Selamat Datang


Monday 17 December 2012

High of Curiousity… ~


Bulan lepas period 13 nov. Tapi bulan ni 12 Dec pulak. Awal sehari lak tp kenapa sikt je. 13 Dec mula rasa sengugut, tak selesanya macam dah banjir sgt je ‘bawah’ ni.  Sudahla perut ni sengugut, mata pun buat hal. Baru perasan mata syg membengkak kesan over crying malam td. Ramai tanya apa syg buat mlm td?? Malu je.. Syg jawab je mlm td hujan & kene selsema sampai pg td tu yg mata bengkak. (Ayat selamat..Hehehe…)

Balik je rumah syg nak mandi pasal dah berlengas sgt. Tup..tup masa nak ganti pad syg jd pelik la sebab darah tak banyak. Tak banjir pun, perasaan je rasa macam dah melimpah. Masa nak buang air kt office tu syg dah perasan Cuma fikir, belum lg kot.. Dah la tu kaler pun bukan macam darah haid tapi brown. Ok takpe tgk esk macam mana pulak.

Perut ni still sakit-sakit macam nak sengugut tp sakit kat breast dah kurang. Kalau tak B perasan tak asal B nak pegang je syg tak bagi sebab sakit sangat. B pun tegur asal breast syg dah makin besar. B lah buat.. Gheee.. terlucah plak. Balik rumah petang tu syg pun nak mandi but sekali lagi terkejut coz pad tu jd lg sikit tanda. Buat membazir je pakai pad. Color pun still brown.. Eee.. nape jd cmni lak B. Dah macam ni esk syg pakai panty liner je la. Sudahnye dari 15 tu sampi la skang syg tak datang period dah. Pulak dahh..

Sudahlah period tak datang ade pulak symptom pelik-pelik. Apakah??
  • Syg mudah jd emo sgt skang, so B plz aware with your statement. Nanti buta lak mata syg klu cakap sikit syg dah nak rebeh..Huhuhu
  • Syg dapat sakit pinggang. Suh B tolong picitkan buat tak tau je. Ingat syg main-main ke.
  • Syg malas lah skang B, bukan apa syg penat je rs. Tu sebab syg cadangkan ganti seluar kerja tu sekali seminggu je. Penat syg boleh kata 3 kali seminggu basuh kain. B pulak pantang ade baju dah iron habis semua nak pakai. Kalau ade org gaji takpe lah nk buat mcm tu.. Ni???
  • Ermmm.. nape mual & loya-je ni. Tak de lak muntah tp mual ya rabbi. Syg rs perut masuk angin kot sebab skang slalu gak syg terkentut. B perasan tak? Apa la B ni, dulu kata nk sgt tgk syg kentut dpn B tp B tak perasan gak.. Hehehe
Tapi syg bukan nye tak makan sampi perut masuk angin ni.  Semalam kita gi rumah ateh. Banyaknya lauk dia masak. Semua sedap-sedap. Berselara syg makan tp biasalah portion syg 1 senduk biasa dah la. Plan balik dr rumah ateh nak tgk wayang tp hati dah berbunga riang pasal kata nk tgk kt mid valley. Bukan apa, B & mama g tgk wayang, bg syg g shopping eh.. Kita kan dah tengok cerita The Twilight Saga Part 2 jumaat ari tu. Cukup la sekali syg tgk tapi kalau B nak g tengok lg pergilah.  Dari rumah ateh tak tau lah pulak jalan ke Mid. So, GPS la.

“Laaa.. dari setiawangsa ni ke Mid tak la jauh. 14km je.” B dah excited dgn Mama syg pulak dah senyum-senyum & mula berangan nak shopping apa nnt.
“Kenapa GPS ni bawa kita masuk town. Gila lah jem time-time camni.”Aduyaii.. masak la jem teruk depan sogo ni.
“Huh.. 14km tp dah sejam perjalanan tak sampi-sampai lg” Mama pun dah merungut . 
“Kita bali je lah Zam. Hujan-hujan nil g teruk jem. Lain kali je kita tgk wayang tu.” Mama dah xde mood agaknya nk tengok wayang dah jem ni pukul brape nye nak sampai mid.

Syg tak kisah tp nape syg tiba-tiba pening ni. Argh.. loya plak. Ade muffin dlm kreta syg mkn. Padahal bru lps mkn kt rumah ateh td. Bukan syg lapar tp nk bg hilang loya.

Uwekkk.. syg dah mula kuar bunyi-bunyi nak muntah tp tahan & telan je balik.. Aiyerkk.. B pun dah tgk syg mcm tu blh plak bw kreta mcm nak lumba F1 trus balik rumah. Lg la syg pening. Tak boleh tahan masuk je kat rumah mama.. Uwekkkkk… keluar segala macam dari dalam perut ni. Meleleh air mata syg skali. Mama suh syg rehat tp syg just nk rehat bukan nk tdo. So syg bersandar je kat B. B ni bukan nk layan syg. Syg skang rasa sepanjang masa nk bersama dgn B tau.

Nak B belai-belai syg, manjakan syg. Ingatkan B tak perasan apa yg syg buat. Pantang ade peluang syg mesti nak sentuh or pegang-pegang B. Gatal dengan suami takpee.. Hehehe. Malam tu nak balik damansara, kita singgah beli barang kat Hero jap. B ikut je sebelah syg. Mcm tu lah syg nak klu g shopping. Kan dulu B dah janji nak teman syg ke mana saja. Dalam kereta B gurau dgn syg sampi malu syg. “ Tau la u fall in love with me.” Tu je yg B sebut. Tp dalam hati demi Tuhan syg sayang cinta dan rindukan B selalu.

Belum ada rezeki.. ~


Setiap pasangan suami isteri tentu mengimpikan dikurnikan zuriat. Tambah yang kahwin pada usia lewat 20an tentu sekali nak zuriat dengan cepat. Sebaik kita bernikah syg terlalu mengharap nak mengandung cepat walaupun rezeki tu ketentuanNya tp tak salah kita berdoa, berusaha. Umur syg pun dah ke lewat 20an tentu sekali syg nan baby cepat tambah pulak syg betul-betul dah dah bersedia dah jd isteri dan ibu sebaik kita dah ade ikatan dulu.

