Selamat Datang


Monday 10 June 2013

Honeymoon @ Vacation at Cemeron Highland.~

“Syg jangan sedih-sedih, jangan fikir apa B nak dedicated vacation ni special for my wife & my mom, mama.” 

Cameron Highland.. come again.. Dulu lepas kawin dapat semalam je tido sini nak jalan pun tak puas. Tapi masa tu B dgn syg je. Now 24 Feb 2013, selepas 3 bulan kahwin datang lagi untuk 3hari 2 malam. Kita menginap di apartment 2 bilik Equotarial. Best juga port kat sini coz dekat dengan banyak farm, pasar and town Brinchang. Syg suka hotel ni, bilik besar n kemudahan selesa.

Sampai je Cameron, waktu tgh hujan.. Dah la jam pukul 3 petang, perut dah lapar tambah cuaca macam ni sushu tinggi lagi la perut ni kuat bergendang. Best thing mama dah siap masak macam-macam. Tunggu untuk panaskan je lps tu boleh la ngap… Dpt masuk bilik pukul 4pm terus je kita campak beg dalam bilik then panaskan lauk. Nikmatnye dapat makan panas2… Hurmmm..

Dah siap makan, kemas barang then baru plan nak jalan keluar. Tak best nye hari biasa kat Cameron ni, semua kedai tutup kul 6pm. Sudahnye just snap2 gambar kat luar tempat Lavender Farm. Lepas tu pusing2 pekan Brinchang. Pukul 8malam dah ade kat rumah, suhu sejuk sgt sampai tak selesa nak buat apa. Duduk la 3 beranak atas 1 sofa punya nak panaskan badan. B best la tp syg lagi sejuk rasa sebab badan B jenis sejuk. Last2 masuk bilik, tutup lampu.. tuttttt… hehehe tidolah.

Hari kedua, pagi2 lagi kita pergi jalan-jalan bermula dari tanah rata sampai la ke Brinchang balik.  Kalau ikut total gambar yang kita snap, ade dekap 2000 keping.. Memang anak beranak kaki bergambar. Syg rasa ok dapat 3 hari di sini pun boleh puas pergi banyak tempat. Aktiviti pun pack walaupun kaki lenguh banyak berjalan. Apa puan syg puas dengan vacation ni.. Thanks my hubby..


B, patut bukan syg kene pantang ke lepas keguguran hari tu tapi dah Cameron tu suhu sejuk kan.. Hehehehe…

No comments:

Post a Comment