Selamat Datang


Monday 10 June 2013

Hari Pernikahan Ayus @ cousin hubby ~

“Hari ni B dgn syg pakai baju kaler purple ye, lps tu nanti kita tangkap gambar banyak-banyak eh.” 

Semangat syg hari ni nak pergi tengok cousin B, Ayus akad nikah kat Masjid Besi, Putrajaya. Papa pun ada datang dari Terengganu. Elok la tu dapat jumpa pak mertua @ father in law (FIL) setahun 2 – 3 kali je. Battery kamera pun dah cas penuh. Tambah excited lg sebab syg tak pernah sampai kat masjid ni. Memang cantik la dan tak perlu guna aircond dah rasa sejuk even kat luar tu panas terik.

Kita start konvoi dari rumah mama kat Kg Pandan pukul 10am. First time syg involve program family B. Ramai gak yang belum berkesempatan jumpa syg kn.. Hehe bukan syg yg kene jumpa diorg eh. Sambil tu tolong la tunjuk rajin sikit bawakan barang hantaran abg ngah @ Ayus. Pantang ade kesempatan asik la dok snap sana sini.. My MIL suka posing okey.. Sampai je kat parking masjid diperkenalkan lg dengan Abg Long & family. Diorang ni anak maklong hubby. Yang nak nikah skang Ayus anak maklong yang kedua. Maklong ni kakak Mama. Panjang pulak syg explain macam ramai je plak nak amik tau pasal kita kan B…

Naik je tingkat atas dalam masjid, dah terbentang persiapan untuk diorang akad nikah. Ada dua karpet sederhana besar lepas tu atas karpet ada dua tilam sila. Family belah perempuan pun dah ramai tunggu. Syg laju je duk dekat dengan pengantin dan tok kadi. Saje gatal nak dengar khutbah nikah lg.. Yelah B , sesuai la kita baru gak kawin dapat la merasa feel tu lg.. Sambil tu boleh snap pic pengantin, environment.. Bukan kami je family yang ade majlis nikah, rupanya setiap sudut kt dalam masjid ni ade ramai lg pasangan.

Muda nya nampak tok kadi ni. Ada dalam awal 30an rasanya.

“Pengumuman ye, sesiapa Jemaah wanita yang uzur pada waktu ini, sila duduk di luar kawasan karpet ini ye.” Erkkk.. baru syg teringat la B. Hari ni 16 Mac sepatutnya syg period.  Tapi takde pula syg rasa apa-apa sekarang. Ok je macam biasa. Mungkin petang ke malam nnt kot.. Alaaa.. syg nak tgk dekat-dekat diorg ni nikah. Kuatkan semangat dan yakin, syg memang tengah bersih sekarang. Cuma hati ni mula dup dap dup dap..

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, abg ngah dah sah menjadi suami kepada kakngah. Syg pun tumpang gembira.. Congrats both of u.. Snap lg san sini, dengan pengantin.. Muka syg kene la buat2 senyum coz  hati tengah gundah gulana. B just cool suruh syg relax je tp syg nak mkn pun tak lalu. Sebenarnya B, masa syg duduk atas karpet tadi syg tak henti-henti berdoa 

“ Ya tuhanku, murahkan lah rezeki kami pada kali ini untuk mendapat zuriat. Jika benar ini rezeki dariMu , berikanlah kami petunjuk agar kami tidal lagi alpa dengan pemberianMu ini. Amin Ya Rabbal Alaminn..”

Habis majlis, dah makan semua konvoi balik rumah mami semula. Kita pun stay sampai tengah malam baru balik damansara. Esk majlis bersanding, tema merah. Tapi syg xde kaler merah. B dgn mama awal2 dah suruh syg pakai baju nikah dulu.


Glamm you… Sume dok puji baju syg cantik. Baju je ke?? Pekej la tu kata hubby.. hehehehe. B plak pakai baju batik. Masuk je dalam Dewan Keramat mata syg terpegun dah tgk pelamin kak ngah, dengan tema swan.. Memang cantik. Muzik plak hanya main gamelan dah cukup menambahkan kemeriahan majlis. Special seat untuk para aunty and uncle sebelah pihak lelaki dapat duduk kat meja pengantin. Tapi Acu dan makcu lak taknak coz diorang taknak separate table dengan anak-anak. So ada 2 seat kosong lagi ni..

Siapakah??? Siapa lagi kalau tak tuju kat kita kan B. Untungla dapat layanan superb, doorgift cantik just x best sgt coz B tak duduk sebelah syg.  Syg duduk sebelah papa. Dalam duk puji cantik decoration table tapi x best gak coz nape swan yg tinggi ni dah letak kat sudut tepi meja sampai menghalang pemandangan B & syg nak tgk arah lain.. Mama pun tak setuju hiasan atas meja mkn ni.. Takpe lah bukan org nak tgk kita kan B, mesti diorg nak tgk pengantin..

No comments:

Post a Comment