Terima kasih B, sungguh baru sebulan perkahwinan ni tp syg rasa bahagia. Syg gembira pikul tanggungjawab sebagai isteri, hari-hari syg masakkan untuk B, siapkan pakaian B, kemas rumah. Macam robot je kadang-kadang syg rasa pg pukul 6.30 bangun, syg bersiap then pergi kerja. Sampai rumah pulak pukul 6.30 dah syg heboh kat dapur lak masakkan mkn mlm. Lepas tu basuh kain, lipat kain, sapu rumah, mengemas. Pukul sebelas malam B sampi rumah, syg hidangkan mkn teman B makan lepas tu kemas meja balik. Huarghhh.. dah mengantuk kul 12.00 kita msuk bilik borak-borak sampi syg terlelap. Hari-hari kita buat mcm tu tp syg tak bosan lg dan tak merungut penat sebab apa yang penting syg puas. Syg bangga dan happy sgt kalu B puji syg masak sedap, pandai gosok baju B sampai kawan-kawan ngusik.

Tapi B, syg minta maaf tak dapat temankan B mkn. Syg rasa bersalah dan berdosa pulak sampi B kene panggil syg banyak- banyak kali tp syg taknak datang kata nak sidai baju dulu. B kata nape syg bagi pinggan bocor.Terkejut syg baru pergi kat B.
“Syg, pinggan ni bocor la macam mana B nak mkn..”
“Huh, pinggan pecah ke, ok syg datang tgk..”  Syg trus pergi kat B sambil fikir, laaa kesiannya suami aku pakai pinggan rosak ke.
“Ni ha syg, nasi dah takde pinggan dah bocor” B trus hulur pinggan yg dah habis nasi kt syg.. Ketawa syg rupanya B minta nasi tambah. Terhegeh-hegeh syg ambil nasi. Tu la kan syg tak teman B mkn smpi nak nasi tambah pun syg tak tau.

Syg minta maaf kt B. Syg tiba-tiba rasa sedih B. Hari ni 12 hari bulan. Setiap 13 hari bulan syg dtg bulan. Masa kita nikah syg mmg tgh dtg bulan tp lps tu akan tiba waktu subur dan besar harapan syg supaya tidak dtg bulan bulan hadapan (moga ada berita gembira). Tapi masa syg tgh siap-siap sediakan mkn mlm untuk B, syg pergi toilet dan syg dah ada tanda kt seluar syg. Mmm.. trus syg jd sedih, belum ade rezeki kita lg B. Sedih syg menjadi-jadi sbb mungkin syg terlalu mengharap. Tu sbb ms B mkn syg tak blh nak duk sebelah B, tak tau la kenapa syg sedih sgt sampi rasa nak mengangis. Siap je mkn B terus main game kat laptop sementara syg basuh pinggan. Dari perasaan sedih jadi takut pulak B. Siap je membasuh, syg terus masuk bilik, baring dan peluk bantal. Masa ni air mata syg terus tertumpah dan tak henti-henti keluar. Jgn la B sedar syg menangis tp B masuk bilik plak teru peluk syg dr belakang.

Syg pura-pura buat tidur tak pusing kat B tp B macam faham je perangai syg rs mcm ade yg tak kene B usik mata syg. Basah..!!
“Syg, nape menangis ni. Pusing kat B nib g tau apa dah jd. B ada buat slh ke?”
“Takde apa lah B, jom kita tidur, syg penat la.” Tp B tak puas hati terus peluk syg, pujuk dan Tanya syg lg..
“Cakap la syg, kenapa ni? Syg marah kat B ke? Dah sebulan kahwin kita tak bergaduh pun tp kenapa syg tiba-tiba nangis. “ Syg  hanya menggeleng je.Huwaaa… lg teruk syg menangis sampi tersedu-sedu.
“B, syg takut la B. Tiba-tiba syg rs takut kalau syg x blh mengandung. Syg dah dtg bulan” Menggogoi syg menangis sambil bg tau nape syg mcm tu.
“Syg jgn mcm ni, kita bersabar ye. Lps ni syg subur balik B akan berkerja keras betul” Buat lawak plak B ni..Macam-macam B cakap nak pujuk syg kan. Sampi la syg boleh lega dan berhenti menangis.
Betul B syg tak tau nak gambarkan perasaan ni sedih dan takut. Baru syg faham perasaan seorang wanita dan isteri yg mahu bergelar ibu.

Ye B, belum rezki kita lg dan kita kene terus berusaha dan berdoa kan.. Bangun tido harini, B plak yg kejut syg, B siapkan breakfast untuk syg dan paling syg terkejut, B subuh pg ni.. Moga ada hikmah dgn apa yg berlaku mlm td B.

Indahnya perkahwinan ini..~


Syukur ke hadrat illahi majlis persandingan sebelah saya berjalan lancar. Terharu pada ibu abah, saudara-mara dan rakan-rakan yang banyak membantu untuk meraikan kita. Saudara pun sporting boleh tinggal lama kat rumah ni sampai 3 4 malam. Penat tu memanglah ramai lagi orang kat rumah tak boleh nak berkemas tp keriuhan yg macam ni saya suka. Baru terasa feel kenduri tu, dengan budak-budak ramai berlari-lari buat bising. Namanye duk taman tapi riuh kalah macam duk kampung kata jiran-jiran saya.

Zam, untung kita ibu pakai khidmat catering waktu majlis ni kalau tak pengantin kene basuh periuk tau lepas majlis. Kene periuk besar yang buntut hitam tu. Jenuh nanti nak menyental sampi habis muka kita hitam dan baju pun basah. Takde apa pun aktiviti lps majlis dan kemuncak lepas majlis ni semua saudara mara nak kita buka hadiah. Rezeki kita la zam berpuluh hadiah kita dapat.

“Zam..zam.. cuba panggil abg ke, romantic la sikit.” Boleh ibu sy sound tepek mcm tu. Abis sume bising lepas kantoi sy masih panggil incik suami dgn nama. Sabo la baru lg, pelan-pelan la sy tukar la panggilan tu. Awk dah panggil sy sayang, sy nk panggil awk apa ye.. Sy taknak panggil abg nmpak mcm abg n adik lak. Zam, awk suami sy as hubby, izinkan sy panggil awk B ye. Shortform pada hubby and baby kot sbb awk selalu mengada. Gheeeee….

