Selamat Datang


Tuesday 6 May 2014

Migrain oh migraine ~

Sebebelum mummy El nak cerita pasal penyakit yg dihidapi ni, mummy El nak bg pencerahan sikit. Manatang apa yang dipanggil Migraine tu?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan mengambil masa yang panjang (berjam-jam or berhari-hari) untuk pulih sehingga seseorang itu tidak boleh melaksanakan kegiatan hariannya. Kebiasannya penghidap akan berasa sakit dari bahagian kening, atas kepala (sebelah kepala atau kesemuanya).

Mana datang penyakit tu??
Kalau ikut kajian, migraine boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migraine saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migraine boleh disebabkan faktor keturunan.

Petanda nak datang hantu migraine….
- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara hindari migraine...
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Lately ni Mummy El selalu dapat migraine, kekerapan dalam sekali sebulan tambah2 lepas bersalin ni makin kuat tahap kesakitannya. Alkisah jumaat (sehari selepas hari buruh hari jumaat tu..), rasa pening je kepala masa bangun pagi. Takde niat pun nak pontang keje tp memang lemau dah badan. Siap je pakai baju nak pergi kerje terus tebaring atas katil pasal kepala dah mantong-mantong. Apahal lak ni?? Incik hubby pun pelik tetiba je dah baring tapi dia cool je la cakap, “Syg tak sihat ke ni? Syg rehat la camtu, salin baju balik. B nak g keje dulu nanti apa2 inform B tau” Gitu la amanat si somi… Baring nye baring kul 10am terjaga terus tepuk dahi. Laaaaa.. lupa nak inform bos. So msg la Mr Boss lak tp as usual dia x pernah reply pun.  Actually hari ni hari kedua Mummy El berpuasa sunat sempena bulan rejab. So tak dapat makan ubat, pergi la bawa mandi.  Dah rasa segar sikit terus bersiap nak keluar pergi klinik.

Oleh kerana dah selesa dengan klinik sebelum ni so just repeat visit kat klinik yg sama, Qualitas Klinik Kota Damansara. Dr syamala, ok orangnya friendly then suka share benda yang bagus. Malangnya masa pergi tu Dr Syamala takde so jumpa doc lain plak. Doc tu bg ubat yang sama mcm sebelum ni just suruh mkn 2 biji terus bila sakit. Ubat ni akan buat rasa mengantuk so Doc bg MC hari tu. Muka ade senyum la dapat MC so even kepala sakit tp rasa nak merayap lg. Teringat geran kereta yang tak ambil lg so decide nak pergi Bank Islam ambik. Guna GPS kereta dari klinik ni just 13km je, tak la jauh sgt boleh la terus pergi. Alih2 tu dia kene masuk dalam KL jem bagai. Ngap teru kepala ni sampai mummy El tak boleh drive balik. Kul 9 malam stuck tak dapat balik rumah.. Tu diaaaa... penangan migrine.

No comments:

Post a Comment