Selamat Datang


Wednesday 26 June 2013

Kandungan 12 minggu ~

Sepatutnya 18 May ni, kita kene pergi cekup baby untuk 12 miggu kan B? Tapi banyak lak urusan kita minggu ni, last2 27 May tu pergi juga sebab masa tu syg tengah sakit perut teramat. Nape la tiba-tiba je mummy baby ni rasa sakit kt perut sampai cirit birit. Padahal B mkn apa yg syg mkn and B tak rasa sakit pun. Ecehhh dah mummy plak ye.. Sebenarnya plan kita nnt nak baby panggil syg Mummy and B Daddy, Insyallah. =)

Alang2 datang nak cek sakit perut kat TMC ni, cek la sekali perkembangan baby. Masa ni rasa riuh plak kat bilik Dr tu. Dr pun layan kami dengan baik sekali, habis semua benda kami nak tau tanya itu ini. 

“Ni kepala baby, yg putih ni tulang belakang dia. Tangan dia ni and kaki tak cukup sempurna lg pembesarannya tp masih  mengikut perkembangan sebenar bagi usia 14 minggu.” B, tangan baby dah gerak la. Tengok tangan dia naik atas pergi kat mulut.. Haa.. ni dah turun bawah lak. Aktifnye anak kita B.. Dr senyum je tengok kerenah parents macam kami ni. Ye la sapa tak excited kan.


“1..2..3..4..5..”
“Apa Dr kira tu?” Kami dah cuak plak..
“Ni.. jari dia dah Nampak..” Fuhhh.. suspen je Dr ingat apa td.. 

Alhamdulillah, anak mummy hampir sempurna sifatnya. Lama betul scan perut nak tengok baby ade la dekat 1/2jam. Lepas tu baru la sesi soal menyoal dengan Dr apa yg berlaku kat syg. Syg pun citer la kat Dr memula rasa gatal kat celah kelangkang ni. Malam mmg ssh nak tido dok menggaru sampai luka2 dah. Buh cream gatal tak function pun. Sekarang plak syg duk sakit perut sampai cirit birit.

“Kalau gatal kat situ sebab keputihan wanita hamil akan keluar lebih dr biasa. Nanti sy akan bg ubat antibiotic dengan masukkan kt ubat ikut bawah” Erkk.. seriau, mujur Dr perempuan..

“Puan sakit perut kalau bukan disebabkan salah mkn itu normal bila mengandung atau sebenarnya ia dipanggil crème. Sy akan bg ubat cirit birit dan ubat sakit perut. Makan bila perlu ya puan. Oleh itu, sy bg MC 2 hari then If tak OK lg puan dtg semula ye.”

Oooo.. baru syg tau ni la rasa crème kt perut. Checkup seterusnya bulan depan.. Sama-sama kita nantikan perkembangan baby ye..

Kandungan 8 minggu ~

Pada 13 April 2013, kandungan syg dah cecah 8 minggu @ 2 bulan. Hari ni pulak ada checkup lg kat TMC nak tgk jantung anak kita. Risau je ms je nk pergi hospital tu. Tp tulah tak baik fikir bukan2 Cuma berharap sangat agar semuanya selamat.                                                                                                                               
.
.
.

Dug dag..Dug dag.. Dug dag “Puan dengar tak bunyi jantung dia.? Dengar bunyi bagus, pembesaran dia pun bagus mengikut usia.” Alhamdulilah.. Menangis syg sebab happy sgt. Anak kita B… Takjub syg dgn kebesaranNYA, apa yg kita Nampak bila Dr scan hanyalah satu bentuk tapi dah mempunyai jantung. Tak sabra syg nak tunggu perkembangan seterusnya..

Simptom-simptom ibu hamil ~

Sebaik syg disahkan hamil maka bermula la simptom2 hamil seperti ibu-ibu mengandung lain. Bak kata hubby, waktu ni la kalau nak kenal perangai isteri yg pelik ni. Syg tak perasan lak pelik ke tak. Kat bawah ni syg list kan apa yg biasa wanita hamil rasa (dr incik google) dan apa yg syg rs.


1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

=> Syg tak rasa mengidam apa pun expecially yang pelik2 and minta-minta takdelah sampi syg dah nak bersalin nnt. Tapi kalau syg ternampak makanan tu lepas tu rasa nak mkn, adalah selalu. Syg skang jd penggemar sushi, mmg pantang jumpa.