Wednesday 28 November 2012

Selamat Bernikah ~


“Kenapalah berpeluh je ni mak uda. Dah buka air-cond, kipas lg..Macam kene mandi je ni.”
“Kamu ni nervous sgt. Tenang-tenang lah. Insyallah semuanya selamat. Mak uda nak make up pun ssh jd cair nanti kalau banyak berpeluh”

Skodeng abah yang nak nikahkan aku, rilex je.. Ok ok saya kene bertenang. Tak lama je lagi awak akan datang rumah saya. Haaa.. selepas asar tanggal 17 November 2012 nanti awak akan berjabat tangan dengan abah . Saya dah tak ketentuan arah ni. Ya Tuhan, permudahkan lah segalanya. Kita akan pakai baju sedondong color pink.

Saat melihat awak duduk di tilam sila, muka saya terus merah tak ketentuan arah. Awak akan jadi suami saya Zam. Saya akan jadi Isteri awak, makmum awak dan teman awak hingga akhir hayat, insyallah.Ramai nye la orang tengok kita.  Saya tgk awak cool je tp saya tahu awak pun mesti macam sy. Baguslah awak boleh control perasaan tu.


Alhamdulillah, syukur pada tuhan hanya dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri awk.


“Aku terima nikahnya…………………….. dengan maskawin gelang tangan emas tunai !”

Pertama kali dalam hayat saya tengok abah menangis. Tapi saat abah sebak sewaktu menikahkan kita semua orang turut sebak sama. Berat hati abah agaknya nak lepaskan saya. Nampak Abah nervous sgt. Sy anak sulung abah dan agak rapat dengan abah faham perasaan abh. Saya akan ingat peristiwa ni sampai mati.

Sebaik selamat lafaz nikah, awk pula solat syukur. Moga ikatan ini diberkati hingga ke akhir hayat.. Mas kawin saya tadi di pakaikan masa acara membatalkan air sembahyang. Lega saya rasa.. Sedih pun ada sampai tetrtanggal bulu mata mata palsu saya dek basah dengan air mata. Hehehe.. Mujur takde sape perasan.



Persiapan ~

Masa bila nak raja sehari kalau lg seminggu nak nikah ni asik tido kul 3 pagi, pukul 6pagi dah kene bangun.. Huarghhh.. Goodies baru nak pek, dalam seribu setengah  hanya saya, makcik dan nenek je yang kene buat. Mak ayah dan adik2 dah sibuk buat benda lain. Atas sebab ni juga saya berdoa agar biarla perkahwinan ini sekali seumur pasal banyak nye la kerja renyah ni… Hurmmm..

Zam, makin nak kawin ni makin jarang kita berhubung lak. Tapi takpelah dari bergaduh setiap kali kita bercakap baik diam macam ni je. Zam, saya tak tenang dah ni, asik la terfikir betul ke saya nak kahwin dengan awk. Sudahla kita ni macam anjing dan kucing. Boleh aman ke rumah tangga kita nanti zam?? Dalam hati saya ni dup..dap..dup..dap.. Awk macam mana lak.

Terlajak perahu blh diundur, tp ni perkahwinan.. Apa yang boleh kita buat, berdoalah supaya rumah tangga yang akan kita bina ni kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

Awalnye la orang butik ni pasang pelamin. Sebenarnya dalam hati saya berbunga juga. Akhirnya awk jodoh saya walaupun banyak rintangan yang kita dah lalui. Ibu saya selalu kata, xpelah awal2 tu bertengkar sikit, biasalah orang dalam pertunangan banyak dugaan tp insyAllah dah kawin takde tu semua. Saya cuba pegang kata ibu tu kot-kot .. eh bukan. Harap-harap biarlah betul jadinya.


Mmm.. saya akan duduk kat pelamin tu nanti cium tangan awak, Zam =)

Friday 9 November 2012

Dugaan Darah Manis 3 ~


Tanggal 8 November 2012, lebih kurang seminggu lagi kita akan dinikahkan . Sepatutnya waktu begini takde apa mslh besar dah.. paling tidak pun risaukan perjalanan majlis tu nnt.

Tapi nape awk mesti tambah masalah lg zam.. tak habis satu-satu hal awk buat. Memula isu hantaran awk lambat bg. Boleh awk guna duit hantaran tu buat majlis awk. Nampak sgt awk tak pentingkan majlis kawin ni. Dulu masa bertunang bila abah sy tanya bila bolah bg hantaran laju je awk kata bila-bila pun boleh. Tp bila sampai waktunya awk rilex je kata duit tak cukup dah buat belanja kenduri belah awk. Kecewa sy dengan. Awk tak malu ke??? Saya yg malu.

Sekarang awk buat hal g tiba-tiba awk kata resit mas kahwin hilang. Sedangkan resit put together dengan gelang tu. Baik awak cakap betul2, resit yg hilang atau pun gelang tu pun dah hilang.??
Kenapa la cuai sgt. Kalau saya cerita hal ni kt family sure diorg pk negative n mmg betul pun. Diorg marah sy plak kata mas kahwin tu hilang , tp kata resit hilang. Lps tu senang bg hantaran setakat  ikut mas kahwin negeri.  Kalau ade pun gelang tu mesti bukan emas ori kot sbb xde bukti dah.

“Kesian nye, nasib kamu lah ibu abah tak tau nak kata apa dengan pilihan kamu ni”
Sy mmg dah puas tolak awk, ketepikan awk tp kenapa mesti awk muncul lg dlm hidup sy?? Sy selalu tertanya2 ni ke yang dikatakan JODOH..?? Sy sedih la cmni zam. Nampak awk tak bersungguh. Sy redha la apa berlaku lps ni, mungkin ini balasan Tuhan pada segala kesilapan sy selama ni. Inilah takdir sy..
Hari ni hari lahir awk, tp sy dah xde kekuatan nk buat apa2 untuk awak even untuk wish. Hilang dah mood sy.
“Malang sy harini awk, xde sapa nak celebrate besday sy n mcm2 dah jd kat sy lps tu kene marah lg”
“Memang patut awk kene marah pun kan zam, sy pun tak tahu nk buat mcm mana lg..”

Dugaan Darah Manis 2 ~


November 2012, sebaiknye kita bernikah nanti kita akan mulakan hidup baru sebagai suami isteri, di rumah baru.. rasa umpama buka buku baru. Teruja pula saya nak nantikan saat tu zam. Saya harap saya boleh menjadi isteri terbaik untuk awak, saya nak jaga awk, masakkan untuk awk, basuh baju awk, teman tidur awk.. mmm macam2 benda sy nak buat untuk awk. Dan semoga awk juga boleh menjadi suami terbaik buat saya.

