Selamat Datang


Wednesday 26 June 2013

Simptom-simptom ibu hamil ~

Sebaik syg disahkan hamil maka bermula la simptom2 hamil seperti ibu-ibu mengandung lain. Bak kata hubby, waktu ni la kalau nak kenal perangai isteri yg pelik ni. Syg tak perasan lak pelik ke tak. Kat bawah ni syg list kan apa yg biasa wanita hamil rasa (dr incik google) dan apa yg syg rs.


1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

=> Syg tak rasa mengidam apa pun expecially yang pelik2 and minta-minta takdelah sampi syg dah nak bersalin nnt. Tapi kalau syg ternampak makanan tu lepas tu rasa nak mkn, adalah selalu. Syg skang jd penggemar sushi, mmg pantang jumpa.


2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 

=> Yang ni mmg betul dan sangat ketara. Makin hari makin gelap la lepas tu membesar. Huhuhu..



3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

=> Time ni syg mmg tengah pelik asik nak kencing je, selang 5 minit nak kencing lg sampai tak boleh gerak jauh dari bilik air. Sampaila satu malam syg perasa ada keluar darah dah nak nangis tgk sebab takut. Rupanya petanda =)


4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

=> Tabahlah hati pada sesiapa yg keluar dengan syg expecially Mr Hubby, kalau keluar mmg keje asik nak g toilet je.


5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

=> Syg takde pulak rasa letih Cuma bila perut dah besar bru terasa letih tu.


6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.


7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

=> Tiba2 syg tak suka mkn ayam dan makin pelik apabila syg yg x makan sayur ni jd penggemar sayur.. Pelik tp benar. Buah pun syg suka mkn.


8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

=> Yg ni tak selalu pun Cuma rasa loya je bila nak gosok gigi. Lepas tu kalau nk kira muntah pun jaranglah sgt Cuma kalau sekali muntah bukan morning sickness dah namanya, kt syg jd whole day sickness.


9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

=> Lps kahwin haid ni jd tak menentu dah, memang tiap2 bulan ada datang tp biasa semingu dah jd 2-3 hari je tu pun sikit mcm spotting je.


10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

=> Alhamdulillah.. baru tak dating 3 hari cek UPT positif. Kalau dah rezeki cepat je, bulan sblmnya yg nak gugur tu dah seminggu xde cek upt pun negative. Ni la nama rezeki.

No comments:

Post a Comment