2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

=> Yang ni mmg betul dan sangat ketara. Makin hari makin gelap la lepas tu membesar. Huhuhu..



3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

=> Time ni syg mmg tengah pelik asik nak kencing je, selang 5 minit nak kencing lg sampai tak boleh gerak jauh dari bilik air. Sampaila satu malam syg perasa ada keluar darah dah nak nangis tgk sebab takut. Rupanya petanda =)


4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

=> Tabahlah hati pada sesiapa yg keluar dengan syg expecially Mr Hubby, kalau keluar mmg keje asik nak g toilet je.


5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

=> Syg takde pulak rasa letih Cuma bila perut dah besar bru terasa letih tu.


6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.


7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

=> Tiba2 syg tak suka mkn ayam dan makin pelik apabila syg yg x makan sayur ni jd penggemar sayur.. Pelik tp benar. Buah pun syg suka mkn.


8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

=> Yg ni tak selalu pun Cuma rasa loya je bila nak gosok gigi. Lepas tu kalau nk kira muntah pun jaranglah sgt Cuma kalau sekali muntah bukan morning sickness dah namanya, kt syg jd whole day sickness.


9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

=> Lps kahwin haid ni jd tak menentu dah, memang tiap2 bulan ada datang tp biasa semingu dah jd 2-3 hari je tu pun sikit mcm spotting je.


10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

=> Alhamdulillah.. baru tak dating 3 hari cek UPT positif. Kalau dah rezeki cepat je, bulan sblmnya yg nak gugur tu dah seminggu xde cek upt pun negative. Ni la nama rezeki.

Bebas Penyakit ~

“Alhamdulillah puan, ujian air kencing menunjukkan puan dah bebas dari kuman kencing kotor ni. Kita buat scan ada Nampak kantung tp belum nampak janin, mungkin kerana awal lg. Bila kandungan dah cecah 8 minggu puan datang semula dan kita cek samaada janin ni selamat ke tak dengan cek degupan jantung dia. Setakat ni hanya 80% je sy boleh kata.” Syukur padaMU.. masih ada cuma belum tahu keadaan sebenar dia lg. Yang penting sekarang syg dah sihat dan syg janji syg akan jaga kesihatan syg sebaik mungkin demi menjaga zuriat kita ni nnt. Insyallah.. Dalam kata dah sihat pun bil hospital ni tinggi betul. Ni la pengorbanan seorang suami, kene lg caj rm300. Dr minta syg mkn lg Duphaston untuk kuatkan rahim.


Kencing kotor ~

Dah beberapa hari syg sakit kat pinggang ni. Tapi malam ni syg dah tak blh tido. “B, tolong syg, sakit sangat pinggang syg ni.” Baru je pagi td dapat gud news tp skang kenapa syg sakit pinggang, ni symptom pregnant ke B. Menangis sampai meraung syg tak tahan sakit. “Sabar syg, pagi2 esok kita g hospital ye.” Malam tu B pun tak dapat tido gak tolong picik pinggang syg, pujuk syg..

Pagi-pagi hari selasa ni kita dah keluar nak cari hospital. Adat la duk kat area damansara ni. Jalan jem, so syg kene bertahan lagi. Nak pergi GH Sungai Buloh, alamat syg dah pengsan baru sampai hospital agaknya. So kami try private yang murah sikit Pusrawi Hospital, Kota Damansara. Malangnya….

“Maaf ye puan doctor sakit puan hanya Lelaki je yang available itupun petang nnt, kalau Dr. perempuan puan kene datang Bulan depan sebab Dr tu tengah tak sihat.” Lorrr… kecewa dengar. Syg mmg taknak Dr lelaki cek.. Aishh malulah..

Dah takde pilihan lain, kita pergi je Private Hospital dekat dengan rumah ni, Tropicana Medical Centre. Mesti mahal kan. Tapi B kata xpe, guna apa yg ada dulu. B swap kad kredit je lah. Syg jgn risau pasal tu yg penting syg sihat. Terharu syg dengar.. Thanks B, I Luv u so much… Cousin syg, Kak Lang ada kerja kat hospital ni, hope cepat la sikit semua procedur.