Kita  akan stay kat Damansara tp sy la kene tinggal sorag2 dulu sebab kita nikah tengah bulan. Seminggu pun saya dah seriau tau. Terima kasih kat awk, kat family sy yang byk bantu pindah rumah.
Mau kering kontang sy berbelanja untuk proses sewa rumah. Upah bg saudara yang tolong pindah dah rm220, belanja mkn semua orang pun rm220. Lepas tu beli perabut kngah rm100.. huhuhu sadis nye la. Apepun saya happy sgt n amat2 berterima kasih pada kalian.

Pindahkan barang orang bujang mcm saya ni dah penuh lori 1 tan. Terkejut semua orang.. Untung la awak zam, cuci kaki masuk.. tu kata org tp kata sy awk plak lps ni bertanggungjawab pd semua tu. Tak habis penat punggah barang kene kemas plak.. Tak kemas nnt ms family sy nk menghantar kita ke kenduri sebelah awk, diorang nak tidur mana. Letihnye la.. Ingat malam boleh tidur lena tp baru malam pertama saya dah mimpi hantu.. huwaaaa..

Awak kata sbb sy tak solat lg kat rumah tu so saya siap baca yasin lg waktu mlm nk hindari benda pelik2 ni. Malam kedua pun mimpi lg.. Tp yang sy ingat dlm mimpi tu ada awk dan sy menghadap banyak ular.. Sya rasa takut sgt smpi saya terjaga. Esk nye sampi je kat pejabat sy trus surf internet apalah maksud  mimpi tu. Maksud bila jumpa ular dlm rasa takut adalah sy akan berada dalam keadaan sgt ketakutan, lps tu ular tu byk maksudnya pulak sy akan bahagia nanti.. Saya pun keliru apa yg sy takutkan nnt, ye ke sy akan bahagia?
Tapi mimpi tu mainan tidur.. mana boleh percaya sgt kan.. Mudah-mudahan xde apa2 berlaku nnt.

Dugaan Darah Manis 1 ~


Dah lama saya tak update blog ni. Saat saya tengah berduka apa pun tak terluah baik dr mulut atau dari hati saya. Macam awk cakap, waktu jiwa saya tangah kacau cuba bawa bergaduh, confirm saya menang. Saya macam tak percaya je kadang-kadang orang kata tempoh bertunang ni la paling banyak dugaan, tu yang dikatakan dugaan untuk si darah manis. Tapi bila kita dah lalui baru faham maksudnya.
Setiap masa kita bertekak.
Sebaik-baik lepas kita bertunang sy lansung rs tak happy dengan awk.

“Abah, sy tak suka la perangai zam ni. Lansung taknak terima pakai cakap kita. Kalau apa dia buat tu betul xpe, ni kita pulak disalahkannye.”
“Nape pulak ni, kan dah bertunang camne nak kahwin nnt..” Abh tenang je pujuk saya.
“ Sy tak yakin lansung dgn di, mana perangai  mak dia macam tu. Diorg satu family ni tak boleh masuk la dgn sy”
“Itu lah abh pun tak berapa suka, cakap nk menang . Abh pun tak selesa mcm tu. Nasib kamu la. Sabar je la.”
“Macam mana nak sabar kalau hari-hari bergaduh bah..”
“Kalau mcm tu putus sekarang, jgn dah kawin br nk berpisah mslh la. Abah nak tgk ank abh bahagia bukan sengsara mcm ni.”

Sy nekad Zam, kalau awk tak berubah biarlah kita tamatkan hubungan ni..Dalam tempoh 5 bulan lbh ni adalah waktu untuk lbh mengenali awk dan keluarga tp malangnya saat sy kenal siapa awk sebenarnya kita sudah ada ikatan.
Awk buatkan sy hilang rs kasih n percaya, hanya ada sekarang adalah KASIHAN… Berdoalah kalau awk sayangkan hubungan ni.

Thursday 13 September 2012

Once Upon a Time *Sweet N Happy* – part 4


“Awk, saya sekarang kalau tak dengar suara awk satu hari mau sasau saya. Kalau tak tengok muka awk sehari , susahnya hati saya. Macam mana mana ni?” Alamak… mat romeo dah ni. “Rileks la zam, dah macam orang bercinta plak. Geli pulak tali perut saya ni.” Padahal dalam hati ni bagai nak luruh jantung. Ala omak.. kawinkan aku. (Terovar lah pulak kan.) Mmmm.. saya ni suka gak awk cikit. Bijak, ambil berat and boleh diharap. Tapi apa cer nak couple-cople plak ni. Saya tak bagi jawapan pun kat awak. Kononnya biarlah rahsia hati ni saya dan Tuhan je yang tahu.

Tup..tup.. sejak bila pulak saya kene inform awak setiap kali saya nak keluar ke, balik kampung ke, pergi makan ke. Sampai nak masuk tandas pun nak kene bg tau jugak (informlah pasal nak end call.. Hehe) You always keep calling, even we r classmate. Ada juga terlepas geram and debik saya kat awk. Allo bro, ini amoi ranggi tara main jiwang2 punya.. Awak pun dulu suka kata saya ganaz.. Ingat tak Zam..

Bila saya sekeh awk, debik awak.. hati saya ni ok je, Fine la kata orang putih. Tapi apsal bila terrr pegang tangan ni boleh rasa different. Bak guruh berdentum di hati la.. weeee, dah jiwang. Zam, saya cool la. Awak tu yg dah macam cacing kepanasan. Heehe.. Camtu pun, Nape awak pegang tangan saya tak lepas-lepas dr hostel nak ke PKP (sana tempat ada itu kedai makan ). Saya nk lepaskan, makin kuat pula awak genggam. Panas je rasa. Sama panas dah macam kat pipi saya ni. Lidah dah kelu, speechless. Dah main pandang-pandang pulak. Kang ade yang mcm filem Hindustan main kejar-kejar.

“Awak, saya ikhlas nak berkawan rapat. Lebih dari seorang sahabat. Saya nak jaga awk, nak ambil berat pasal awak, nak sayang awk, nak rindu awak.”.. Dan saya  diam seribu bahasa dengan mulut ternganga dan mata tertacap pada awk.
“Awak, saya betul-betul dah jatuh cinta pada awk. Gila saya kalau awk berjauhan dari saya” Erkk.. saya yang dah nak naik gila ni. Apa benar???

