Selamat Datang


Wednesday 26 June 2013

Kencing kotor ~

Dah beberapa hari syg sakit kat pinggang ni. Tapi malam ni syg dah tak blh tido. “B, tolong syg, sakit sangat pinggang syg ni.” Baru je pagi td dapat gud news tp skang kenapa syg sakit pinggang, ni symptom pregnant ke B. Menangis sampai meraung syg tak tahan sakit. “Sabar syg, pagi2 esok kita g hospital ye.” Malam tu B pun tak dapat tido gak tolong picik pinggang syg, pujuk syg..

Pagi-pagi hari selasa ni kita dah keluar nak cari hospital. Adat la duk kat area damansara ni. Jalan jem, so syg kene bertahan lagi. Nak pergi GH Sungai Buloh, alamat syg dah pengsan baru sampai hospital agaknya. So kami try private yang murah sikit Pusrawi Hospital, Kota Damansara. Malangnya….

“Maaf ye puan doctor sakit puan hanya Lelaki je yang available itupun petang nnt, kalau Dr. perempuan puan kene datang Bulan depan sebab Dr tu tengah tak sihat.” Lorrr… kecewa dengar. Syg mmg taknak Dr lelaki cek.. Aishh malulah..

Dah takde pilihan lain, kita pergi je Private Hospital dekat dengan rumah ni, Tropicana Medical Centre. Mesti mahal kan. Tapi B kata xpe, guna apa yg ada dulu. B swap kad kredit je lah. Syg jgn risau pasal tu yg penting syg sihat. Terharu syg dengar.. Thanks B, I Luv u so much… Cousin syg, Kak Lang ada kerja kat hospital ni, hope cepat la sikit semua procedur.

Sampai je kt sana, Kak Lang dah tunggu then terus kami pergi ke bahagian sakit puan @ OnG dept. Syg bg IC, B yg tolong register kan. 5 minit lepas tu nurse panggil suruh syg timgbang berat badan, then masuk bilik fist cekup utk cek tekanan darah dan ambil semua maklumat. Berat syg masa ni dah start naik pun 48kg, cepat betul dari 42kg masa nikah 3 bulan lps tu 48kg. Huhuhu…

“Puan, nape ni muka nmpak pucat. Tekanan darah puan tinggi ni.” Nurse tu pun dah tunjuk muka risau kat syg, agaknya dia ingat syg just nk cek biasa je. Sakit pinggang syg datang balik, nk bercakap pun susah.

“Isteri sy mungkin hamil nurse. Kami hanya cek dgn UPT semalam, then result positif. Lps tu malam tadi dia mengadu sakit pinggang sangat sampai tak boleh tidur. Ni yg dtg nk cek semua dan kenapa jd mcm ni.” B yg bagi semua maklumat kat nurse.

“Ok kalau macam tu kita buat urine test sekali lg ye.” Lps buat urine test, kita pergi jumpa Dr Pakar, Dr Hazinat. Melihat condition syg yg mcm sakit sgt Dr prefer syg buat blood test n mungkin syg kene admit. Mata syg nak terjojol dah.. Alamak.. Hospital bayor ni, ntah brape la charge dia. “Teruk sgt ke sakit sy ni Dr?” Syg mmg dah risau bab bayar2 ni. Syg pun sedar kita tak berkemampuan pun nk biayai kos hospital yg mahal ni. “Dalam tempoh selepas ambil blood test, sy akan bg ubat tahan sakit, ubat muntah melalui enjection. Tapi puan kene masuk observation room @ ward day care je dulu. If ok, puan blh discharge if tak puan kene admit.” Panjang lebar penerangan Dr.

Sblm ambil darah, syg rs lapar sgt so Dr advice suruh makan dulu.Lagipun dah masuk lunch hour. Baru setengah jalan nk pergi café hospital syg dah tak larat nak teruskan. Sakit sgt dah pinggang ni. So Hubby pun terus pergi ambil wheelchair untuk syg. Comel je kerusi ni, mmg nampak gaya org sakit tp still blh snap gmbar.. hehe..

Nak makan pun tak lalu coz sakit sangat, juz mkn mee grg sikit untuk alas perut. Lps siap mkn, syg kene ambil darah then msuk ward untuk suntik ubat. Meanwhile, syg kene rehat tido lepas tu coz effect dari ubat tu sepatutnya syg kene tido. Tapi tak sampi 5 minit pun syg tdo lps tu terjaga, walaupun pandangan syg time tu mcm kabur2, kepala pening2.. Hubby suruh syg rehat je sementara dia nk balik jap ambil laptop.  Bosan syg dah la mata x boleh lelap hubby lak nak balik rmh jap. So syg whatsapp Kak Lang minta temankan syg. Besar n selesa ward ni. Satu bilik ada 1 bed include TV, kerusi rehat, toilet. Entah berapa la caj bilik ni nanti. Kak Lang kata setakat prosedur yg syg dah buat td mungkin dah cecah Rm400. Tak tertelan air liur syg dengar. Syg harap syg cepat sembut then xde lah nak sshkan B lg.

Lepas 2 jam, nurse datang pantau keadaan syg. Sambil bagi ubat mkn. Lps tu syg rehat balik sampai kul 5 petang nurse minta syg jumpa Dr. Syg kata kat Dr syg dah ok tak sakit sgt. Dr pun senyum je, agaknya memahami keadaan kita. Result dah pun keluar so Dr explain satu per satu apa yg berlaku.

“ Ada berita baik dan tak berapa baik.” Suspen je Dr ni buat syg risau la. “Yang baiknye, awak mmg mengandung tp keadaan awk tak berapa baik. Kebanyakan wanita dapat penyakit kencing kotor terutama selepas kahwin cuma awk ni dah tahap teruk sedikit hingga dah melibatkan pinggang. Tambah pulak awak mengalami dihidrasi yg teruk. Oleh itu, awk kene mkn ubat2 yg sy beri , banyakkan minum air, banyakkan rehat. Sy bagi awak MC dr harini sampai jumaat ni. Tentang kandungan awk, jgn terlalu mengharap kerana kuman ada dalam bdn awk cuma berdoa la semoga kuman tu tak menjejaskan kandungan awk. “ Nak mengangis syg dengar apa Dr cakapkan ni.. Kita baru je dapat berita gembira kan B tp kenapa kita diuji mcm ni..


Seminggu la syg bed rest kat rumah. Nak buat apa pun ssh hubby yang banyak bantu. Tapi masuk hari ke-4 kesakitan kat pinggang syg beransur hilang. Selasa depan syg kene cek balik kuman tu masih ade lg ke tak. Padan la Dr tak wish tahniah ke apa, takut kita berharap sgt agaknya kan.. Berdoa lah B, moga janin ni dapat diselamatkan sehingga dia dilahirkan.. Insyallah.. Dalam syg kene mkn ubat yg Dr bekalkan. Mmg patut kene mkn coz total bil syg setakat hari ni  Rm600++..  Mujur ada suami penyayang yg membantu.. Hubby kata ‘Demi isteri tercinta’..

No comments:

Post a Comment