Sampai je kt sana, Kak Lang dah tunggu then terus kami pergi ke bahagian sakit puan @ OnG dept. Syg bg IC, B yg tolong register kan. 5 minit lepas tu nurse panggil suruh syg timgbang berat badan, then masuk bilik fist cekup utk cek tekanan darah dan ambil semua maklumat. Berat syg masa ni dah start naik pun 48kg, cepat betul dari 42kg masa nikah 3 bulan lps tu 48kg. Huhuhu…

“Puan, nape ni muka nmpak pucat. Tekanan darah puan tinggi ni.” Nurse tu pun dah tunjuk muka risau kat syg, agaknya dia ingat syg just nk cek biasa je. Sakit pinggang syg datang balik, nk bercakap pun susah.

“Isteri sy mungkin hamil nurse. Kami hanya cek dgn UPT semalam, then result positif. Lps tu malam tadi dia mengadu sakit pinggang sangat sampai tak boleh tidur. Ni yg dtg nk cek semua dan kenapa jd mcm ni.” B yg bagi semua maklumat kat nurse.

“Ok kalau macam tu kita buat urine test sekali lg ye.” Lps buat urine test, kita pergi jumpa Dr Pakar, Dr Hazinat. Melihat condition syg yg mcm sakit sgt Dr prefer syg buat blood test n mungkin syg kene admit. Mata syg nak terjojol dah.. Alamak.. Hospital bayor ni, ntah brape la charge dia. “Teruk sgt ke sakit sy ni Dr?” Syg mmg dah risau bab bayar2 ni. Syg pun sedar kita tak berkemampuan pun nk biayai kos hospital yg mahal ni. “Dalam tempoh selepas ambil blood test, sy akan bg ubat tahan sakit, ubat muntah melalui enjection. Tapi puan kene masuk observation room @ ward day care je dulu. If ok, puan blh discharge if tak puan kene admit.” Panjang lebar penerangan Dr.

Sblm ambil darah, syg rs lapar sgt so Dr advice suruh makan dulu.Lagipun dah masuk lunch hour. Baru setengah jalan nk pergi café hospital syg dah tak larat nak teruskan. Sakit sgt dah pinggang ni. So Hubby pun terus pergi ambil wheelchair untuk syg. Comel je kerusi ni, mmg nampak gaya org sakit tp still blh snap gmbar.. hehe..

Nak makan pun tak lalu coz sakit sangat, juz mkn mee grg sikit untuk alas perut. Lps siap mkn, syg kene ambil darah then msuk ward untuk suntik ubat. Meanwhile, syg kene rehat tido lepas tu coz effect dari ubat tu sepatutnya syg kene tido. Tapi tak sampi 5 minit pun syg tdo lps tu terjaga, walaupun pandangan syg time tu mcm kabur2, kepala pening2.. Hubby suruh syg rehat je sementara dia nk balik jap ambil laptop.  Bosan syg dah la mata x boleh lelap hubby lak nak balik rmh jap. So syg whatsapp Kak Lang minta temankan syg. Besar n selesa ward ni. Satu bilik ada 1 bed include TV, kerusi rehat, toilet. Entah berapa la caj bilik ni nanti. Kak Lang kata setakat prosedur yg syg dah buat td mungkin dah cecah Rm400. Tak tertelan air liur syg dengar. Syg harap syg cepat sembut then xde lah nak sshkan B lg.

Lepas 2 jam, nurse datang pantau keadaan syg. Sambil bagi ubat mkn. Lps tu syg rehat balik sampai kul 5 petang nurse minta syg jumpa Dr. Syg kata kat Dr syg dah ok tak sakit sgt. Dr pun senyum je, agaknya memahami keadaan kita. Result dah pun keluar so Dr explain satu per satu apa yg berlaku.

“ Ada berita baik dan tak berapa baik.” Suspen je Dr ni buat syg risau la. “Yang baiknye, awak mmg mengandung tp keadaan awk tak berapa baik. Kebanyakan wanita dapat penyakit kencing kotor terutama selepas kahwin cuma awk ni dah tahap teruk sedikit hingga dah melibatkan pinggang. Tambah pulak awak mengalami dihidrasi yg teruk. Oleh itu, awk kene mkn ubat2 yg sy beri , banyakkan minum air, banyakkan rehat. Sy bagi awak MC dr harini sampai jumaat ni. Tentang kandungan awk, jgn terlalu mengharap kerana kuman ada dalam bdn awk cuma berdoa la semoga kuman tu tak menjejaskan kandungan awk. “ Nak mengangis syg dengar apa Dr cakapkan ni.. Kita baru je dapat berita gembira kan B tp kenapa kita diuji mcm ni..