Maka.. Dengan kita masih berterusan mengekalkan kemesraan ini adalah jawapan penerimaan saya pada cinta yang dihulurkan.. Saya nak cakap malu, tp saya yakin perbuatan saya ni sudah jelas untuk awak kan.  

Once Upon a Time *Sweet N Happy* – part 3


Pertama kali awak ajak saya keluar jenjalan ke luar. Dup dap dup dap dah saya rasa. Arghh, ikut je lah. “Nak pergi mana Zam?” Bak romeo awk kata “Kita akan keliling dunia” Poyo lah plak mamat ni. Kitorang ke Time Square je dan melawat kawasan sekitar. Naik bas oo.. Bas Selangor. (Kaler Merah tu) Waktu ni tambang gi KL je dah Rm5, tu tahun 2007, tak tahu la sekarang. Mujur Bas Aircond.

Sampai kat Pudu Raya kene naik tren pulak nak ke Times Square tu. Saya ni punye la terhangak-hangak pasal tak biasa naik menatang tu. Semua benda saya nak pandang. Dekat mana nak naik LRT ni? Macam mana nak beli tiket nye. Kalau awak takde zam, jangan harap la saya nak naik sendiri. Orang waktu tu punya la ramai, ntah memang stail asal weekend je KL ni mula dibanjiri manusia. Tiba-tiba missing in action.. Saya tak nampak awk..!!! Zammm..Tangan saya kene tarik. Kene bawa lari. Lepas tu kene peluk.. Arghhhhh.. “Awak buat apa kat tengah orang tu? Pegang tangan saya jgn sampai terlepas lagi !” Erk.. kene marah dengan awak. Awak yang tarik saya rupanya. Suspensis je saya tadi.

Zam, awk sedar tak dari tambang bas, LRT, makan semua awak yang belanja.. Baik betul budi awk.. Nak tackle saya ke( sebut dalam hati je). Mata sya dah terkebil-kebil je pandang awak ni. High of curiosity. Eleh.. awk buat tak Nampak pulak saya pandang awk. Takpe eksyen, saya buat keras kepala saya jalan ikut suka hati saya la camtu. Masuk kedai CD, awk pun masuk. “Ni cerita baru zam. Alaaa.. tak sempat pun tengok kat panggung.” Awak senyum je. Lepas tu masuk kedai pakaian. Awak pun masuk. “Ehem.. saya nak beli yang dalam-dalam ni. Tutup mata please”.. Tau la dia dok ngekor je..

Window shopping ni lagi penat rupanya. Abis dari satu ke satu kedai kita masuk tapi tak beli apa. Lastly sebelum balik, kita tengok movie. Saya ni tak la suka sangat tp dah awak belanja layan je la. Tu pun awk asik jeling-jeling saya. Tau la saya asik menguap je ni. Sampai campus melepet dah, nak melangkah pun tak larat rasa nak suh je awk campak saya terus masuk dalam bilik. Dah la blok saya jauh ke dalam. “Thanks ye zam for everything today. Really enjoy n Gud night”..

Wednesday 29 August 2012

Once Upon a Time *Pahit sedih* – Part 2


Sejak awk beli motor, dah jarang guna motor saya kan. Awk pun prefer hantar je motor saya balik kg dari rosak tak guna. Tapi macammana nak hantar motor ni? Nak kurier, masing2 tengah kering. Tiba2 awk bg idea nk pandu je motor ni hantar kg. Tak dapat sy bayangkan berapa jam la jadi perjalanan kita dengan bawa skuter 110cc Yamaha Ego sy tu. Ibu abah sy ok je asalkan hati2 masa menunggang tu. Kita ikut jalan lama dari Batang Berjuntai sampai Taiping.. Setiap jam kita berhenti kan sebab sakit punggung,  lepas tu kita gilir2 bawa. Saya rs seronok sangat, kita enjoy masa tu sambil tengok keindahan alam..

Sampi je kat rumah sy kita terus melepek kan.. Kesian awk. Lps je mkn abah suruh awk berehat, mana taknya dekat 5 jam perjalanan kita. Dua malam awk kat rumah saya, masa tu sy harap sgt awak boleh bergaul mesra dengan keluarga saya. Tapi…

Baru semalam awk kat rumah sy dah spoil. Awk buat rumah sy mcm rumah awk. Awk xde adab kat rumah sy. Takkan setiap perkara sy nak bg tau apa boleh apa tak boleh buat kat rumah sy. Awk tahu kan adik beradik sy semua perempuan, awk tak sepatutnya masuk sesuka hati kat bilik sy, awk tak sepatutnya sentiasa di samping sy selalu ms di rumah sy. Keluarga sy jd pelik dgn silap awk sampai diorg semua fikir yang kita ni berkepit 24 jam di balakang diorang. Saya tak sanggup dipandang hina oleh keluarga. Walaupun kita bukan begitu , menafikan kata-kata mereka tp mereka orang tua. Pada pandangan pertama mereka awk sudah men spoil kan keadaan, mana mungkin ade pandangan kedua untuk awk. Sejak kejadian tu, mereka minta kita putuskan hubungan..

Awak sanggup ke? Awk blh ke lupakan saya? Kita ade 2 tahun lg untuk belajar. Boleh ke kita berpisah sedangkan kita sekelas, rumah bersebelahan.. Buntu nya saya awk.. Semua berpunca dari awk Zam..!!

Once Upon a Time *Pahit Sedih* – Part 1



Zam, saat-saat macam ni sy selalu teringat kenangan pahit bersama awk dulu yang sampai sekarang  saya tak boleh lupakan.Malah saya akan menangis setiap kali mengenangkannya.. Sy ingat sangat hari itu..

Kita pergi kelas macam biasa, dr rumah sewa ke kampus. Rumah sewa kita sebelah2 je, senangkan sy nk jaga awk, awk nak jaga saya. Kita pergi kelas naik moto, jalan2 naik moto. Jauh tau Unisel Batang Berjuntai tu nak ke kepong, tp kita tak kisah pun..Sampai je Jusco Kepong sy akan menonggek jalan palan sakit bontot duduk lama sangat. Awk plak dah mcm atuk yg sakit belakang. Bila hujan pulak, kita brenti kt tepi jalan elok siang sampi ke malam nak tunggu hujan brenti punya pasal. Awk ingat tak ade sekali tu masa hujan, kita nak redah je sebab tiket wayang dah beli. Awk je pakai baju hujan saya tak pakai apa baju perlindungan.. Akibatnye, tahniah la baju sy kat belakang serupa belacan and bau, Nauzubillah… Dengan mcm tu pun sy redah je masuk panggung. Nasib la sape dok sebelah saya tp korang suma apa peduli sbb sy pun x peduli, coz I fall in love.. =) Indahnye la masa tu..

