak bersalin rasa apa? B, nanti sakit ke syg? B, nanti masa syg nak bersalin duduk je sebelah syg tau, jgn pergi mana-mana tau..” Pagi jumaat 15 November 2013, ikut appointment syg kene admit ward untuk force bersalin. So macam-macam wasiat la pesan kat hubby..
“ B, nanti kalau jadi apa- kat syg, B jaga anak kita elok-elok ye..”
“Ish syg ni kesitu pulak, jgn fikir bukan-bukan. B doakan syg selamat lahirkan anak kita and kedua-dua nya sihat. B akan sentiasa berada di samping syg. Kalau boleh B nak rasa kesakitan syg tu. B hargai dan bersyukur sgt syg bakal melahirkan zuriat kita.. “ Syahdu nye ayat hubbyku ni, ni yg nak teriak lg.. Huwaaa…

“ B, ampunkan salah silap syg selama kita bersama dan halalkan makan minum syg ye” Laki bini nangis mcm tak jumpa dah je lps ni. Tak dapat syg gambarkan perasaan , bercampur baur ada sedih, happy, takut.. Sebelum pergi hospital syg salam pula tangan ibu abah and adik-adik minta ampun semua dan mohon dipermudahkan segalanya.. Doktor suruh datang pukul 9am, pukul 11.30am baru sampai. Saje je lengah-lengahkan masa lagi pun syg takde rasa sakit.  Sampai je hospital, hubby tolong register admission syg masuk wad. Kalau ikut pakej nak ambil kelas 1 (sorang 1 bilik ) tapi penuh lak so ambil je kelas dua (2 org sebilik). Sebelum masuk wad kene jumpa Dr. Khairul dulu.
“Macam mana perasaan skang?” erk.. terkedu takde jawapan nak bg kat doc just senyum simpul je.
“Awak jgn fikir negative, fikir sekarang nak lahirkan anak, tgk anak, dan doakan semuanya berjalan lancar nanti, insyallah. Awak baring sy nak tgk bukaan, ada progress tak.” Haaa.. again kene seluk, tak sakit tapi malu giler seh, doctor ni mesti perasan coz everytime dia nak tgk syg nye confirm kaki syg ketorrr..
“Dah 3cm ni, awak masuk wad dulu lg sejam sy datang cek lagi. Ada rasa sakit tak sekarang?” Geleng kepala je syg ke syg tak kenal rs sakit tu tak tau lah. Yg pasti boleh berjalan dgn aktif lg smpai nurse nak offer wheelchair pun syg taknak coz larat lg nak jalan.  Dalam wad, syg pilih nak yang dekat dgn toilet coz nnt senang nak bagun xde kacau jiran sebelah. Ni lah dia hospital swasta, selesa je rasa sampai boleh mempengaruhi minda dan hati syg jadi tenang.  Staff pun mesra, daripada nurse , midwife dan doctor semuanya friendly.. Dah macam cek in hotel, siap bagi 1 beg ada kain, tuala kecik, berus gigi, ubat gigi, sikat.  Lepas sejam Dr. Khairul datang balik cek syg.

“Eh, bukaan dah 4cm. Agak cepat ni, jd awak boleh bersiap kita msuk labour room sekarang ye.” Erk, seriau dah.. Tenang lah hati, mummy nak berjuang ni baby demi mu anak, moga selamat semuanya dan permudahkan segalanya. Jam-jam tu la rasa nak terberak dan mmg betul berak , perut pun mula ada rasa lain macam sikit. Tak tau ni contraction ke syg ni yg dah takut sgt.
Dalam labour room, syg hanya nampak katil, alat pernafasan, meja nurse dan mesin electronic fetal monitor (alat yang pakai kat perut nak tgk heart beat baby n contraction). Takde la benda pelik-pelik, ingatkan macam bilik bedah. Midwife dia tak ingat nama tapi serius mmg baik and lemah lembut je orangnye. B keluar masuk labour room sesuka hati pun dia tak kisah. Siap offer lagi syg kot nak mkn ke minum ke tp syg tak lalu lah plak. Jam dah pukul 12.45pm. Hubby kata nak teman syg so tak pergi la solat jumaat harini, just solat zohor je nanti. Syg masih takde rasa sakit. Kalau ikut mesin tu if lebih 20 maknanya ada contraction if below 20 kira xde lah. Tapi mesin tu tunjuk 60 kejap2 sampai 80, syg xde rasa sakit mana just memulas macam nk berak tu sesekali. Doc tgk syg relax je sempat lagi cakap nak hold syg and berlawak dgn syg.
“Awk nampak tenang je lg ye.. bagus tu. Sempat ni sy ni pergi solat jumaat . Baby nak keluar lepas solat jumaat tu.” Syg senyum  tak kata apa lepas nampak doctor mcm pegang something tp tak sure apa dia. Dia pecahkan air ketuban syg.. Waaa, panasnye rasa air ni. Tak tahu nak kata la byk mana tp banyak helai gak la nampak diorg tukar alas bawah punggung syg ni. Then doctor pun keluar tinggal kan syg dgn B, ada nurse sorg and midwife sorg. Alamak, pecah air ketuban ni syg dah mula rasa sakit memulas la kat perut. Bila mesin tunjuk 60 muka syg dah berkerut-kerut.. Oh tuhannn.. Ni ke rasa sakit bersalin. Setiap selang 5 minit syg rasa memulas.

Dah 2.30pm syg betul-betul rasa sakit sangat, memulas ni  non stop memang rasa macam nak berak.  B pegang je tangan syg kan sebab syg dah tak boleh duduk diam macam gelisah padahal masa ni rasa mcm nak menonggeng je . Midfiwe yg tgk tu terus seluk nak cek bukaan syg. Masa tu bacaan kat mesin sampai 99 hingga lebih seratus. Bukaan dah 8cm terus call doctor, berlari datang igt syg nak bersalin dah. Sampai je kat syg cek bukaan lepas tu doctor cuba nak tenangkan syg. Boleh nak bawa berbual, cmne nak jawab sakit sgt ni. Tak putus-putus syg berdoa b.. Akhirnya , jam 3.50pm syg selamat melahirkan anak kita. Tak perlu paksa, anak ni mmg nak lahir hari jumaat ye.. Alhamdulillah…



Macam ni la alat tu dipasan kat perut. (ni sumber dari google)

No comments:

Post a Comment