Seminggu la syg bed rest kat rumah. Nak buat apa pun ssh hubby yang banyak bantu. Tapi masuk hari ke-4 kesakitan kat pinggang syg beransur hilang. Selasa depan syg kene cek balik kuman tu masih ade lg ke tak. Padan la Dr tak wish tahniah ke apa, takut kita berharap sgt agaknya kan.. Berdoa lah B, moga janin ni dapat diselamatkan sehingga dia dilahirkan.. Insyallah.. Dalam syg kene mkn ubat yg Dr bekalkan. Mmg patut kene mkn coz total bil syg setakat hari ni  Rm600++..  Mujur ada suami penyayang yg membantu.. Hubby kata ‘Demi isteri tercinta’..

Alhamdulillah, Syukur.. ~

“B, masuk hari ni dah 2 hari syg tak datang bulan. Kita buat test nak.?” Syg rasa curious sgt nak tau ni.

“Elok kita tunggu lg seminggu, tp kalau syg nak buat test juga mlm ni kita beli UPT , pg esk test ye..” Nak beli 2 la, satu buat esk satu lg seminggu kemudian if esk tak nampak.. Dalam hati ni tak henti-henti berdoa moga ada petanda baik syg tak datang period kali ni.

Esok nye pagi-pagi nk buang air tu, syg pun buat la test tu.. dup dap..dup dap..dup dap..




B… Menjerit terus syg panggil B dari bilik air sampai terkejut B kan..  Aplhamdulillah.. Positif.. Cek esoknye pun masih positif.. Syukur padaMU..

Monday 10 June 2013

Hari Pernikahan Ayus @ cousin hubby ~

“Hari ni B dgn syg pakai baju kaler purple ye, lps tu nanti kita tangkap gambar banyak-banyak eh.” 

Semangat syg hari ni nak pergi tengok cousin B, Ayus akad nikah kat Masjid Besi, Putrajaya. Papa pun ada datang dari Terengganu. Elok la tu dapat jumpa pak mertua @ father in law (FIL) setahun 2 – 3 kali je. Battery kamera pun dah cas penuh. Tambah excited lg sebab syg tak pernah sampai kat masjid ni. Memang cantik la dan tak perlu guna aircond dah rasa sejuk even kat luar tu panas terik.

Kita start konvoi dari rumah mama kat Kg Pandan pukul 10am. First time syg involve program family B. Ramai gak yang belum berkesempatan jumpa syg kn.. Hehe bukan syg yg kene jumpa diorg eh. Sambil tu tolong la tunjuk rajin sikit bawakan barang hantaran abg ngah @ Ayus. Pantang ade kesempatan asik la dok snap sana sini.. My MIL suka posing okey.. Sampai je kat parking masjid diperkenalkan lg dengan Abg Long & family. Diorang ni anak maklong hubby. Yang nak nikah skang Ayus anak maklong yang kedua. Maklong ni kakak Mama. Panjang pulak syg explain macam ramai je plak nak amik tau pasal kita kan B…

Naik je tingkat atas dalam masjid, dah terbentang persiapan untuk diorang akad nikah. Ada dua karpet sederhana besar lepas tu atas karpet ada dua tilam sila. Family belah perempuan pun dah ramai tunggu. Syg laju je duk dekat dengan pengantin dan tok kadi. Saje gatal nak dengar khutbah nikah lg.. Yelah B , sesuai la kita baru gak kawin dapat la merasa feel tu lg.. Sambil tu boleh snap pic pengantin, environment.. Bukan kami je family yang ade majlis nikah, rupanya setiap sudut kt dalam masjid ni ade ramai lg pasangan.

Muda nya nampak tok kadi ni. Ada dalam awal 30an rasanya.

“Pengumuman ye, sesiapa Jemaah wanita yang uzur pada waktu ini, sila duduk di luar kawasan karpet ini ye.” Erkkk.. baru syg teringat la B. Hari ni 16 Mac sepatutnya syg period.  Tapi takde pula syg rasa apa-apa sekarang. Ok je macam biasa. Mungkin petang ke malam nnt kot.. Alaaa.. syg nak tgk dekat-dekat diorg ni nikah. Kuatkan semangat dan yakin, syg memang tengah bersih sekarang. Cuma hati ni mula dup dap dup dap..