Tp sy ni asik tak kene je pada mata awk, sy pun tak tahu apa silapnya. Awak asik nk tengking saya je, lambat cikit marah, pasal assignment marah.. Bila sy tanya elok2 nape awk cakap kasar dengan sy, awk kata suara awk mmg kasar macam tu. Zamm, sy bukan bodoh tak boleh beza nada suara awk tu, waktu hati awk senang bukan main romantik awk kan mcm cakap dalam kelambu. Saya sabar je kan masa tu dengan awk, dah la satu course pergi mana pun sama, mkn sama.. Sampi satu kampus tau kita couple masa tu.

Mmm.. sweet tp ada sour.. Sy tau saya tak cerdik sgt mcm awk tp awk tak perlu la herdik saya bila sy tanya soalan study kt awk.. Sampai lecturer pun tegur masa tu " Zam, nape awk tengking girlfriend awk mcm tu, kalau sy jadi dia dah lama saya cabut". Sy terus ketawa dan menyampuk " Betullah miss untung dia dapat saya ni yang penyabar". Muka Miss masa tu pun macam takut tp muka awk macam nak telan saya. Masam je muka awk sepanjang kelas. Habis je kelas awk terus ajak saya balik lagipun waktu dah kul 7pm, dah senja.

Waktu atas moto awak terus membebel kat saya kalah mak saya, awk tanya saya nape malukan awk. Mana ada saya malukan awk, sy cuma bergurau mengiakan apa kata Miss je. Tapi awk tak habis-habis kata awak dah malu, abis saya ni tak rasa malu ke dengan apa yg awk dah buat kat saya. Sedih saya tau dengan kata-kata awak tu sampai saya menangis atas moto. Awk sampi berdiri atas moto ingat nak buat tarzan ke jd mat rempit ke rupanya awk berteriak dah mcm org gila dok tengking saya. Dah macam air hujan air mata saya masa tu tau. Tak cukup dengan tu awak tinggalkan saya tepi jalan tepi sungai sorang2. Suka hati awk je layan sy mcm tu, dah la jalan dr kampus nak ke rumah sewa kita kat pekan BB tu hutan je. Awk biarkan sy meraung sorang2 kan. Mana la hati perut awk ms tu. Sy tak berani pun nak buka helmet ms tu, menangis time senje tepi jalan dekat hutan.. (Seram bila pikir balik) Orang lalu pun xnk berenti, makin rempit jee.. Lps setengah jam mujur awk datang balik. Dah gelap masa tu, sy dah takut sgt.  Dalam hati sy dah menyumpah awk nk jd batu la apa la smpi sy menyampah kt awk..

Atas moto tu kita senyap je sampai kat rumah sy awk minta maaf dengan saya. Tapi saya dah xde mood nak cakap dgn awk, saya jadi tawar hati.. Tergamak awak layan saya mcm tu. Seharian sy fikir, betul ke awak syg kan saya cintakan sy..  Sejak tu, hubungan kita sedikit hambar semuanya bermula dari peristiwa tu. Di kala saya sedang meluahkan perasaan pada blog ni, air mata sy tetap mengalir… Kejam!!

Once Upon a Time *Sweet N Happy* – part 2


Sejak awk clash dgn GF, kesian sy tgk awk. Yelah awk tgh bersedih sy pinjamkan la telinga saya untuk mendengar story mory awk.. Lagi la sy asik berkepit dengan awk, close friend lah katakana a.k.a bestfriend. Best ke sy ni awk? Hehee.. Rapat tak rapat sampai awk nk pergi fotostat kat taska kampus pun awk ajak saya.. Saya pun layan kan je la..

Saya cakap awk angau dulu dekat saya betul tak?? Eleh jangan tak mengaku. Kat kelas kita dah jumpa, balik kelas awk tak bagi saya balik dulu, ajak saya gi minum la, tawaf satu kampus la. Sampai satu tahap awk taknak naik moto dah. Dengan saya pun disuruh jalan kaki pasal awk kata nak spent time lebih dengan saya.. Hahaha.. Malam awk bawa bergayut dengan saya lagi. “Tak bosan ke Zam ngadap saya selalu ni??” Satu hari… Jeng jeng jeng.. bagi suspens sikit..

Saya rasa time tu awk ade penyakit sasau dah. Habis semua orang awk panggil nama saya. Agak-agak la bangla jual barang tu pun awk panggil nama saya gak.. huhuhu. Hati saya mula sentap. Apa masalah mamat ni. Gila ke apa panggil sume orang nama aku, ke nak announce nama aku kat orang.. High of curiousity di situ..

Once Upon a Time *Sweet N Happy* – part 1


Saya ganaz tak tak dulu awk. Hehe.. Saya rasa perwatakan saya dulu mcm boyish sikit kot. (kata orang laa..) saya suka pkai baju n seluar besar, kasut sport n skuter ego yg gmbar tazmania tu.. =) Tp saya kawan dengan sume orang tau, seimbang.. Kita satu kelas close sangat kan tambah plak gurlz 3 org je and 1 Malaysia.  1st sem sy dah bw transport kat campus. Senang nk gerak dalam campus yang sememang nya luas dan jauh nk ke setiap tempat ( Bg org malas mcm sy la..)

Ingat sy sorang je rajin naik moto ke kelas, rupanya ade orang lain yang suka menempek sekali. Awk la Zam.. Memula kebetulan je setiap kali nak pergi kelas terserempak awk, awk trus naik motor sy. Lama-lam, ade temu janji lak setiap kali nk pergi kelas. Special request plak tu suruh sy jemput awk depan hostel.. Sabo je la. Dah la sy yg kene bawa moto awk sedap je duk belakang menikmati keindahan alam ye.. Tak gentleman lansung.

Motor punya pasal kita jd close sgt, pergi kelas sama2, lepas tu buat assignment sama2.. Saya suka je dalam pada tu awk blh jd tuk guru saya coz awk cerdik dr saya.. Lbh sikit je. Group study pun sama. Senang kerjasama dgn awk, sy kreatif awk kritis.. kan masuk tu.. Makan pun kadang2 sama, sebab masa tu awk ade girlfriend kang marah lak dia kuar selalu dgn sy. 

Monday 27 August 2012

Ceria Semula..~

Mmm.. dah brape hari tak buka blog..  Macam-macam nak crita hari ni sampai tak tau nak sampaikan mana satu dulu.. 23/8/2012 ari tu saya halfday je. Mana taknye dah mcm orang sakit Parkinson kat office. Tak tahan sangat sy minta halfday kat bos (mujur bos baik hati..=)) dan trus pergi kelinik kat maluri.

Zam, awk tau masa tu sy sedih sangat bila sy bg tahu awk sy demam, awk macam xde perasaan tak prihatin pun kat tunang awk ni. Blh je suruh saya pergi klinik camtu. Awk tau kan sy demam bukan sikit-sikit. Sampai je kt klinik doktor terus bagi injection cause suhu saya dah 40 darjah. Sakit bontot saya tau. Macammana saya nak drive balik ni, kpale dan mantong, mata dah kelabu asap je nampak.. Tapi saya gagahkan juga balik, sempat saya beli air kelapa dan rojak tepi jalan nk bagi alas perut sikit. Sampai rumah dapat mkn sikit je sebab dah tak lalu, lepas mkn ubat trus sy pengsan. Sebelum tu sempat sy post kt FB " . Kesiannye aku, duduk b'seorangan d negeri org. Kelmarin dibiarkan berembun lama2, ni dah demam 40c, g klinik sndri kne cucuk bontot dah x blh drive blik.. Wawa.. Oh abah n ibuuu" Memang niat nak tuju kat awk pun.

Kejap je sy post, ramai dah yg komen, awk je buat do no lambat feedback. Eeeiii.. geram saya. Dah tengah malam baru awk nak kol saya, mesej saya. Masa awk datang rumah tu sy sedar tp saje buat2 tak dengar. Biar awk rasa lak.. Nak datang buat apa?? Buat sakit hati saya je nnt. 

Tapi kan Zam, marah saya tak lama. Pagi2 esok awk dah kol saya. Awk ckp nk teman sy, jaga saya.. Awk datang rumah saya lepas tu siap bawa bubur nasi lagi. Awk bg tau kat mama kata saya demam dan mama terus buatkan bubur kat saya. Awk masuk je rumah sy trus tgk saya, pegang saya. Saya tak mandi lg pun awk tetap cium saya.. (dahi n pipi je.. tanda sayang =)) Lepas tu awk kemas rumah saya, basuh pinggan, buang sampah.. Masa tu sy dah senyum sampai telinga.. Baru la senang hati saya.

Dah siap semua, awk duduk sebelah saya balik, pegang tgn saya and said " Happy Birthday Sayang"... Hari ni hari jadi saya laaa... Ada gift lg tp RAHSIA taknak bg tau pembaca.. hehe.. Meleleh pulak air mata ni dek terharu. Awk ajak saya keluar pulak and kebetulan sy nak cr kamera baru then kita jalan2 kat Lowyat. Awk belanja saya KFC sbb dah lama kita tak makan KFC sama2 kan.. sayangnye, demam saya tak baik lg dan sy tak dapat rasa keenakannya.. Sampi malam kita jalan, tak habis dgn tu awk ajak saya pergi open house rumah Acu awk. Saya malu sangat masa tu. Gelabah saya nak pakai bju apa sebab awk kata ada semua sedara kt rumah acu. Saya pakai gak Baju kebaya hijau hadiah hantaran tunang dulu, ikut apa yg awk nak. Malu tetap malu tp bangga gak sebab awk tak habis2 puji sy cantik mlm tu, menyerlah sangat. Sedara awk pun cakap mcm tu.. 

Bahagianya saya, harap saya akan trus gembira di samping awak di waktu-waktu yang mendatang..

Thursday 23 August 2012

Demam.. ~

Zam, awk tau tak saya demam sebab awk biarkan sy berembun dekat Pudu Raya selama stgh jam. Semalm memang teruk tp saya bertahan je pergi office, mujur jalan tak jem.

Balik je rumah setengah jam je dah sampai dari TTDI ke Ampang tu. Sy rasa badan sakit, mata pun sakit dah tak henti2 keluar air mata. Saya gagahkan gak kemas rumah cikit yang dah macam tongkang pecah tu, lepas tu bawa basuh kain. Dah la basuh baju raya, kene guna tangan, lagi menggigil sy sebab sejuk. Banyak kali awk kol dan mesej sy tp sy sengaja je taknak angkat dan reply. Sakit hati tau tak.. Awk tau awk salah, satu ayat maaf pun xde lps tu mrh saya lagi kata tak beraya dengan awk..

Sy mmg xnk jawab kol awk, tp pada ms yg sama ibu kol, so terjawab plak.. So awk tau sy demam and awk nk datang tgk sy.. Meluat sy tau sebab bg saya dah malas nk minta bantuan awk, semua tak boleh diharap. Semntara tggu mata sy nk lelap , sy layan tv Citer Hindustan. Best lak tu, nk tunjuk muka moncong kt awk tp alih dah cite tu best, sy blh senyum and ketawa lak.. Tak pasal2 awk igt sy dah ok dgn awk.. Huhh..

Abis je crita sy nk msuk tidur, bdn sy dah menggigil. Awk tau badan sy panas tp xde inisiatif pun nk ambil ubat kt saya ke, bg sy minum air panas ke.. Baik tak yah datang cmtu. Sy  rs sejuk sgt tp awk mcm xde perasaan, tmbahkan sakit hati dan kepala sy lg adalah.. Sudahnya sy gagahkan gak g cr ubat, mnum air and awk sibuk je mengekor.. Teruk btol. Sy suruh awk msakkan air panas lps tu tuam kt kepala sy sbb kpala saya sakit and panas. Blh pulak awk msk air smpi setengah jam lps tu sy suh rendamkan kain kt air tu dah air tangki sy sejuk nauzubillah.. Awk blh rendamkan semua kain kt air panas lps tu terhegeh2 then bg sy kain tu.. Aduyaiii.. Susah tul..