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, abg ngah dah sah menjadi suami kepada kakngah. Syg pun tumpang gembira.. Congrats both of u.. Snap lg san sini, dengan pengantin.. Muka syg kene la buat2 senyum coz  hati tengah gundah gulana. B just cool suruh syg relax je tp syg nak mkn pun tak lalu. Sebenarnya B, masa syg duduk atas karpet tadi syg tak henti-henti berdoa 

“ Ya tuhanku, murahkan lah rezeki kami pada kali ini untuk mendapat zuriat. Jika benar ini rezeki dariMu , berikanlah kami petunjuk agar kami tidal lagi alpa dengan pemberianMu ini. Amin Ya Rabbal Alaminn..”

Habis majlis, dah makan semua konvoi balik rumah mami semula. Kita pun stay sampai tengah malam baru balik damansara. Esk majlis bersanding, tema merah. Tapi syg xde kaler merah. B dgn mama awal2 dah suruh syg pakai baju nikah dulu.


Glamm you… Sume dok puji baju syg cantik. Baju je ke?? Pekej la tu kata hubby.. hehehehe. B plak pakai baju batik. Masuk je dalam Dewan Keramat mata syg terpegun dah tgk pelamin kak ngah, dengan tema swan.. Memang cantik. Muzik plak hanya main gamelan dah cukup menambahkan kemeriahan majlis. Special seat untuk para aunty and uncle sebelah pihak lelaki dapat duduk kat meja pengantin. Tapi Acu dan makcu lak taknak coz diorang taknak separate table dengan anak-anak. So ada 2 seat kosong lagi ni..

Siapakah??? Siapa lagi kalau tak tuju kat kita kan B. Untungla dapat layanan superb, doorgift cantik just x best sgt coz B tak duduk sebelah syg.  Syg duduk sebelah papa. Dalam duk puji cantik decoration table tapi x best gak coz nape swan yg tinggi ni dah letak kat sudut tepi meja sampai menghalang pemandangan B & syg nak tgk arah lain.. Mama pun tak setuju hiasan atas meja mkn ni.. Takpe lah bukan org nak tgk kita kan B, mesti diorg nak tgk pengantin..

Honeymoon @ Vacation at Cemeron Highland.~

“Syg jangan sedih-sedih, jangan fikir apa B nak dedicated vacation ni special for my wife & my mom, mama.” 

Cameron Highland.. come again.. Dulu lepas kawin dapat semalam je tido sini nak jalan pun tak puas. Tapi masa tu B dgn syg je. Now 24 Feb 2013, selepas 3 bulan kahwin datang lagi untuk 3hari 2 malam. Kita menginap di apartment 2 bilik Equotarial. Best juga port kat sini coz dekat dengan banyak farm, pasar and town Brinchang. Syg suka hotel ni, bilik besar n kemudahan selesa.

Sampai je Cameron, waktu tgh hujan.. Dah la jam pukul 3 petang, perut dah lapar tambah cuaca macam ni sushu tinggi lagi la perut ni kuat bergendang. Best thing mama dah siap masak macam-macam. Tunggu untuk panaskan je lps tu boleh la ngap… Dpt masuk bilik pukul 4pm terus je kita campak beg dalam bilik then panaskan lauk. Nikmatnye dapat makan panas2… Hurmmm..

Dah siap makan, kemas barang then baru plan nak jalan keluar. Tak best nye hari biasa kat Cameron ni, semua kedai tutup kul 6pm. Sudahnye just snap2 gambar kat luar tempat Lavender Farm. Lepas tu pusing2 pekan Brinchang. Pukul 8malam dah ade kat rumah, suhu sejuk sgt sampai tak selesa nak buat apa. Duduk la 3 beranak atas 1 sofa punya nak panaskan badan. B best la tp syg lagi sejuk rasa sebab badan B jenis sejuk. Last2 masuk bilik, tutup lampu.. tuttttt… hehehe tidolah.

Hari kedua, pagi2 lagi kita pergi jalan-jalan bermula dari tanah rata sampai la ke Brinchang balik.  Kalau ikut total gambar yang kita snap, ade dekap 2000 keping.. Memang anak beranak kaki bergambar. Syg rasa ok dapat 3 hari di sini pun boleh puas pergi banyak tempat. Aktiviti pun pack walaupun kaki lenguh banyak berjalan. Apa puan syg puas dengan vacation ni.. Thanks my hubby..


B, patut bukan syg kene pantang ke lepas keguguran hari tu tapi dah Cameron tu suhu sejuk kan.. Hehehehe…

Terkurang Hajar ~

B, syg ni kononnya orang yang sukakan kedamaian dan ketenangan.  Syg tak suka dengar kalau gaduh-gaduh ni even mereka yang jenis suka cakap kuat dan bernada keras. Sebabnya dlm environment syg mean family syg la, mana ada orang macam ni.

Tapi tu la nak dijadikan cerita syg kenal B ni adalah type yang syg tak berapa suka ni. Dah jodoh kita bersatu akhirnya, syg redha je la cuba la terima B seadanya tp please la faham and cuba berubah demi kebaikan isteri anda ni. Bila nak cakap dengan syg, gunakanla nada yg rendah, muka yg manis. Dah la cakap dgn syg mcm cakap dengan orang luar, muka pun ketat, mmg takde lansung ciri-ciri romantic.. Huhuhu.. syg mmg tak boleh ubah orang yg macam ni. Syg semula jadi manja asalnye tp B thread syg jd mcm B, keras dan kasar. (B kene akui tu, B org yg pertama serius couple dgn syg so  u should know me). Syg nk tune manja dgn org kasar mcm B?? Mcm pelik kan coz feedback yg syg terima tak sepatutnya pun.

Hari tu, kita plan nak jalan-jalan kat Ikea, memandangkan hari minggu tu kita taka de aktivit yang spesifik. Faham je la hari minggu banyak la kereta, so B tanya syg parking kat mana. Manalah syg tahu, kita gamble je la dah kita bukan biasa bawa kereta parking kat Ikea. B dok la bising je pasal susah nak cari parking semua.  Syg dah mula tak suka ni, kita bukan rushing pun yg nak bising2 nape.

“B, pergi la mana-mana yang ade sign Parking tu.” Dah tak larat nak tgk muka B yg ketat tu.
“Kat mana, orang mana biasa kat sini” Eh..eh.. apsal nk cakap kasar lak dgn syg ni.
“Ko ingat aku pun biasa sgt ke, pergi je la mana2..” Bengang lak syg kat B ni.
“Eh ko ni apsal, tak puas hati dgn aku ke?.. bla..bla..bla.. “ Ni yg buat syg tension..
“Keluar dari kereta ni sekarang..!!!” syg berteriak. 
“Ko nak sgt ke aku keluar dari kereta ni, aku boleh keluar. Ni yang ko nak kan?” syg terlepas cakap, padahal dalam hati xde niat pun nak halau b, just because tak tahan dgn sikap B tu. The end syg diam sampai la turunnye mutiara jernih dari pipi syg ni. Syg jd sedih sgt. Syg tiba-tiba jd marah, geram dan benci sgt kat B.

Akhirnya B dapat gak perking kt bawah The Curve, dekat je dengan Ikea. T p syg dah xde mood nak jalan, syg terus diam dan menangis. 
“ Syg, B takde niat nak berkasar dgn syg. B cuba nak berdiplomasi tp syg td dah sikap kurang ajar dgn B..” Boleh pun cakap elok-elok dgn syg. Dah jadi macam ni baru nak berlembut, buat muka manis. Tp apakan daya, hati syg tgh tak puas hati dgn B. 
“Mintak maaf dengan B, syg.. B pun mintak maaf kat syg sebab berkasar td” Apsal lak syg nk minta maaf, kalau B tak cari pasal dengan syg dulu mesti takkan jd mcm ni.


Sesi pujuk memujuk terus la berlansung dekat sejam dalm kereta kat parking tu. Syg pun malas dah nak layan, accept je la kemaafan tu n say sorry gak. Mata dah sembab, tp keluar gak g ikea tu. Mulut pun muncung je jalan. Nasib baik Ikea ade sale, so takde la nak muncung lelama..  ;)

Unhappy on our vacation~

B..B.. B.. syg dah nangis teresak-esak. B yang tengah tidur pun terus terjaga.

“Kenapa ni syg? Ada masalah ke?” B pujuk-pujuk syg tp makin byk lak air mata sedih ni..
Belum ade rezeki kita lagi B , darah tengah banyak keluar ni. Sampai melimpah kat pad. Sedih syg ingatkan ade petanda baik lepas B demam.

“Jangan macam ni syg, kita kene redha. Kita dah usaha, berdoa so sekarang kita tawakal je. Insyallah ade cume belum rezeki kita je lagi syg. Jangan sedih mcm ni. Petang ni kan kita nak spent time rest kat Kajang Country Hight Resort. Syg bertenang ye” Even syg boleh cool tp tuhan saja yang tahu apa yang syg rasa..



Ya Tuhan hanya kau Maha Mengetahui.. Insyallah ada hikmah di sebalik semua ini dan moga kami dimurahkan rezeki.