Gila awk ni, patut awk cmpur ckit dgn ar sejuk supaya suam2 je, tak pasal muka saya pun panas. Sy sendri letak kain tu kt dahi sy.. Say dah x peduli awk then sy tdo.. Tak tau la awk blik bila..
Sy mula terfikir, nape mesti sy jd isteri awk sedangkan awk tak ambil berat kt sy.. Bila tanya, awk kata Sayang saya, Cinta Saya. Apa bendenya dah cmni.. Mcm tunggul je tgk saya sakit. Apa sy ni akan berkahwin dengan org bodoh ke smpi bnda mcm tu pun tak tau buat.

Sy belum maafkan awk lg zam..


Wednesday 22 August 2012

Bersedih.. ~

Hari ni 4 syawal tp saya kene kerja padahal semua staff melayu bercuti lagi smpai hujung minggu ni. Bukannya takde cuti tp nak simpan cuti untuk hari majlis pernikahan kita. Dalam marah-marah pun ade semangat untuk kita bersatu tau.. Awk sedar tak Zam??

Walaupun kat tempat kerja tp hati tak tenang, asik la fikir hal semalam. Sedih saya tau. Masa tu terdetik dah kat hati saya awak bukan lelaki yang bertanggungjawab, tak ambil berat kat saya, tak risaukan saya dan tak nampak pun sayangkan saya..


Sudah la sepanjang saya saya cuti raya 5 hari (lama gak tu.. ) awak lansung tak call saya. Mesej pun pendek2 je, tak menarik lansung. Saya nak balas pun takde mood.Awak tak rindu saya kot.. Saya ingat lagi bila saya tanya nape tak call awk kata tak nak ganggu saya kot saya bz.. Agak-agak la, takkan saya memasak mengemas mandi mkn sume 24 jam.. Tak pun awak akan kata "Zam dah terbiasa tak akan kol awk kalau awk balik kg, nnt awak marah dan tak suka"..
Zammm, tu dulu masa sy tengah membenci awk mmg la sy tak suka apa sahaja datang dr awk, tp sekarang kita dah bertunang.. Awak tak boleh fikir ke?? Bila saya kol awak, awk yang bz sebab awk kerja, 
raya pun keje gak..

Zam, semalam sy sedih lagi dengan awk.. Memang marah dan geram sangat2.. Sy dah mesej awak kata naik bas on 9pm and maybe arrive Kl around 1am. Dekat tol Duta sy call awk lagi kata dah hampir sampai Pudu Raya. Then sy trurun dr bas hope blh jumpa awk, salam awk dan wish raya kat awk face to face.
Tapi batang hidung awk tak nampak pun. Sy kol awk lagi tanya kat mana tp awk jerit kat sy kata on the way. Saya tanya elok-elok kan, sy cakap now dah 1.30am takde orang tunggu bas cuma kutu rayau banyak. Saya takut sbb saya turun bas depan Maybank. Lepas tu baru awk kata nak gerak ni. Terkejut saya, bila sy tanya awk lagi kt mana akhirnya awk kata kt rumah lagi. Saya rasa nak menangis, rumah awk mmg la dekat dengan Pudu tu tapi xde la sampi 5 minit pun. Saya kata Ok saya tunggu tp punya tunggu kul 2.15 baru awk sampi. Memang sy tengah menangis takut, geram, sedih 
dan macam2 perasaan lg lah.. 

Kalau saya tahu awk lewat, dah lama saya naik teksi. Sudah la tu, awk tak say sorry pun. Awk buat macam tak bersalah je. Saya taknak pun cakap dengan awk smpai la kat rumah tu saya cuma cakap terima kasih je dan suruh awk balik. Apa la perasaan awk masa tu kan..

Awak tau sampai je dalam  rumah benda pertama yang sy buat, saya cabutkan cincin tunang dan cincin risik dr jari saya. Saya tak rasa nak pakai apa sahaja datang dr awk sebab awak pun tak hargai saya. Dan saya rasa tak nak berhubung dgn awk lg sampai awk pujuk saya, itupun kalau adaaaaa..

Apa Cer ~

Mana cerita la aku nak lepaskan dulu ni.. lama sangat tebuku ni.
Nak je debik2 orang tu, tapiiii.. x boleh. Aku debik Punching Bag je lah..

Zam, kalau la awk tahu apa yg saya rs, mungkinkah hubungan kita sampai ke tahap ini?? Sy tak faham kenapa hubungan kita tak sama mcm org lain, mana keseronokan hubungan ni zam.. Sy tak pasti apa yg saya rs sekarang perasaan cinta ke, kesian ke, terpaksa ke.. Sedihnya, Allah SWT je yg tahu betapa geloranya perasaan sy sekarang.

Kita bermula dari rakan sekelas, kemudian bercinta. Manisnya waktu tu, semuanya indah even awk selalu tengking saya, layan saya dgn kasar pun saya suka lagi kat awk.. (Awk xde pakai ubat guna2 kan masa tu =))
Tapi tak lama perasaan tu, hubungan kita putus di pertengahan jalan, dan saya pun pelik kenapa cepat saya membenci awak sehingga terdetik perasaan kasihan dan akhirnya awk mulakan hubungan kita dengan ikatan rasmi..

Sedar tak sedar apa yg kita alami dari kenal, putus dan sambung kembali dah hampir 6 tahun.. Tapi dulu dan sekarang tak sama, kita macam baru berkenalan. Saya cuba nk bw kenangan lama, tapi kenapa x serupa dan tak mungkin berulang apa yang kita alami.. Musykil la zam.. Banyak tapi la sekarang.. Awk tak rasa apa ke?? Bila sy tanya awk, bw berbincang awk asik la salahkan sy.. Sesekali xpe lah gak, ni dah naik feedup la zam.

Diari Hati Siapa ??

Diari Hati Nur..

Diari hatiku la.. Mana tempat aku nk tenangkan perasaan ni.. Pada sapa aku nk marah2, mengadu, bercerita..
Takde org dengar xpe, janji hati aku puas lepas keluarkan semua perasa yg bergelore ni..

Pada Allah aku mengadu tp hati aku tak puas kerana aku perlukan perubahan. Puas aku berdoa tp tak cukup kalau xde usaha kan.. So aku mengadu pada kau Zam. Feedback yg aku terima, useless !!!

Kau akan marahkan aku, salahkan aku dan akhirnya kita bergaduh.. Padahal aku cuma bercerita, berbincang dan nak share cerita je. 

Jadi aku lakarkan perasaan aku ni supaya kau tahu dan besar hati aku nak kau tahu dan berubah demi hubungan yang kau cipta ni Zam.